Pemerintahan Haram Berasaskan 'Kemenangan' Haram 
Bagaimanakah agaknya perasaan seseorang pelajar yang mengaku telah lulus peperiksaan tetapi pada hakikatnya gagal dalam peperiksaan tersebut? Pelajar tersebut mungkin dapat mengaku kepada ibu bapanya bahawa dia telah lulus, hatta dapat membuktikan bahawa dia telah lulus melalui slip keputusannya namun jauh di sanubari hatinya dia tetap tahu bahawa dia sebenarnya telah gagal. Dia mungkin boleh menyogok sedikit wang kepada gurunya, atau Lembaga Peperiksaan sekali pun, agar dia di'luluskan' dengan diberi markah lulus; namun dia tetap tahu dia tidak layak untuk menyatakan kepada dirinya sendiri bahawa dia telah lulus.

Begitu juga dengan seorang penyamun yang telah pergi menyamun harta dan wang milik orang lain, atau melakukan penipuan untuk mendapatkan wang secara tidak sah untuk kesenangan peribadi. Dia mungkin boleh balik ke rumah dan memberi anak isterinya makan dan minum dengan wang yang diperolehinya secara tidak halal itu, namun jauh di sanubarinya dia tetap tahu bahawa dia telah mencuri wang dan harta tersebut dari orang empunya yang lebih berhak terhadap wang dan harta tersebut.

Dua situasi di atas mungkin tidak mempunyai sebarang makna kepada orang-orang kafir yang tidak takut kepada Allah atau pun kepada orang-orang yang tidak mempunyai sebarang pegangan agama. Namun bagi orang-orang Islam yakni mereka yang beriman dengan Allah swt dan beriman dengan hari akhirat, mereka mempunyai 'conscience' atau kesedaran bahawa apa yang mereka telah lakukan adalah bertentangan dengan konsep amanah dan sideq yang dipelopori oleh Islam. Atau pun mungkinkah mereka inilah yang disebut di dalam Al-Quran sebagai mereka yang terdiri daripada manusia yang berkata mereka beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, namun sebenarnya mereka bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman pada hal mereka hanya menipu diri mereka sendiri sedangkan mereka tidak sedar (maksud ayat 8 hingga 9 surah Al Baqarah).

Demikianlah ibarat untuk mencerminkan keadaan di negara ini berikutan kemelut pilihanraya yang telah diadakan hampir 2 minggu yang lalu. Banyak sudah yang telah diperkatakan mengenai penipuan tersebut, oleh yang demikian ruangan ini hanya akan menyentuh mengenai masa depan negara ini di bawah kerajaan haram barisan najis yang telah dinobatkan secara syok sendiri sesama penyangak-penyangak yang mengaku telah menang besar, mengaku mendapat mandat besar dan mengaku bhw orang melayu kini telah beralih dari kepompong sempit yang telah dibina oleh Tun Kepala Taik sepanjang 22 tahun yang lalu. Tidak sedikit pun ada rasa bersalah terhadap penipuan yang boleh dikatakan sebagai 'daylight robbery', di mana rakyat "terutamanya orang Melayu" telah buta-buta ditipu hidup-hidup oleh towkay dacing biru. Yang lebih mendukacitakan kita ialah kerana kepala penyangak-penyangak tersebut adalah seorang yang mengaku dirinya adalah dari keturunan orang-orang yang warak dan tidak jahil terhadap agama.

Maka bersegeralah dia mengangkat sumpah sekali lagi di hadapan Agong boncet (tiada maaf untuk Raja Perlis keturunan Pak Syed kaki judi yang turut bersekongkol mempertahankan anak kassim sebagai musibat besar di Perlis) sebagai Perdana Menteri kepada kerajaan pimpinannya yang 'kunonnya' telah diberi mandat baru yang lebih besar oleh rakyat. “Resounding victory, landslide win" demikianlah hapraknya bunyi kata-kata yang diharapkan dapat menenggelamkan rintihan rakyat yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya yang telah menghasilkan natijah yang tidak mencerminkan harapan sebenar sebilangan besar rakyat Malaysia yang dahagakan perubahan. Kini, dia telah menubuhkan kerajaan haramnya yang berteraskan kemenangan yang diperolehinya secara haram. Jemaah Kabinetnya turut dibentuk di mana kita dipersaksikan dengan pelantikan penyangak- penyangak yang bermasalah ke dalam dan peminggiran penyangak-penyangak yang tidak sebulu dengannya keluar.

Sia-sia saja rupanya Hamid Charlie Chaplin, Imam yang kena boo dalam Masjid Negara bertanding di Parit Buntar " apakah hasil yang diperolehi dari penat-lelahnya untuk mengelat, menipu dan berdusta untuk menyingkirkan Dr Hassan Ali? Dia di pinggirkan!!!!! Dia bukan lagi menteri! Walhal bukankah tujuan dia bertanding adalah untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai menteri di JPM yang selama ini hanyalah berasaskan pelantikan beliau sebagai senator? Apalah guna menjadi Ahli Parlimen biasa bagi seorang yang telah biasa mendapat kemewahan dan kelebihan sebagai seorang menteri penuh? Tiada lagi drebar, tiada lagi keistimewaan sebagai seorang menteri. Tengok sajalah orang yang beliau ganti dulu, Hamid Seman " kejatuhannya dari kedudukan sebagai seorang menteri amat sukar diterimanya sehingga terpaksa menggelupor merayu Tun Kepala Taik agar diberi jawatan penasihat agama kepada PM yang bertaraf menteri. Kini roda dunia telah lengkap berpusing dan Hamid Charlie Chaplin pula jatuh rebah tersungkur biar pun dia 'menang' di Parit Buntar. Namun, inilah hakikat yang Charlie Chaplin harus terima dunia politik ameno adalah dunia penuh sandiwara komedi.

Rupanya Hamid Charlie Chaplin ini masih belum kukuh penguasaannya mengenai konsep Islam Hadhari (baca, Harakiri) sehingga terpaksa dia dihumbankan bagi memberi laluan kepada pendatang baru, Dr Abdullah Zin, seorang lagi ilmuwan agama yang telah masuk senarai cerdik pandai yang telah menjual agama bagi pihak ameno untuk sedikit kesenangan dunia. Dari Yusof Noor, Hamid Seman, Zainal Abidin Kadir, Hamid Charlie Chaplin sehingga kini Abdullah Zin, Mashitah dan Pirdaus " kesemua mereka akan mengalami nasib yang sama, inshaAllah. Kesian Hamid, ingatke tahun ni dapat lah pergi naik haji free lagi sekali " tapi malangnya sokongan Hamid tersebut membawa rebah rupanya. Terpaksalah dia melepaskan jawatan yang banyak memberi leverage terhadap kerjaya politiknya lantaran kedudukannya yang meliputi Tabung Haji dan JAKIM. Mungkin dia akan diberi saguhati menjadi Pengerusi di ajensi pilihan sebagai mana Yusof Noor diberi jawatan No. 1 di Felda? Logik ke seorang pakar Tasauf menerajui agensi yang mengurus kawasan perladangan terbesar di Tanah Melayu? Ameno boleh!!.

Macam mana pula Dr Siti Zaharah? Kesian! Penat sungguh merancang program Kementerian Perpaduan yang terang-terang berniat membodek Perdana Menteri yang baru. Bukan saja dia tidak dilantik sebagai ahli kabinet, kementeriannya juga diarah tutup kedai. Rupanya slogan kementeriannya 'KAU, AKU! seiring' tidak pula ditafsirkan sebegitu oleh Imam Solat Terawih ameno itu. Mungkin apa yang dimaksudkan sebenarnya adalah 'KAU, KAU! AKU, AKU!' Malang sungguh nasib ahli ameno! Dalam ameno dihina, luar ameno lebih-lebih lagilah!.Mari kita tengok pakar pembakaran jambatan Dr Rais Yatim pula!.macam mana seorang pakar doktor perundangan boleh ditukar menjadi menteri menjaga kebudayaan, kesenian dan warisan? Agaknya itu satu petanda Perdana Menteri menyarankan agar Dr Rais balik mengkaji bangunan minangkabau yang banyak ada di jelebu kot? Inilah bukti sahih yang menunjukkan Imam Solat Terawih Ameno ini tidak ikhlas berjuang " jika ada ketokohan menteri yang dapat menggugat tok imam kepala batas tu, nescaya dia akan mencantas untuk memastikan kedudukannya dapat diperkukuhkan. Di laung-laung kepada rakyat bahawa kabinet kini adalah kabinet yang mantap walhal kabinet kini adalah kabinet yang membazirkan wang rakyat sebagai pembayar cukai.

Jumlah menteri begitu ramai dan kementerian yang tidak patut ujud diada-adakan sebagai hadiah kepada pencacai ameno yang 'kununnya menang' dalam pilihan raya. Memang semuanya adalah sandiwara komedi belaka kalau tidak masakan kita dihidangkan dengan sebuah kementerian TADIKA dan sebuah kementerian UNIVERSITI, yang masing-masing diterajui oleh Ketua Pondan Siam Hishammuddin, dan Dr Shafie Saleh yang diberi habuan menjawat menteri penuh sebagai balasan tidak mengganggu Khir Toyo sebagai calon yang lebih layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Ketakutan Tok Imam solat terawih kian terserlah apabila dia membahagi dua Kementerian dalam negeri " Allah sahaja yang tahu apakah jenis tugas yang dijalankan oleh Azmi Khalid yang begitu berbeza dengan tugas yang disandang sendiri oleh laki Datin Endon tu. Mungkin satu untuk memproses paspot, kad pengenalan dan pendatang haram; dan yang satu lagi untuk memerintah anjing-anjing dalam Parti Dapat Rasuah Mengenyangkan (PDRM), salah sebuah parti komponen barisan najis.

Dalam zaman yang serba globalisasi dan berteknologi tinggi di mana kebanyakan urusan dijalankan secara elektronik dan paperless, kita agak hairan mengapa kita dibebankan dengan berpuluh-puluh menteri, timbalan menteri dan juga setiausaha parlimen di dalam sebuah negara yang kecil berbanding dengan negara-negara maju yang lain yang mempunyai saiz kabinet yang lebih kecil akan tetapi lebih berkesan jentera penguatkuasaan polisi yang telah ditetapkan. Bukankah kita rakyat negara ini yang membayar cukai terpaksa menelan air lior melihat bagaimana menteri dapat bersenang-lenang menikmati faedah yang akhirnya ditanggung oleh rakyat? Dalam Bahagian 2, kita akan sentuh bagaimana kabinet Malaysia kini dianggotai seorang lesbian, seorang bekas penternak babi dan bagaimana terdapat sekurang-kurangnya 5-6 menteri yang makan gaji buta di bawah ketiak Tok Imam Kepala Batas di bawah JPM tanpa memegang sebarang portfolio.

Ameno boleh!!!!

Marhaen Muda
Gemencheh - 02.04.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN