MENDEDAHKAN PENGKHIANATAN SPR
Sekali lagi kita mendengar kokok dan laungan kuda tunggangan AMENO, Suruhanjaya Pengkhianat Rakyat memberi amaran kepada bakal calon yang bertanding agar jangan menghentam peribadi semasa berkempen untuk pilihan raya yang tinggal lebih dari seminggu saja lagi. Dengan sombongnya, barua SPR ia itu setiausahanya Wang Amak beng Wang Umor telah memberi amarang kerah bahawa calon berkemungkinan dibatalkan kelayakan bertanding kiranya didapati calon membuat kempen yang menyentuh peribadi calon dari parti lawan.

Tidak cukup dengan amaran tersebut, SPR turut memberi amaran bahawa SPR berkuasa untuk membatalkan kemenangan calon kiranya mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat semasa berkempen untuk bertanding! Whoaaa!!! This elections have deteriorated to become farcical if not a joke to the whole world! Sebenarnya keadaan sekarang betul-betul menampakkan kehaprakan dan kegilaan puak AMENO yang bermati-matian ingin memegang terus tampok pemerintahan. Sudahla wang pertaruhan bertanding ditingkatkan untuk menyukarkan bakal-bakal calon bertanding, wang tersebut hanya akan dikembalikan sekiranya poster dan kain rentang dibersihkan dan diturunkan selepas pilihan raya berakhir. SPR betul-betul mengkhianati semangat pilihan raya itu sendiri.

Kita tidak perlu mengulas lagi bagaimana hapraknya SPR diperkudakan oleh AMENO melalui beberapa proses yang kesemuanya bertujuan untuk memberi jalan mudah kepada Barisan Najis agar terus menerus memerintah negara ini. Wahai Rashid dan Wang Amak, cubalah berkata dengan benar kerana kita semua bukannya bodoh sebagai mana Tuan-Tuan yang berjawatan besar dalam SPR tu sangkakan. Ada lagi manusia hok cerdik dari mung la!!!! Proses persempadanan semula kawasan Parlimen dan DUN; menambahkan bilangan kerusi di kawasan-kawasan yang lebih banyak hantu dari pengundi; dan yang terkini, menjadi hakim mahkamah untuk menetapkan bahawa Azmin, Ezam dan Irene disekat daripada bertanding - kesemua ini bukti yang jelas bagaimana SPR bersekongkol dengan Barisan Najis untuk menyukarkan perjalanan mensucikan negara ini dari najis.

Dalam keadaan yang sedemikian, andai kata Norman KRU pengacara rancangan sub-standard dan haprak Bersama Norman menghadapi masalah status kemuflisan atau masalah KWSP, tidaklah menjadi satu perkara yang ajaib kiranya SPR membantu mendahulukan wang pertaruhan baginya (hatta menjelaskan hutang bagi pihaknya) dan meminta agar Pejabat Pemegang Harta membuat pembatalan serta merta - semuanya agar dapat memudahkan sesiapa dari golongan AMENO bertanding. Berbanding dengan keadaan dalam tahun 1999, di mana kita telah saksikan sendiri bagaimana Ustaz Dato’ Dr Harun Din mengalami kesukaran yang teramat untuk bertanding lantaran permainan licik golongan yang bersekongkol dengan Barisan Najis untuk menghalang kemaraan Barisan Alternatif.

Di Kedah, kawasan Parlimen Pokok Sena (Mahfuz Omar), Yan (Nasaruddin Isa), Baling (Taib Azzamuddin) dan Kuala Kedah (Mohamad Sabu) kesemuanya kini dianggap tidak selamat lagi oleh PAS - hatta, khabarnya Nasaruddin Isa dikatakan akan meninggalkan kawasan Parlimen itu kerana, untuk terus bertanding di situ dikatakan akan menempah maut berdasarkan pengundi AMENO (dan juga pengundi hantu) yang dibawa masuk hasil dari proses keji dan terkutuk persempadanan semula oleh SPR yang didalangi oleh musibat AMENO yang rimas melihat cahaya bulan penuh yang semakin mengambang. Bukan saja di Kedah, ada beberapa lagi kawasan Parlimen di Semenanjung yang dirancang sebegitu rupa agar keputusan diharapkan menyebelahi jongos-jongos AMENO. Ertinya, dari awal lagi permainan pilihanr aya ini sudah berat sebelah.

Oleh yang demikian, tak usah cakap banyaklah wahai Tuan Pengerusi Rashid bin Draman, dan Tuan setiausaha Wang Amak beng Wang Umor - kita semua dah tau bagaimana rendahnya harga diri tuan-tuan sekelian sehingga boleh stoop so low to accommodate the evil designs of the NAZI FRONT! All these talk about transparency and professionalism are, in the words of a Petaling Street trader, TALK COCK only. Dari dulu lagi kewibawaan SPR sudah dipertikaikan tatkala didedahkan bagaimana Puteri AMENO boleh menggertak Pengerusinya. Heran yek? Kalaulah Rashid dan Wang Amak tu lemah lutut kepada Ketua Puteri AMENO Bahagian Kuala Lipis Siti Norhaliza Taruddin, boleh la tahan jugak. Ini tidak - kepada Azalina Seman, Lesbian Melayu Terulung Negara pun kau orang boleh lemah cangok!!!! Macam mana Melayu tak lingkop?

Bertolak dari halangan SPR untuk membatalkan kelayakan calon yang berkempen secara menyerang peribadi, maka kita terpaksa membantu di alam siber ini untuk menyerang secara peribadi calon puaka AMENO. Kiranya Wang Amak beng Wang Umor ingin membatalkan kelayakan kita, lantaklah, bukannya kita yang nak bertanding!!!! Dalam siri-siri yang berikutnya kita akan dedahkan kemungkaran ahli-ahli Barisan Najis dan dalil-dalil yang soheh yang menjadi asbab mengapa kita harus sucikan negara ini dari najis yang bergelumangan setelah sekian lama Barisan najis ini menyeleweng dalam mentadbir negara ini.

Marhainmuda,
Pontian 17 Muharram 1425 - 09.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN