Follow-up/Respons:
Agama Rasmi Negara Islam Malaysia kini Menjadi Rojak?
Artikel asal: Agama Rasmi Negara Islam Malaysia: Islam, Buddha dan Hindu?
Semua respons yang diterima disiarkan tanpa suntingan dan hanya nama ringkas/samaran dicatatkan:


Respons 4 (dipetik daripada Forum Harakah Daily):
Dalam proses nak majmukkan agama Islam... barulah nampak pembaharuan... DOA pun Umno nak majmukkan kat sekolah... rangkum sekali, akhirnya umat Islam pun banyak Tuhan...  Inilah ajaran SEBENAR Islam yang dikatakan Mahathir... toleransi ---- sederhana... Nasiblah kamu penganut-penganut Mahathirisme... . - Kiriman Ibn_Irsyad: (Beri respons balas kpd respons ini)
Respons 3 (dipetik daripada Forum Harakah Daily):

Kalau gitu Mahathir lagi cakap tak serupa bikin... dengan mengatakan MALAYSIA NEGARA ISLAM....Sepatutnya dia kene kata MALYSIA NEGARA ISLAM, BUDDHA, HINDU, KRISTIAN DLL... tak bertamadun punya org.... Kiriman Bilalmuda: (Beri respons balas kpd respons ini)
Respons 2:

Tidak ada apa peliknya tulisan dalam MM itu , apa lah nilai Utusan Malaysia , apalah nilai Zam , dan apalah nilai Mahathir bila istihar negara Islam depan Gerakan ..tidak ada apa-apa nilai ....... Sekali membaca barangkali silap print , atau silap editor , tetapi kesilapan dalam Utusan biasanya diikuti dengan ralat beberapa hari berikutnya , tetapi bila peristiharan ralat tidak ada maka ia sengaja di lakukan , apa lagi analogi yang kita nak pakai ..kalau itu senarionya ...

Mungkin ini bermulalah toleransi agama yang dimulakan dengan tulisan-tulisan kecil dahulu ...Hakikatnya memang ada yang memberi alasan spt si cemerlang2 ..cemerlang2 langsung tidak sensitif , iman seseorang di nilai dari sensitif nya dengan kedaulatan sesuatu anutan jika malaysia disebut sebagai negara terrorist maka melompat-lompat lah mereka , tetapi apabila Islam di samatarafkan dengan ugama lain tidak mengapa dan tidak nampak , maka sensitiviti cemerlang sudah tidak ada , sama spt hanif omar yg tidak nampak ayat mengharamkan judi ...

Jangan lupa sesuatu yang senstif dimulakan dengan kecil-kecilan dulu.. - Kiriman MNI (Beri respons balas kpd respons ini)


Respons 1.
Kita tidak seharusnya mempertikaikan seseorang yang memerintah negara. Kita perlu lihat pada diri sendiri. Jangan tahu hukum tapi tak melakukan dengan baik. Adalah perkara berdosa mempertikaikankan seseorang tanpa usul periksa janganlah mengikut arahan ketua yang disanjung belumtahu betul atau tidak. Kalau betul anda orang islam janganlah mengata orang itu sebaiknya. Tentu anda tidak mahu diakhirat nanti timbul masalah. Perbetulkan diri anda janganlah membuat penyebaran yang tidak berasaskan fakta. Pegangan hidup dan islam amat penting biar apapun orang kata jangan biarkan mulut anda menyakiti hati manusia. Kerana mulutlah kita akan terima balasan daripada Allh Swt. Biarlah islam dalam hati, jangan islam dimulut tanpa melakukannya. Sekian, terima kasih. Berjuang untuk islam dan jangan berjuang untuk melakukan dosa..  - Kiriman Din: (Beri respons balas kpd respons ini)

Respons semula kepada tulisan Din - 1: Cantik bunyinya.." Kita tidak harus mempertikaikan seseorang yang memerintah negara..". Apakah seseorang pemerintah itu sudah mencapai tahap maksum, tidak boleh dipertikai, dipersolan dan diperkatakan? Habis tu, mengapa di satu pihak, boleh pulak mempersoalkan pemerintah di sesebuah negeri? Apa beza negara dan negeri kerana yang dipersoalkan ada 'pemerintah'. Mempertikai tanpa usul periksa? Apakah setelah 22 tahun 'dia' menjadi ketua pemerintah, tidak ada cacat-cela sepanjang tempoh itu?  Berapa panjang tempoh bagi melayakkan kita melakukan 'usul periksa'? Apa guna akal yang dikurnia Allah SWT?

Jangan ikut arahan 'ketua yang disanjung'.... . Mengapa ke situ pulak perginya. Siapa yang mengarah siapa dan siapa yang berketuakan siapa? Sebenarnya, tanggungjawab menyeru ke arah perkara makruf dan menolak kemungkaran tidak perlu arahan ketua. Itu arahan dan perintah Allah SWT! Penyebaran tidak berasaskan fakta? Buta ke apa? Sebegitu banyak dokumen, bahan, siasatan (seperti kes rafidah, hingga ke tahap untuk dakwaan), bukan fakta ka? Sekali lagi nak tanya, BUTA KE APA? Itu baru secebis fakta daripada bertimbun-timbun fakta/bukti yang ada.

"Jangan biarkan mulut anda menyakiti hati manusia...." - waduh-waduh-waduh..., mulut siapakah agaknya yang menghina janggut Nabi Junjungan, memperlekehkan hukum Hudud, mempertikaikan tafsiran Al-Quran, yang kononnya tidak mengikut peredaran zaman? Kalau rajin membaca, semua dakwaan daripada 'mulut apa namaa, ketua yang disanjung' dah tersiar di akhbar-akhbar tanpa sebarang penafian orang yang menuturkannya.

Ok, Che Din, banyakkan membaca, kemudian gunakan akal kurniaan Allah untuk mengetahui duduk perkara. Jangan semata-mata guna otak, sebab udang pun ada otak, lembu pun ada otak...

Janganlah menggunakan perkataan 'Islam-dosa-pahala' kalau diri sendiri tak faham akan akibatnya. Sekian.

Respons semula kepada tulisan Din - 2:
ha.. khaa.. kahh.. cek din.. cek din... inilah lah trade mark dan bunyi2 puak umno kalau bercakap mengenai Islam. Tergantung! malah mudah di tepis
hujahnya. Dari kepala sampai ke ekor, semuanya meludah ke langit! Kalau tak masuk mata, masuk hidung. Kalau tak masuk hidung, masuk mulut balik. - Kiriman Omar - 08.10.2003 (10.00 pg)

Respons semula kepada tulisan Din - 3:
Utk Cik Din: Apa nama.....apa nama....... hang ni tak baca punya orang ka........sah otak umNo....benda dok jadi depan mata......  hang tak nampak ka???? hang tengok ngan pungkok ka ngan mata????? nauzubillah........) - Kiriman Che Sab 08.10.2003 (6.18 ptg)



Apakah boleh lagi kita sokong UMNO/BN jika agama Islam pun sanggup digadai?

Sila cetak & sebarkan!

Jika anda rasa ada sesuatu yang hendak diperkatakan berhubung isu Agama Rasmi Malaysia: Islam, Buddha dan Hindu, sila emelkan kpd M@RHAEN. Respons anda akan dimuatkan di sini. Anda tidak perlu bimbang & khuatir. Seperti biasa, laman ini akan merahsiakan nama pengirim & emel. Terima kasih kepada Sdra NT Alwi yang memanjangkan perkara ini di Forum HarakahDaily.

Unit Penyelidik M@RHAEN - 07.10.2003


Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - https://e-umno.tripod.com/

Click Here!