WARTAWAN HIBURAN BERITA MINGGU SALAH FAHAM ISLAM HADHARI
Kepada pembaca diharap dapat merujuk Bintang Popular iaitu sisipan Berita Minggu 25 April 2004. Rujuklah catatan wartawannya Zubir Mohd Yunus (zubir@bharian.com) pada muka surat 11 yang bertajuk Seksi Tak Kena Tempat. Antara kandungannya ialah kritikan Zubir terhadap pakaian penyampai radio Era Nana dan Nila Kurnia yang pada anggapan Zubir seksi yang berlebihan dalam majlis Parti Cit Cat Azwan Ali di Royal Adelphi Seremban.

Tulisan Zubir ialah “Nana yang mengenakan skirt mikro, manakala Nila bergaya dengan gaun hitam bertali halus yang mendedahkan sebahagian besar dadanya, Zubir rasa kurang manis dan tak sopan apabila disaksikan VVIP dan anggota Exco kerajaan Negri Sembilan yang hadir pada malam berkenaan.”

Catatan Zubir seterusnya ialah, “Tak salah mereka bergaya seksi, tapi tengok tempatlah dan kaji dulu siapakah khalayak tetamu yang hadir. Jika majlis hiburan yang dihadiri remaja saja, tanpa membabitkan pegawai kerajaan negeri, bolehlah kalau nak seksi sekalipun.”

Ulasan penulis ialah sebagai orang berakal, Zubir cuba tahu mana yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Namun dengan perkembangan semasa, Zubir seakan-akan ketinggalan kereta api apabila menyebut soal moral. Dahulu memang betul, dedah tubuh depan khalayak jadi salah, tapi kini dengan pentafsiran semula Islam dengan nama Islam Hadhari tanggapan Zubir sudah salah! Ertinya jika nak seksi sampai basah pun tak apa sekalipun di depan pegawai kerajaan atau orang Umno yang jadi Exco itu

Jika Zubir tidak faham kehendak Islam Hadhari dalam hiburan sila rujuk Menteri Penerangan As Syeikh Abdul Kadir, Syeikh Zainuddin Maidin (Zam), Ustaz Astora Jabat atau si cerdik geliga Farish Noor. Jangan rujuk Dr Mashitah Ibrahim, sebab dia masih terkelip-kelip bingung bagaimana nak menghalalkan beberapa perkara yang dulu dia sebut haram! Seperti Bintang Popular letakkan gambar Aleeza Kassim muka depan tak pakai baju, betul-betul hanya tutup tetek dan pusat, itu tak apa dan hanyalah seni untuk menambah semangat perjuangan Islam Hadhari.

Penulis yakin semua orang Umno-BN yang hadir dalam parti cit cat Azwan sangat kesal dengan tulisan Zubir apabila dianggap tidak layak hadir dalam majlis yang para perempuannya berpakaian macam nak mandi. Zubir seolah-olah merendah-rendahkan keimanan tokok-tokoh Umno itu. Bayangkanlah apabila remaja lebih berkualiti imannya berbanding tokoh Umno! Hampeh betul Zubir!

Zubir kena ingat bahawa pasangan para artis jelita dan seksi ialah para pemimpin Umno-BN. Sebab itulah fikrah politik mereka ialah Islam Hadhari, bukan al-Quran dan sunah Rasul. Tentulah dalam Islam Hadhari parti Azwan termasuk dalam amal soleh yang mendapat keberkatan Ilahi. Cuba Zubir ingat-ingat semula siapakah yang membacakan doa sebelum majlis amal soleh itu berlangsung….! Dan perbuatan perempuan bergaya seksi itu pun tidak salah kerana mereka hanya menggayakan apa yang Allah anugerahkan kepada hamba-hambanya. Dada, paha, betis gebu dan pinggang ramping semua ciptaan Allah kan.

Ha, yang mata tokoh Umno terbeliak sambil terleleh air liur itu pun amal keinsafan membesarkan tuhan juga sebab menghargai anugerah Allah kepada kaum hawa…! Lagi satu, Allah itu sukakan kecantikan…, dah kira oklah tu! Sekali lagi rujuklah kepastian ini kepada Pengerusi Majlis Fatwa Islam Hadhari Syeikh Zainuddin Maidin atau Naib Pengerusinya Si Cerdik Geliga Farish Noor.

- Mandalaputra - 27.04.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN