HAKIM HARAP TAK RAMAI PENYOKONG ANWAR YANG AKAN HADIR
Oleh MahaKuda


MESYUARAT menetapkan tarikh kes Anwar dilangsungkan di Putrajaya pukul 10 pagi semalam (16 Ogos). Yang hadir ialah Hamid Mohamad, Rahmah Hussain dan Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud serta Gani Patail dan Pendaftar Mahkamah (perempuan -tak tahu nama).

Setelah lebih setengah jam, keputusan dicapai dengan menetapkan kes pada 28 Ogos ini. Ketika berhujah sebelum itu, hakim Hamid berkata "Harap penyokong Anwar tidak ramai di mahkamah (pada hari tersebut) kerana sibuk di Terengganu (Kuala Berang)."

Apa ertinya ini?

Mahakuda - 18.08.2004 (suntingan M@RHAEN)


Hantar artikel ini kpd sahabat: