PeMbohong Hadhari CAKAP TAK SERUPA BIKIN (siri 1)
Kiirman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Memang semua terutamanya penyokong UMNO pada mulanya merasakan bahawa PeMbohong ini adalah seorang yang bersifat agak lemah lembut dalam urusan pentadbirannya di ketika mula-mula di lantik sebagai PeMbohong menggantikan TKT Kepala Taik Mahathir Mohammad. Begitu ramai yang termakan budi dan termakan hasutan berhubung dengan beberapa dasar yang membabitkan kesalahan akan dapat di perbetulkan di era PeMbohong yang baru.

Namun apabila perlantikan yang tidak pun di pilih oleh ahli UMNO ini dilakukan, ternyatakan ia nya lebih teruk dari TKT Mahathir. Mula-mula dilantik PeMbohong ini mengeluarkan slogan “Kerja dengan saya bukan kerja untuk saya”. Nampak macam bagus, walau pun nada berucap itu tak nampak gahnya dan tak nampak semangatnya, namun ramai orang UMNO syok sendiri dengan Dollah Hadahari.

Selepas slogan itu muncul pula perkara yang berkaitan dengan rasuah. Kononnya nak membanteras rasuah hingga ke akar umbi. Tangkap sekoq anak cina kesayangan Mahataik ke pengadilan, rakyat buka mata kemudian beberapa ekoq menteri kelas tiga yang di tahan dengan rasuah, Kasitah Gaddam. Rakyat melihat mungkin ada kesungguhan dalam membanteras rasuah. Namun khayalan rakyat sebentar sahaja. Ingatkan Nak menangkap Nenek Fidah, rupanya nenek itu masih kekal lagi di dalam kabinet usang yang di tinggalkan Mahataik.

Keyakinan rakyat mula menjadi tidak menentu. Tidak lama selepas itu muncul pula cerita orang-orang kaya dalam negara. Salah seorang yang terkaya ialah anak PeMbohong. Sah, memang dia PeMbohong tersohor abad ini. Tidak lama selepas itu bini pula berubat di Luar Negara, dan kes DSAI menjadi bertambah yakinlah rakyat jelata bahawa PeMbohong ini cakap tak serupa bikin, dan bikin juga hanya cakap-cakap.

Nampaknya rakyat kembali ke era zaman TKT Mahataik juga malah mungkin lebih teruk lagi. Nak harap jenayah, makin bertambah, Hari-hari ada sahaja kes pembunuhan. Sesuai dengan Islam Hadhari yang dibawa. Makin kacau bilau. Mana tidaknya, Islam Hadhari semua boleh, mengambil nama Malaysia boleh. TIDAK CUKUP DENGAN HAL Hadhari ini, yang sekarang sedang berjalan di kalangan kakitangan kerajaan yang di paksa menghadiri kursus “MEMELUK ISLAM HADHARI”

Bermula dari kempen kerja cekap. Buat lawatan ke jabatan imigresen, gempaq satu Malaysia kononnya prihatin lah tu, kemudian kempen banteras rasuah kononnya,tangkap ikan bilis dua tiga ekoq, muncul pula kes anak menantu terlibat buat komponen bom. Kalau orang lain sah dah pelingkup masuk ISA.
 Nampaknya banyak lagi perkara yang tak selesai selepas menang besar dalam pilihan raya yang lepas. Maklumlah orang Melayu dan rakyat dah sokong balik, walau dalam data dan statistik membuktikan bahawa kerajaan PeMbohong ini memang benar-benar membohongi rakyat (LIHAT DATA YANG DISERTAKAN). Umno bukannya kuat, tapi di bawah PeMbohong ini nampak macam kuat. Kalaulah diambil kira sokongan orang Melayu, nampaknya UMNO ini masih lagi kecil. Masih belum dapat sokongan dari orang Melayu.

Memang dia harus digelar PeMbohong. Nampak baik tapi jahat. Jahat sekali kepada DSAI. Manakan tidak, dulu dia tenggelam dan orang dah kuis dah. Tapi oleh kerana orang Kepala Batas lantik lagi. Nak buat macam mana. Sebab itulah sekarang ini Kepala Batas di panggil BANDARAYA KEPALA BATAS. Apa yang tak ada di sana. Yang ada di London pun ada di Kepala Batas. Macam-macam ada……. Untung betul rakyat kawasan tersebut. Rumah tak tenggelam bila banjir, harga rumah ratus-ratus ribu,puluh-puluh tak main. Stadium,kelab golf, maklumlah kawasan elit golongan Melayu kaya raya di Kepala Batas ada di Pulau Pinang. Kalau sebut Melayu kaya raya datanglah melawat Kepala Batas. Rakyat di sana tak tanam padi, sekarang asyik memukul kayu golf sebab PeMbohong mengajak orang melayu kepala batas ubah sikap dari menjadi petani profesional kepada pemain golf profesional. Hebat Pembohong ni di kawasan beliau.

Kini beliau akan di sahkan sebagai Pembohong tersohor di persidangan Pok amai-amai UMNO kali ini. Untuk menjadi Pembohong orang Melayu bukan payah sangat sebab Melayu itu telah layu dan bacul. Melayu yang hanya mahu duduk senang lenang sebab dapat makan nasi 3 kali sehari dan memandu kereta proton saga. Golongan Melayu yang dapat naik kereta tin ini sudah merasa selesa dalam usaha mereka walau tak kaya-raya. Kini muncul berbagai teori untuk memajukan orang Melayu yang tak maju-maju sejak 30 tahun dulu UMNO MEMERINTAH orang Melayu tapi Melayu tetap layu dan masih tak maju-maju. Nak maju macam mana, kalau kaya raya dan di dapati tak menyokong mereka , sah kedai atau perniagaan akan ditutup kedai, gulung tikar. Nak tahu siapa di kalangan orang Melayu yang maju, lihat suku sakat dan anak-pinak PeMbohong dan ahli yang sekutu dengannya.

Itu lah namanya suku sakat hanturaya. Curi duit rakyat tak terkira, siang malam pagi buta,maklumlah negara ini mak bapak kita punya, mampuih pi kat hangpa, aku peduli apa, mak bapak aku mentadbir negara, aku selesa hangpa merana, padan muka. padan muka, padan muka. Orang Melayu gempaq sikit saja, takut terketaq tak terhingga, itu lah Islam yang aku ajar dan bawa. Islam Hadahria. Semua boleh tak apa, pesta sampai pagi buta,tipu dalam pilihan raya, anak menantu kaya raya, DSAI aku biar pi kat dia. Aku kaya aku berkuasa, Anwar merana padan muka, bini aku bolehlah dapat rawatan mana dia suka Anwar tak boleh bawa, biar dia terseksa.

Tulah dia PeMbohong tersohor, Dari Sabah, Perlis sampai Johor. Aku, aku tersohor sampai masyhur. Aku pelopor nak majukan Melayu yang mundur. Lihat dan tengok bagaimana aku nak kelentong dan majukan Melayu yang memang dah lingkup dan banyak yang menganggur. Maklumlah kalau aku gagal dapatkan kerja aku akan salahkan para pemimpin pembangkang yang hanya tahu mengkritik dan biarkan mereka tidak tidur. Cakap banyak aku sumbat dalam penjara dan lihatlah seorang sudah ada di Sungai Buloh Selangor.

Persidangan UMNO pok amai-amai akan datang tak lama lagi. Nak tengok Melayu kaya raya mai sendiri. Berlagak pada bangsa tak sedar diri. Duit samun sana samun sini. Itu pun bukan main ranggi. Podah poci. Duit curi tak berkat dibawa mati. Jaga-jaga satu sen pun kalau rakyat tak bagi itu maknanya curi. Islam Hadhari semua boleh jadi.

Berkenaan layanan kepada Anwar. Dulu TKT Mahathir maklum sajalah, biar Tuhan saja yang tahu dia cakap bohong ka benar. Tapi anak ulama yang membawa ajaran Islam Hadhari dikatakan benar, masih lagi membuat onar. Memang benar PeMbohong ini cakap tak benar. Sekejap kata tak kukuh dan perlukan sokongan baru boleh bebas Anwar. Bila isteri Anwar jumpa sepatah sahaja PeMbohong cakap iaitu akan uruskan dengan baik-baik dan kalau nak keluar negara memang kerajaan tak benar. Nampaknya nasib Anwar ini dipolitikkan sampai surat khabar pun cakap tak benar. Satu dunia tahu PeMbohong ini akan melakukan pembetulan tapi nampaknya semua tak benar. Akhir kata JANGAN PERCAYA PADA SESEORANG YANG BANYAK KALI CAKAP TAK BENAR. DIA IALAH PEMBOHONG YANG TAK BERCAKAP BENAR. SIAPA DIA……………….. DOLLAH HADHARI.

Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 16.08.2004 (suntingan M@RHAEN)


Hantar artikel ini kpd sahabat: