PILIHAN RAYA UMUM 2004
Kerajaan Malaysia umumnya dan kerajaan Negeri Kedah khasnya bakal tamat edah pemerintahannya tidak lama lagi. Kerajaan yang sedia ada hari  ini terpaksa kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandate baru bagi mentadbir Negara Malaysia dan Negeri Kedah ini melalui proses pilihan raya.

Mengikut Perlembagaan mandat kerajaan yang ada pada hari ini bakal tamat pada penghujung tahun 2004 ini tetapi Perdana Menteri boleh pada bila – bila masa sahaja membubarkan Parlimen dan mengisytiharkan pilihan raya.

Dalam konteks negeri Kedah ini kedudukan UMNO dan Barisan Nasional amat tertekan sekali, ekoran isu – isu yang diketengahkan oleh BA menyebabkan BN berada dalam keadaan defensif.

Kajian yang dijalankan menunjukkan BN negeri Kedah tidak mampu menubuhkan kerajaan Negeri Kedah selepas pilihan raya umum nanti (kajian terkini menunjukkan BN = 14.4 kerusi, BA = 21.6 kerusi ).

Oleh itu adalah diingatkan kepada pengundi terutama dalam DUN Lunas ini bahawa BN mungkin akan menjalankan beberapa program perang saraf untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN.

Antara rancangan–rancangan yang berkemungkinan dijalankan oleh BN ke arah menyakinkan rakyat adalah:

“Mengadakan program penyerahan borang menyertai parti komponen BN, kononnya oleh bekas ahli-ahli daripada parti dalam pakatan BA bagi mengabui mata rakyat yang kononnya BA telah tidak mendapat sokongan daripada rakyat lagi”.

Serta bermacam–macam taktik dan propaganda lagi. (Tunggu, laman ini akan mendedahkan beberapa lagi taktik kotor dan bodoh UMNO/BN menjelang Pilihan Raya Umum nanti. Sementara itu, kami masih terus mengumpul bahan-bahan berkenaan dan para pembaca bolehlah mengirimkan kepada kami supaya dapat kita sediakan satu senarai panjang taktik-taktik kotor dan bodoh berkenaan.  - M@RHAEN)

Oleh itu adalah diingatkan kepada para pengundi agar jangan mudah terpengaruh dengan propaganda BN ini yang bertujuan untuk melemahkan semangat kita dalam menuntut REFORMASI total terhadap system pemerintahan ke arah MALAYSIA YANG ADIL.

Sekian, mengundi adalah hak kita sebagai rakyat MALAYSIA.

REFORMASI !!!!  REFORMASI !!!!   REFORMASI !!!!

Salam hormat dari saya.

Lim Boon Lang,
Bendahari
Pemuda KeADILan,
Padang Serai. 17.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Artikel terdahulu:
Kerajaan BA Negeri Kedah? BA Bakal Putih Mata Jika…

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN