Kenderaaan Sitaan JPJ Terbakar: Kong Choy - Khir Toyo Dua Kali Lima

Insiden di Selangor Darul Ehsan.

Insiden pertama berlaku di Batang Berjuntai Selangor pada 15 Januari 2003 mencatatkan 49 buah jentera berat pelbagai jenis ghaib tidak sampai 24 jam selepas disita.

Kesemua jentera berat berkenaan merupakan `ghanimah Operasi Mesin` setelah DS Dr Khir Toyo melancarkan perang habis-habisan untuk membanteras aktiviti rompakan pasir yang telah mengakibatkan  kerajaan Selangor kerugian ratusan juta RM dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Sitaan tersebut telah dicanangkan oleh jentera propaganda Khir sebagai simbol kejayaan Pengamal Rasuah Terkemuka itu menumpaskan para perompak pasir yang terdiri daripada `kroni-kroninya` sendiri.

Difahamkan PNSB anak syarikat kerajaan negeri Selangor selaku pemilik kawasan di mana berlakunya aktiviti rompakan telah dipertanggungjawabkan mengawal selia proses sitaan itu. Ertinya keghaiban jentera–jentera sitaan itu berlaku di depan mata PNSB sendiri.

Beberapa orang operator `jentera malang` dan penyibuk (disyaki Tonto) berjaya diberkas sedangkan para perompak kehormat terus bebas menikmati hasil rompakan mereka.

Drama terbaru itu tidak menghasilkan apa-apa kecuali menambahkan lagi keyakinan rakyat Selangor bahawa Khir Toyo memang Pengamal Rasuah Terkemuka seperti mana dakwaan parti pembangkang dan sebahagian besar pemimpin Umno Selangor sendiri.

Kesengajaan MB Muda itu membiarkan rompakan pasir berlanjutan selama tiga tahun khabarnya telah disenaraikan sebagai salah satu dalil di dalam `Memorandum 21 Perkara Mengapa Khir Toyo Tidak Patut Kekal Sebagai MB` yang dihantar oleh pesaing-pesaing Khir dalam Umno Selangor kepada PM DS Abdullah Badawi.

Insiden di Kedah Darul Aman.

Insiden kedua berlaku di dalam kawasan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sungai Petani pada jam 1.40 tengah hari Jumaat - 23 Januari lalu.

Sebelas kenderaan terdiri daripada sembilan buah kereta, sebuah lori dan van yang disita kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut akta JPJ, terbakar hangus di kawasan berkenaan ketika umat Islam sedang bersolat Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Abu Bakar Ibrahim, pihaknya telah mengambil `statements` daripada empat orang pegawai penguatkuasa JPJ dan dua orang pengawal keselamatan yang bertugas di situ.

Sepasukan 8 anggota forensik PDRM telah dihantar ke tempat kejadian untuk memulakan penyiasatan mereka pada Sabtu 24.Januari lepas.

Bernama (Berita Nasional Malaysia) melaporkan pada 25 Januari lepas, jenayah tersebut dipercayai perbuatan sabotaj pihak tertentu untuk menggagalkan proses siasatan lanjut JPJ dengan cara memusnahkan bahan bukti.

Setakat ini DS Chan Kong Choy yang mewarisi jawatan Menteri Pengangkutan daripada DS Ling Liong Sik `Kepala Ikan Busuk` belum membuat sebarang statement yang benar-benar konkrit terhadap insiden yang amat mengaibkan itu.

Mungkin beliau menunggu laporan lengkap daripada pihak polis apabila penyiasatan selesai kelak.

Sementara menanti statement konkrit Kong Choy, tiada siapa pun boleh menghalang syak wasangka rakyat bahawa insiden pembakaran itu juga sebuah lagi drama yang diarahkan oleh para penyangak.

Reputasi buruk JPJ sebagai salah sebuah agensi kerajaan yang paling kuat terlibat dengan rasuah menjadi asas kukuh pelbagai pihak untuk mengesyaki insiden itu adalah komplotan kalangan tertentu bagi melepaskan tengkuk mereka daripada  terjerat.

Jika insiden sama berlaku di negara-negara yang bermaruah, setidak-tidaknya menteri yang menerajui kementerian terlibat akan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat kalau pun tidak meletakkan jawatan kerana bertanggungjawab di atas kecuaian anak buah mereka.

Bagaimana pun Kong Choy tidak perlu memohon maaf kepada sesiapun disebabkan beliau seminda dan sejiwa dengan TS Nazeri Aziz Menteri Pembangunan Usahawan bahawa `pak menteri` adalah tuan kepada negara dan rakyat adalah hamba abdi.

Penulis berani potong jari, Kong Choy tidak akan meminta maaf kepada rakyat atau meletakkan jawatan sekali pun Ibu Pejabat JPJ Malaysia terbakar hangus.

Atitiud haprak Kong Choy itu tidak ada beza dengan menteri-menteri Umno BN lain sejak zaman purbakala lagi.

Kong Choy – Khir Toyo Dua Kali Lima

Jentera berat sitaan Pengamal Rasuah Terkemuka Khir Toyo ghaib selepas 24 jam diawasi oleh PNSB anak syarikat kerajaan negeri. Bak kata penulis siber Sdr. Inderaloka, jentera-jentera berat terlibat bukan mesin rumput atau motorsikal maupun basikal yang mudah dilarikan.

PNSB pula mengemukakan alasan konon pencuri-pencuri jentera sitaan itu punya kepakaran tinggi untuk mengaktifkan semula sebahagian besar mesin-mesin berat yang telah dimatikan sepenuhnya` fungsi sistem enjin `sebaik-baik  sahaja sitaan dibuat.

Itu adalah alasan paling bangang yang hanya boleh diterima oleh pak-pak pandir Umno. Kalau tidak pakar bukanlah pencuri namanya.

Hanya PNSB yang dipengerusikan oleh Khir Toyo tergamak membangangkan diri sedemikian rupa demi menutup permainan silap mata mereka daripada diketahui oleh rakyat.

Manakala kenderaan sitaan anak buah Kong Choy terbakar siang-siang celik (bukan malam-malam buta) di kawasan pejabat JPJ yang berdaulat.

Calang-calang penyangak tidak akan berani melakukan kerja `sebrutal` itu secara sendirian . Yang jelas penyangak-penyangak itu pasti sudah mahir setiap selok-belok kawasan pejabat JPJ Sungai Petani dan perangai kakitangannya.

Mungkin saban hari mereka bebas keluar masuk ke premis tersebut untuk berurusan dengan `abang adik` (kakitangan JPJ) yang `sama-sama cari makan`.

Bila sudah terlebih makan dan hampir-hampir termuntah apalagi bakar saja segala bahan bukti supaya: “Lu olang silamat, gua pun silamat….sama-sama cali makan maa!”

Justeru itu, di manakah kayu pengukur untuk membezakan Khir Toyo Pengamal Rasuah Terkemuka dengan Kong Choy Pewaris `Kepala Ikan Busuk`?

Tak ada, kalau ada pun dacing BN. Itu pun sudah lama senget dan tidak dipakai lagi oleh para peniaga kecuali seorang dua mamak seketurunan dengan Mahathir, Kadir Sheikh Fadir, Zainuddin Mydin dan Noor Mohammmed Yakcop Menteri Kewangan Kedua yang baru dilantik.

Orang Dalam - 27.01.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN