9 Dalil Mengapa Khir Toyo Menggilai Rasuah 
Topik yang menjadi perbincangan hangat di kalangan ahli-ahli Umno Selangor dewasa ini ialah sama ada
DS Dr. Mohd Khir Toyo MB Muda dapat mengemudi semula negeri terkaya itu selepas pilihan raya umum akan datang.

Setelah `survey` rambang dibuat, ternyata 7 dari sepuluh responden berpendapat peluang untuk Pengamal Rasuah Terkemuka itu mengekalkan kedudukan beliau adalah tipis. Faktor utama bukanlah kerana stail kepimpinan atau karismanya tetapi lebih tertumpu kepada dakwaan rasuah yang dilemparkan kepada tokoh muda itu.

Meskipun belum ada sebarang pendakwaan undang-undang dikenakan kepada Dr Khir, namun `isu rasuah` yang telah digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang dan kalangan tertentu dalam Umno sendiri, ternyata merimas dan menyulitkan Umno BN Selangor yang seolah-olah telah hilang arah apabila berdepan dengan isu itu.

Sementelah dakwaan tersebut bukanlah semata-mata gimik politik pihak pembangkang dan musuh dalaman Dr Khir tetapi ianya bertapak di atas asas yang kukuh. Hal itu terbukti dengan kesungguhan kalangan tertentu membuat laporan rasmi kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang telah memasuki tahun kedua usianya.

Para pencetus dan pelapor `isu rasuah` itu tidaklah begitu bodoh untuk menyerahkan tengkuk mereka kepada Khir. Mereka bukan sembarangan orang yang melemparkan dakwaan sesedap rasa. Tanpa angka dan fakta mereka tak seberani itu.

Angka dan fakta itu pula sudah barang pasti dibocorkan dari dalam, amat mustahil jika ia terbocor secara tidak sengaja. Apa yang berlaku, Dr Khir sekadar berupaya membuat penafian demi penafian untuk menepis dakwaan tersebut. Kekadang apit-apit lempangnya turut mengeluarkan kenyataan-kenyataan lucu konon dakwaan tersebut semata-mata didorong oleh rasa kedengkian golongan tertentu terhadap Khir.

Kalangan yang celik politik dan agama, pada mulanya menaruh harapan yang begitu tinggi kepada Khir untuk menjana satu pembaharuan dalam parti dan kerajaan. Mereka punya sebab tertentu untuk mengharap. Keperibadian dan keagamaan Khir itu sendiri dilihat pada awalnya amat meyakinkan.

Justeru di mana salah silap nya sehingga harapan mereka punah ranah. Hasil `muzakarah` tak rasmi sesama mereka, terdapat beberapa faktor yang menyeret Dr Khir ke lembah rasuah, di antaranya:

1. Kemungkinan benar seperti yang didakwa oleh beberapa orang rakan lama yang rapat dengan Dr Khir, bahawa tokoh muda itu pernah berkata: “Saya menyertai Umno untuk menghimpun harta, supaya mudah kaya raya.”
2. Dr. Khir merasakan dia sekadar Menteri Besar Sementara sebelum kehadiran tokoh yang lebih layak untuk menggantikannya. Maka peluang itu dimaksimumkan manfaatnya.
3. Dr Khir juga dikatakan kurang yakin Umno BN mampu bertahan selepas pilihan raya umum 2004. Keraguan ini merangsang dia untuk mengoptimumkan kuasa bagi kepentingan dirinya.
4. Pengamal Rasuah Terkemuka itu juga berpendapat apa yang pemimpin terdahulu lakukan di juga berhak berbuat demikian. (membudayakan rasuah)
5. Rangsangan para penasihat yang mengelilinginya. Kebanyakan sebaya usia dengan Khir, sama rakus dan haloba serta kurang kesabaran.
6. Dr. Khir merasa yakin PM akan melindungi segala kebejatannya.
7. Mengumpul modal untuk melangkah lebih jauh dalam arena politik Umno.
8. Dorongan kuat dari isteri.
9. Sifat Khir yang sememangnya berani dan keras hati. (suka bertindak melulu)

Demikian rumusan yang mereka buat. Kalau di amat-amati tiada siapa pun yang boleh mempertikaikan logik dan benarnya. Cuma masalahnya bukan Khir Toyo Pengamal Rasuah Terkemuka sahaja yang terpaksa menanggung risiko, malah seluruh warga UmnoBN Selangor akan merasai bahananya; gara-gara `rasuah Khir Toyo` Selangor terlepas ketangan pembangkang
 
Bil Item Rasuah Habuan Khir
1. Mengurniakan tanah seluas 1300 ekar untuk Pembinaan Universiti Industri Selangor kepada Talam Cooperation.

Walaupun kos projek berjumlah RM 600 juta, tiada ditanggung oleh kerajaan Negeri Selangor, sebaliknya dibiayai 100 peratus oleh Talam, tetapi pengurniaan 1300 ekar tanah diatas adalah keterlaluan.

Dipercayai Talam mengaut laba berlipat kali ganda
hasil dari pengurniaan tanah yang tidak munasabah itu.

RM 65 JUTA

Laporan kepada Ketua Pengarah BPR Malaysia telah dibuat oleh Encik Ahmad Lotfi Othman pada 23 Oktober 2001.

- Orang Dalam - 21.10.2003 (suntingan M@RHAEN)
5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal.

Click Here!