Noh Omar Kambing Patah Tanduk!
Sehari dua kebelakangan ini, YB Dato Noh Omar, SU Parlimen di JPM diberitakan sedih, sugul dan gabrah tidak tentu arah. Kalangan orang-orang kuatnya tertanya-tanya mengapa YB Noh yang kebiasaannya berlagak seperti hero tiba-tiba murung muram macam orang baru kematian bini.

Sikap panas baran Noh pula menjadi-jadi, ada sahaja yang tak kena, sehingga di dalam Parlimen pun merapu tidak tentu punca. Mengapa ya?

Jawapannya tidaklah susah sangat, sebenarnya Noh sedang berada di dalam keadaan yang amat tertekan apabila mendapat makluman kemungkinan besar dia tidak akan dilantik sebagai Ketua Penaja Umno Bahagian Tanjong Karang.

Pada peringkat awal Noh telah diberi keyakinan oleh DS Dr. Mohd Khir Toyo, Pengamal Rasuah Terkemuka bahawa jawatan tersebut adalah miliknya, tetapi apabila perkara tersebut dibawa ke MT Umno situasinya berubah.

Khir selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, memang diberi hak untuk membuat cadangan tetapi keputusan muktamad adalah di tangan Pak Lah. Khabarnya Pak Lah lebih berkenan untuk melantik DS Abu Omar, mantan MB Selangor bagi mengisi jawatan tersebut.

Sebelum ini, Noh telah pun memukul gendang ke seluruh pelosok Selangor bahawa dia pasti mengetuai Umno Bahagian Tanjong Karang yang telah dikosongkan oleh Khir Toyo kerana perpindahan MB itu ke kawasan parlimen baru Sungai Besar.

Sudah banyak majlis-majlis kenduri kesyukuran diadakan oleh Noh bagi meraikan pelantikannya itu. Apit-apit lempangnya yang selama ini dianak-tirikan oleh Khir Toyo dalam soal-soal pengisian perut mula memasang angan-angan besar! Tiba-tiba Noh tidak terlantik sebagai Ketua Penaja, lalu semuanya pun terpempan kaku!

Soal mengapa Noh diketepikan oleh Pak Lah, tidak harus dipertikaikan oleh sesiapa pun kerana itu adalah hak mutlaknya selaku bakal Presiden Umno dan PM. Beliau tentu ingin memastikan tokoh yang akan dilantik mampu menambah kekuatan politik peribadinya di samping keutuhan Umno itu sendiri.

Abu Hassan meskipun masih dipalitkan dengan skandal seks, tetapi dari segi pengaruhnya di Parlimen baru itu, kelihatan agak kukuh kerana beliau adalah bekas MB dan masih menjadi Adun Permatang. Kebanyakan pengundi bukan Melayu terutamanya kaum India berada di dalam DUN Permatang. Umno yang begitu mengharapkan sokongan pengundi bukan Melayu untuk menang pada pilihan raya umum akan datang tentu memerlukan tokoh yang dapat menguasai situasi itu.

Noh Omar dilihat kurang berupaya untuk berdepan dengan senario tersebut, kerana selama ini beliau belum pernah berdepan dengan karenah pengundi kaum India disebabkan kawasan Parlimen Tanjong Karang lama jumlah pengundi dari kaum itu adalah terlalu sedikit.

Parlimen Tanjong Karang kini hanya mempunyai dua DUN sahaja, Permatang dan Sungai Burung berbanding sebelumnya Sungai Burung, Sekinchan dan Sungai Panjang.

DUN Sungai Burong pula dikuasai oleh wakil BA (Pas) Dato Dr. Hassan Ali. Meneliti perkembangan mutakhir adalah agak sulit untuk Umno merampasnya semula. Difahamkan Khir Toyo akan meletakkan DO baru Kuala Selangor Shamsuddin Lias untuk bertanding di DUN berkenaan .

Mendengarkan itu, Noh bertambah gabrah. Dia seolah-olah telah mencium perancangan Khir Toyo untuk menyingkirkannya. Jika Shamsuddin bertanding di DUN Sungai Burong, Dato Abu Hassan pula pergi ke Parlimen, bagaimana nasib Noh? Ini tidak mustahil kerana telah kedengaran desas desus bahawa Abu Hassan akan dilantik sebagai Duta bertaraf Menteri selepas pilihan raya umum nanti.

Apakah Noh akan turun bertanding di DUN Permatang? Mungkin ke situ arahnya, tetapi komponen BN PPP telah mula menginding kerusi tersebut dari Khir Toyo. Jika indingan PPP itu ditolak sekalipun, Noh belum tentu selamat.

Rekodnya zaman belianya yang pernah membelasah remaja seorang remaja Cina hingga menemui maut bersama-sama Hj Shafik bekas ahli Umno Kuala Selangor dan salah laku seksnya terhadap anak-anak gadis India di Pulau Carrey ketika dia mengajar di situ dulu, jika dieksploitasi sikit sebanyak akan menyulitkan Noh untuk mendapat sokongan padu dari pengundi bukan Melayu.

Nampaknya Noh akan berdepan dengan cabaran getir untuk kesinambungan politiknya. Apakah kariernya politiknya akan berakhir tidak berapa lama lagi? Itu belum dapat dipastikan kerana Noh bukanlah orang yang mudah mengalah. Dia sanggup berbuat apa sahaja asalkan dia selamat.

Terbaru khabarnya, Noh sudah mula mencari-cari dokumen yang tersebar luas satu ketika dulu .Dokumen (risalah) skandal seks Abu Hassan dengan adik iparnya. Apa tujuan Noh berbuat begitu? Tak lain, hanya untuk melumpuhkan semula Abu Hassan manusia yang paling dibencinya di Selangor selepas Khir Toyo.

Ugutannya untuk membongkar penyelewengan Khir Toyo agak kurang berkesan, kerana Khir telah berusaha sedaya upaya melayani kehendak Noh, tetapi Pak Lah menolaknya. Jika Noh berani membogelkan Khir Toyo, tentu Pak Lah sendiri yang akan membelasah samseng taik minyak itu. Sementelah Pak Lah sendiri memang tidak mempercayainya sejak mula lagi kerana Noh adalah pemuja Mahathir dan Najib Tun Razak!

Lakonan Noh di Parlimen kemudian menyambungnya di luar dewan untuk berdebat dengan Wakil Pembangkang YB Hussam Musa berhubung dengan Perkara 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (isu liwat) hanya memalukan Umno sahaja. Pak Lah diberitakan begitu marah dengan kebodohan Noh itu.

Semua perencanaan Noh menemui jalan buntu! Lobi yang dilakukannya untuk mendapatkan jawatan Ketua Penaja Umno Bahagian Tanjong Karang itu, bukan setakat melalui Khir (Umno) sahaja, tetapi dipercayai MIC pun turut dilibatkannya. Jika kurang percaya sila rujuk kepada Encik Ganggadharan Naib Ketua MIC Bahagian Kuala Selangor.

Noh kini ibarat kambing yang sudah patah tanduk. Walau gelaran kambing itu sudah sinonim dengan dia, tetapi itulah hakikatnya. Kambing yang sudah patah tanduk dikira cacat dan tidak sah untuk dikorbankan. Hanya boleh disembelih untuk kenduri dan jamuan sahaja! Jika patah pun tanduk tetapi andai janggut masih ada boleh juga dibanggakan, tetapi kambing yang seekor ini sudah lah tanduknya patah, janggut pun tiada, misai pun tiada…lantas apakah gelaran yang layak buatnya?.

Emmbek.embek ….bekkk…. Ung! Ung! Ung! .Uuuuu! Uuuuuuu! Uuuuuu!

- Orang Dalam - 23.09.2003 (suntingan M@RHAEN)

Khir Toyo Hantu Raya Tak Bertuan?
5 Dalil Mengapa Khir Toyo Tidak Sesuai Menjadi Menteri Besar Selangor

Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!