Perhimpunan Black 14 (17 April 2004)
Oleh Kak Id

Tekad untuk menyertai perhimpunan di SUHAKAM saya teruskan juga biarpun pihak penganjur Badan Bertindak Pilihan Raya BA telah membatalkannya di saat-saat akhir. Tambahan pula saya telah pun tiba di KL seawal Khamis petang dan hanya mendapat tahu akan perkembangan terkini itu ketika melayari Internet jam 1.00 pagi 17 April. Kekecewaan tidak dapat dibayangkan namun maklumat dari teman reformis KL yang memaklumkan bahawa perhimpunan Black 14 akan tetap diteruskan mengubat sedikit kehampaan itu.

Saya tiba di perkarangan pejabat SUHAKAM pada lebih kurang jam 2.00 petang. Muka-muka lama reformis dapat dilihat di merata-rata tempat di kiri dan kanan bahu jalan berhadapan pejabat SUHAKAM. Kebanyakannya tidak berkumpul setempat dan memperlihatkan kelakuan yang bersahaja. Namun apabila mata bertentangan secara tidak sengaja, lirik mata masing-masing seperti berkomunikasi dan memahami akan tujuan datang bertandang ke situ.

Sdr. Tian Chua yang berpakaian serba hitam tiba pada lebih kurang jam 2.30petang. Beliau lantas bersalaman dengan mereka yang berada di kiri kanan jalan. Serentak dengan itu kami mula berkumpul dan mengikuti Sdr. Tian Chua ke hadapan bangunan pejabat SUHAKAM di seberang jalan. Dr. Sanusi dan Sdr. Sivarasah juga telah berada di situ. Cikgu Badrul membuka tirai ucapan dengan mengalu-alukan kedatangan semua orang. Dr. Sanusi memulakan ucapan dan dikuti oleh beberapa orang selepas itu. Suasana berjalan dengan penuh aman dan tidak pun mengganggu lalu lintas di jalan tersebut.

Nun di atas bangunan pejabat SUHAKAM, kelihatan pada beberapa sudut dua tiga ekor anjing kurap siap dengan kameranya difokuskan ke arah kami. Kereta peronda mereka memang telah berada di situ sedari awal lagi. Belum pun sampai setengah jam ucapan pemimpin-pemimpin bermula, anjing-anjing kepala merah mula keluar dari arah bangunan pejabat SUHAKAM dan berbaris menghadap tempat para pemimpin kita berucap. Pergerakan mereka memang seperti dirancang-rancang untuk berlaku semasa Sdr. Tian Chua mula berucap. Pada masa yang sama juga Siput-siput babi yang menyamar mula mempamerkan diri mereka ke hadapan dengan menyarung vest kuning dan mengepung kumpulan kami.

Salah seekor anjing kurap, mungkin kepala anjing-anjing kurap tu, memberikan amaran agar semua orang bersurai. Amaran yang diberi hanya sekali dan beberapa saat sahaja sebelum mereka terus menyerbu masuk ke arah kami dan mula menangkap orang-orang tertentu di antara kami. Cara mereka bertindak itu memang seperti telah diskripkan dan orang-orang yang hendak ditangkap seperti telah dikenal pasti terlebih dahulu. Ini adalah kerana anjing-anjing itu terus meluru ke arah mangsa pilihannya sambil menguis ke tepi mereka yang mungkin tidak termasuk di dalam senarai ‘wanted’ (termasuklah saya hehe!)

Nora di antara wanita yang pertama diheret pergi. Namun Sdr. Tian Chua telah dibawa dengan kasar sekali dan apabila melihatkan Sdr. Tian Chua diperlakukan sedemikian rupa para penyokong BA yang berada di seberang jalan mula menjerit dan memaki hamun anjing-anjing yang ada. Saya sempat juga menyelit sepatah dua (waktu lain tak de can nak mencarut!) melepaskan geram. Mungkin kerana merasa tercabar anjing-anjing kepala merah mula menyerbu ke arah makian orang ramai dan mengejar macam pondan tua. Namun tiada siapa yang ditangkapnya lagi (mungkin dah cukup kuorum).

Kerja anjing-anjing kurap itu beres di dalam masa tidak sampai sejam. Setelah menangkap beberapa orang (dalam lingkungan belasan) dan dimuatkan ke dalam trak, mereka pun beredar dari situ. Sebelum beredar sempat pula kumpulan anjing-anjing berkepala merah berbaris dan bertaklimat sebentar, mungkin gembira kerana kerja beres ikut skrip dan boleh pulang awal.

Lambaian dan sorakan reformasi mengiringi pemergian para pemimpin dan penyokong yang ditangkap. Semangat mereka itu kami teruskan dengan berarak pula ke jalan utama berhadapan panggung Coleseum. Di situ laungan kami turut disertai dengan bunyi-bunyi hon kereta dan bas yang lalu lalang. Isteri Ustaz Badrul Amin turut serta di dalam kumpulan kami.

Di antara yang ditangkap adalah Cikgu Badrul dan Dr. Sanusi. Dr. Hatta tiba lewat sedikit dan jika beliau tiba awal sedikit pun pasti beliau turut diangkut ke dalam trak anjing-anjing itu.

Sesungguhnya saya tidak sedikit pun merasa kesal dengan keputusan untuk terus menyertai perhimpunan tersebut. Biarpun tidak ramai pemimpin yang hadir, semangat yang ditunjukkan oleh Sdr. Tian Chua, Dr. Sanusi Osman, Sdr. Sivarasah dan Dr. Hatta sudah cukup untuk meyakinkan kami akan jalan yang kami pilih ini. Pada hari ini saya seolah-olah tersedar akan siapakah pemimpin berjiwa rakyat yang sebenar. Siapakah yang sanggup bersama-sama susah dan senang dengan rakyat bawahan yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Siapakah yang sanggup mengambil risiko mengorbankan diri biarpun tahu akan perangkap yang telah disediakan kepada mereka. Siapakah yang lebih retorik dari tindak-tanduknya yang sebenar. Siapakah yang masih tidak berdiri di bumi nyata dan lebih senang berteori dari beraksi. Siapakah yang masih takut-takut dan sebenarnya bacul untuk menetapkan pendirian. Siapakah yang sebenarnya bersikap ala kuku besi Tun Kepala Taik dan tidak pernah cuba memahami kehendak rakyat.

Maafkan daku wahai para pemimpinku yang dikasihi. Tabikku hari ini adalah untuk para wirawanku yang di dalam trak itu!

Lawan Tetap Lawan!

Kak Id - 18.04.2004
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 



Sertai Maillist M@RHAEN