Hari Itu Dalam Sejarah: HAKIM DICACI & DIMAKI!
Oleh Isamo Fer
BUAT pertama kali dalam sejarah, hakim-hakim menerima cacian, makian dan cemuhan paling jijik oleh orang ramai dalam mahkamah.

Kejadian berlaku ketika hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Yang Arif Dato’ Pajan Singh Gill, Dato’ Richard Malanjum dan Dato’ Hashim Mohd Yusoff menolak permohonan ikat jamin Anwar yang sepatutnya diberi kepada sesiapa saja yang dituduh dibawah seksyen tersebut.

Selepas keputusan diumum, orang ramai memaki hakim-hakim dengan perkataan: Oii! Babi!!!  Sial!!!  Hakim Rasuah!!!  P*k*m*k punya hakim!!!  Babi pun ada akal!!!  Hakim Anak Haram! Dll…

Mereka kemudian segera lari meninggalkan mahkamah diikuti pasukan pendakwa yang diketuai Dato’ Gani Patail.

Saya yang berada dalam mahkamah tidak dapat berkata apa selain berkata hakim-hakim berhak menerima cacian serta makian tersebut.

Kawan yang berada di sebelah saya berkata: Kalau aku jadi depa (hakim-hakim), aku segera letak jawatan!

- Isamo Fer - 23.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN