Tak Adil Samy Vellu Seorang Sahaja Dipaksa Letak Jawatan!
Oleh Inderaloka

“Tidak pernah selama saya menjadi menteri,saya terpaksa menjawab soalan di parlimen selama dua setengah jam seperti yang saya buat kali ini. Saya jenis orang bekerja, pukul lima pagi sudah bangun tidur, kerja sampai pukul satu pagi. Apa saja soalan saya sudah jawab di dalam parlimen oleh itu soalan di luar parlimen tidak perlu saya jawab.” begitu jelas DS Samy Vellu Menteri Kerjaraya ketika cuba membela dirinya setelah diserang segenap sudut lantaran banyak projek di bawah kementeriannya satu persatu dikesan bermasalah.
 
Kalau BPR dan pakar profesional tidak haprak, hasil siasatan pasti dihormati rakyat.
 
Projek-projek yang dikategorikan sebagai bermasalah itu di antaranya; kelewatan menyerahkan beberapa buah sekolah di Langkawi, Negeri Sembilan dan Johor kepada Kementerian Pendidikan, Lebuhraya Pantai Timur yang disyaki dibina tidak mengikut penetapan,tanah runtuh di Gua Tempurung laluan PLUS, Hospital Pakar di Johor Bahru yang diserang kulat serta keretakan terhadap 31 daripada 33 buah tiang jejantas untuk laluan Lingkaran Tengah 2. (MRR 2)
 
Sebahagian besar daripada projek-projek tersebut telah pun diziarahi oleh Badan Pencegah Rasuah untuk siasatan, tidak kurang juga pakar-pakar tempatan dan luar negeri dihantar untuk mengkaji dari sudut teknikal punca-punca yang menyebabkan masalah-masalah berkenaan berlaku.
 
Soal sama ada BPR memiliki pakar forensik (kejuruteraan) berkelayakan untuk bersaing atau menidakkan laporan pakar-pakar teknikal tadi adalah suatu yang amat diragui.
 
Mungkin pakar forensik BPR sekadar bertaraf kelas tiga jika dibandingkan dengan pakar-pakar teknikal dalam dan luar negeri yang amat sukar untuk dipertikaikan taraf keprofesionalan mereka.
 
Laporan mereka sukar untuk ditolak kecuali dapat dibuktikan bahawa darjat mereka sama seperti Augustine Paul, Ariffin Jaka, Ghani Patail, Rahim Noor, Noorian Mai, Musa Hassan dan beberapa ekor beruk yang telah dirasuahi secukup-cukupnya oleh Mahataik satu ketika dulu agar melacurkan institusi kehakiman dan kepolisian demi melengkapkan sebuah konspirasi paling keji di rantau sebelah sini.

Ertinya jika pakar-pakar profesional tadi bertugas dengan penuh jujur tiada siapa yang boleh menolak laporan mereka termasuk BPR sebaliknya jika pakar-pakar berkenaan termakan umpan yang disuakan oleh golongan penguasa untuk menutupi sebarang kebobrokan nescaya segala laporan yang mereka buat haprak seratus persen.
 
Setakat ini laporan pakar teknikal agak menyedapkan hati Samy Vellu, terutamanya serangan kulat di Hospital Pakar JB yang dikatakan tidaklah berbahaya begitu juga laporan runtuhan tanah di Gua Tempurung.
 
Namun laporan MRR 2 agak merimaskan Samy Vellu apabila di peringkat awal beliau begitu beria-ia menafikan bahawa terdapat kesilapan rekabentuk walhal setelah selesai penyiasatan oleh pakar profesional dari luar negara mendapati punca utama keretakan tiang-tiang terlibat adalah kesilapan reka bentuk.
 
Manakala laporan dakwaan terhadap LR Pantai Timur yang tidak dibina mengikut spesifikasi belum lagi diperolehi, apa pun BPR dengan anggota forensik kejuruteraannya sudah memulakan kerja-kerja penyiasatan mereka.
 
Rakyat marhaen sedang ternanti-nanti sama ada BPR sudah diberi kuasa seluas-luasnya untuk menyiapkan laporan kemudian menyerahkan hasilnya kepada Peguam Negara untuk proses pendakwaan mana-mana penyangak yang bertanggung jawab jika penyelewengan benar-benar berlaku termasuk Samy Vellu sendiri.
 
Kalaulah visual pakar-pakar forensik BPR mengorek untuk mengambil contoh ketebalan lapisan premix disalah satu lokasi laluan lebuhraya Pantai Timur dekat Temerloh yang dipaparkan melalui slot berita utama kebanyakan media elektronik kerajaan dan swasta baru-baru ini bukan sandiwara menipu rakyat, sudah tentu hasilnya nanti tidak akan menghampakan rakyat.
 
Samy Vellu di dalam situasi agak tertekan menyatakan kesediaannya untuk menyerahkan satu laporan rasmi kepada PM Imam Hadhari Selasa ini 19.10.04 tentang pelbagai dakwaan yang memalukan kementeriannya itu.

Persoalan yang harus dijawab,sejauh mana keberkesanan laporan rasmi Samy Vellu kepada PM, siasatan BPR dan laporan pakar teknikal profesional di dalam menangani masalah dibangkitkan jika rakyat sudah kerap kali disajikan dengan aksi kelam kabut yang stereotaip setiap kali terbongkarnya apa saja `malapetaka`!
 
Budaya Umno BN yang sama sekali mengetepikan soal maruah dan integriti di dalam corak kepimpinan mereka sejak zaman purbakala lagi, tidak memungkinkan mereka mengambil pertanggungjawaban terhadap `malapetaka` yang berlaku, berbeza dengan rakan-rakan sejawatan mereka di negara lain mereka bukan sekadar meletak jawatan bahkan sampai ke tahap membunuh diri jika berdepan dengan `malapetaka` yang serupa.

Samy Vellu akan letak jawatan?
 
Ketika diajukan soalan oleh pemberita sama ada beliau sedia meletak jawatan selaku Menteri Kerjaraya ekoran daripada tekanan beberapa pihak termasuk MP-MP Barisan Nasional kerana kegagalannya menerajui kementerian tersebut di dalam perlaksanaan projek-projek tertentu, Samy Vellu menjawab: “Soal letak jawatan bukan urusan saya, ia adalah hak mutlak Perdana Menteri………”
 
Ternyata Samy Vellu tidak terlintas sedikit pun untuk meletak jawatan kecuali atas kemahuan PM. Sejak Umno/Perikatan/BN memerintah Malaysia jarang sekali penjawat menteri meletak jawatan kerana prinsip atau atas kerelaan sendiri kecuali TS Musa Hitam dan Allahyarham Tun Dr Ismail beberapa ketika dulu.
 
Selainnya kalau pun ada hanyalah kerana konon mahu menjaga nama baik Umno BN seperti peletakan jawatan RTC Perogol Bersiri Umno dan Muhammad Mohd Taib yang terkenal dengan kisah menyeludup berkilogram wang Malaysia dan asing ke Australia.
 
Begitu juga peletakan jawatan Tun `Ikan Busuk Kepala` Liong Sik, Sabaruddin Chik, Muhammad Rahmat dan tiga empat kerat musibat lagi,semuanya adalah secara paksa rela yakni diarahkan oleh PM atas sebab-sebab politik dalaman Umno BN.

Mahathir Mahataik telah berjaya membudayakan bahawa Perdana Menteri itu adalah umpama `tuhan` waima seribu kali salah, jika PM mahu seseorang itu kekal sebagai Menteri maka kekallah dia sampai mati.
 
Justeru tidak salah jika Samy Vellu meletakkan nasibnya kepada PM Imam Hadhari kerana di dalam benak Presiden MIC itu mustahil beliau akan dipecat kalau budaya ciptaan Mahataik itu terus diamalkan oleh Imam Hadhari.
 
Ya! Samy Vellu tidak perlu takut kepada sesiapa pun kecuali Imam Hadhari berani membuat kejutan bagaimana kenekadannya tidak mahu mencampuri urusan kehakiman di dalam menentukan keputusan rayuan DSAI di Mahkamah Persekutuan tempoh hari walaupun Mahathir Mahataik mahu Anwar terus dipenjarai.
 
Najib pun kena letak jawatan.
 
Jika Imam Hadhari yang kian bercelaru otaknya itu gara-gara kehilangan penyokong di dalam MT Umno mahu memecat Samy Vellu maka beliau juga harus mengenakan tindakan sama kepada beberapa orang Menteri yang tidak kurang hebat `kebelukangannya`, antaranya :
 
a. TPM bekas boyfriend Ziana Zain Najib TR juga selaku Menteri Pertahanan kerana sejak dia menerajui kementerian yang mengendalikan pertahanan negara sudah beberapa kali helikopter Nuri dan pesawat pelatih Pilatus TUDM terhempas mengorbankan puluhan nyawa wira-wira negara tanpa menunggu medan tempur.
 
Telah berkali-kali suami Rosmah Mansor itu membuat statemen dan jaminan bahawa pihaknya akan menjalankan penyiasatan pada setiap musibah yang menimpa TUDM dan beberapa kes TLDM,namun hasilnya tidak pernah didedahkan kepada umum dan apabila musibah yang sama berlaku lagi nada yang sama terus diulangi.
 
Sehinggalah baru-baru ini Najib mengisytiharkan bahawa semua helikopter Nuri perlu diganti. Apakah bekas boyfriend Ziana Zain sudah ada `contact` yang boleh diajak berpakat untuk merompak duit rakyat di dalam urusan penggantian helikopter tadi?

Menurut apa yang pernah didedahkan secara sepintas lalu oleh Ezam Mohd Noor Ketua AM KeADILan difahamkan Rosmah Mansor turut terlibat berurusan (rasuah) dengan pembekal dari Itali untuk tujuan berkenaan.
 
Najib juga dikesan gagal mengendalikan PLKN dengan sempurna apabila terdapat beberapa kes yang melibatkan kehilangan nyawa pelatih, kes rogol pelatih dan kes-kes para pelatih merusuh dan melakukan vandalisme di beberapa buah kampus IPT ketika menjalani latihan luar kem.
 
b. Imam Hadhari sendiri selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri perlu meletakkan jawatan kerana sejak beliau memimpin kementerian tersebut kehaprakan polis begitu menyerlah. Satu ketika polis bukan dianggap pelindung rakyat sebaliknya sebagai gengster dan penyangak. Lihat sahaja betapa polis mengganas di perhimpunan-perhimpunan aman rakyat anjuran para reformis dan BA.
 
PDRM juga pernah dilabelkan oleh rakyat marhaen sebagai makhluk `trigger-happy` apabila tanpa ragu sanggup membedil siapa saja yang disyaki sebagai penjenayah.
 
Jangan lupa pula ada di antara anggota skuad yang berbangga dengan slogan Mesra, Cepat dan Betul itu terlibat dengan beberapa siri rompakan bersenjata antaranya kisah bagaimana seorang Chief Inspektor yang hancur mukanya lantaran penangan `pump-gun` seorang pengawal keselamatan di dalam satu kejadian rompakan bank di Johor tahun lepas.
 
Terbaru Timbalan Menteri KDN Dato Noh Omar mendedahkan bahawa terdapat 30 orang anggota polis pelbagai pangkat terlibat sebagai barua pengedar dadah di KL.
 
Itu baru sedikit, pendekata banyak lagi kisah-kisah benar yang merakamkan betapa haprak PDRM di bawah kendalian Dolah sehingga beliau terpaksa menubuhkan Suruhanjaya Penambahbaikan Perkhidmatan Polis. Hasilnya sampai kini tidak ke mana pun.
 
c. Menteri yang bertanggungjawab mengendalikan urusan agama di Jabatan Perdana Menteri sepatutnya sudah lama meletak jawatan atau diheret ke muka pengadilan kerana jenayah yang telah mereka lakukan.

Antaranya mengurus pelaburan Tabung Haji di Bukit Tinggi yang terkenal dengan kasinonya begitu juga pelaburan-pelaburan di tempat lain yang mengakibatkan tabung itu kerugian RM Ratusan Juta, itu belum lagi beberapa penyelewengan di sana sini yang melibatkan beberapa orang eksekutifnya.
 
Apakah Hamid Othman pernah letak jawatan? Begitu juga Brig. General (B) (general tanpa soldadu) Abd. Hamid Zainal Abidin yang dilantik oleh Mahataik menggantikan Mid Man. Jauh panggang daripada api, usahkan letak jawatan bahkan Mid Man dilantik sebagai Penasihat Agama kepada PM bertaraf Menteri.
 
General pencen pula walaupun tidak dikekalkan sebagai Menteri namun dilantik sebagai Pengerusi Mara setelah dia memenangi kerusi Parlimen Parit Buntar mengalahkan Dato Dr Hassan Ali pada p/raya umum lalu.
 
Menteri Agama yang baru kini bernama Abdullah Md. Zain, apalah yang boleh dibanggakan dengan `ulama Umno` itu jika JAKIM yang menguruskan perlabelan `Halal` untuk bahan makanan umat Islam jelas dipermain-mainkan oleh golongan peniaga non-Muslim!
 
Lihat sahaja bagaimana sebuah premis membekal daging ayam `halal` telah mencampur adukkan bahan tersebut dengan anak babi di dalam peti sejuk begitu juga sembelihan dikesan tidak menurut Islam.
 
Bukan sekali peniaga keparat non-Muslim itu membuat hal,bahkan mereka cukup biadab terus mengedarkan produk yang berlabelkan `Halal` palsu itu walaupun JAKIM sudah bertindak! Tak taulah berapa ramai umat Islam sudah memakan bangkai yang dibekalkan oleh peniaga tersebut di sekitar KL!
 
d. Aziz Shamsuddin Si Konspirator yang bertindak menganugerahkan kontrak membina makmal komputer untuk sekolah-sekolah di seluruh negara sewaktu beliau menjawat Timbalan Menteri Pendidikan telah dinaikkan pangkat kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar selepas memenangi kerusi Parlimen Shah Alam.
 
Walhal hampir semua projek makmal komputer bernilai RM ratusan juta yang dianugerahkan kepada kroni termasuk anak jantannya gagal disiapkan atau dikesan tidak mematuhi spesifikasi. Akhirnya kerajaan terpaksa membazirkan berjuta-juta RM lagi untuk menyembuhkan wabak yang ditinggalkan Aziz Shamsuddin. Adakah Aziz Shamsuddin letak jawatan? Tidak!!!!!!!!!!!!

Bila menyebut KPLB, nescaya ingatan terhadap bekas menterinya Annuar Musa tidak boleh dilupakan! Kesnya menyonglap RM40 juta wang peruntukan PPRT senyap sehingga sekarang.
 
Bukan fitnah! Kes itu cukup sahih jika tak percaya, tanyakan Dato Azmi Khalid bekas menteri di kementerian yang sama….. beliaulah orang yang bertanggungjawab melaporkan kepada BPR penyelewengan Annuar Musa sebaik saja mengambil alih teraju kementerian tersebut selepas p/raya umum 1999. Adakah Annuar Musa pernah didakwa atau meletak jawatan? Tidak!!!!!!!
 
Perompak duit rakyat termiskin itu tidak dilantik menjadi Menteri di dalam kabinet Mahataik 1999 disebabkan dia tewas di dalam p/raya umum pada tahun itu. Kalau dia menang sudah tentu jawatan menterinya kekal. Kini perompak duit rakyat termiskin itu menjadi Adun Umno BN di Kelantan.
 
Cukup setakat ini walaupun sebenarnya masih banyak lagi `penyamun dan penyangak ` yang bertaraf Menteri, Timbalan Menteri dan SU Parlimen yang perlu dipecat atau meletak jawatan kerana kegagalan mereka melaksanakan tugas dan amanah rakyat.
 
Apa pun adakah rakyat marhaen mengharap muka-muka tebal yang tidak punya sikit kemaluan itu akan meletak jawatan? Jangan harap! Melainkan usir mereka daripada kemuncak kuasa melalui `kuasa rakyat`. Bukankah Sang Rajawali sudah bebas untuk memimpin semula `Reformasi` yang agak tertangguh gara-gara enam tahun mendekam di Penjara Sungai Buloh?
 
Kini Anwar Ibrahim sudah bebas! Kalau rakyat masih ditakuk lama khususnya para penyokong BA dan reformis lagi terkial-kial untuk menyahut seruan wira rakyat itu, percayalah siapa pun tidak boleh berbuat apa-apa untuk menumbangkan Umno BN di dalam masa terdekat ini (sekurang-kurangnya p/raya umum 2008/09). Rugilah rakyat kerana sikap`mudah-lupa` mereka sendiri……

Inderaloka - 18.10.2004 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: