Imam Hadhari vs Kaki Betina
Oleh Inderaloka

Di dalam satu majlis anjuran Kementerian Penerangan dua hari lalu,nampaknya Imam Hadhari dengan penuh semangat telah menggariskan beberapa ciri penting yang harus ada pada seseorang pemimpin.
 
Imam dan pariyah Umno tersohor sama-sama marah
 
Antaranya seperti mana saranan beliau ketika merasmikan majlis berkenaan: “Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik seseorang itu mesti berilmu dan bersedia menerima kritikan walaupun telinga kita pedas mendengarnya.”
 
Persoalan yang menarik kepada siapakah `amanat` itu ditujukan, apakah kepada hadirin rata-ratanya pelajar dan pemimpin peringkat kampung yang dikerah untuk menjayakan majlis tersebut?
 
Sekilas pandang nampaknya begitu tetapi kalau diamat-amati, Imam Hadhari sedang menghalakan senapangnya ke arah `orang yang paling dibencinya`, siapa lagi kalau bukan bekas boyfriend Ziana Zain Timbalan Perdana Menteri Malaysia pilihan Mahathir Mahataik.
 
Sementelah pariyah Umno yang frust menonggeng kerana tewas di dalam pemilihan MT di PA Umno lalu atas kapasitinya sebagai Menteri Penerangan turut berucap. Tidak salah kalau pariyah Kadir SF dan Imam Hadhari menjadikan majlis itu sebagai salah satu gelanggang untuk membelasah musuh masing-masing.
 
Pariyah Kadir SF marah kerana beliau tidak diundi oleh kumpulan pemberi dan penerima rasuah politik begitu juga Imam Hadhari yang terlalu kecewa lantaran orang harapannya Mustafa Muhammad dan Mike Tyson tidak terpilih sebagai Naib Presiden.
 
Pengundian yang dikuasai sepenuhnya oleh bekas boyfriend Ziana Zain didalangi oleh bekas PM Mahathir Mahataik menyaksikan Si Kontot Isa Samad dan anak benggali Ali Rostam muncul sebagai Naib Presiden baru.
 
Seorang lagi `buah hati` Imam Hadhari cemas-cemas tidak dibungkus. Berbuihlah Imam Hadhari mempromosikan TS Muhyuddin Yassin tetapi para perwakilan korup hanya meletakkan `incumbent` itu di tangga tercorot pemenang Naib Presiden sesi 2004 –2207.

Terang-terang para perwakilan tidak langsung mengendahkan nasihat dan amaran Imam Hadhari agar rasuah politik di dalam Umno di perangi habis-habisan.
 
Najib/Mahathir Mahataik berjaya meletakkan hulubalang-hulubalang yang bila-bila masa boleh menyingkir melalui undi tidak percaya di peringkat Majlis Tertinggi terhadap Imam Hadhari, segala-galanya disebabkan rasuah politik yang terus mencengkam Umno.
 
Statemen pariyah Umno tersohor Abd Kadir SF: “Pemilihan kali ini adalah pemilihan yang paling teruk dicemari politik wang sejak 34 tahun” sudah memadai untuk menceritakan segala-galanya.
 
Yang tersirat: Imam Hadhari kata Najib bodoh
 
Orang yang tidak berilmu dan kurang daya tahan untuk berdepan dengan kritikan yang dimaksudkan oleh Imam Hadhari di dalam ucapan perasmian majlis di atas, tidak lain ditujukan kepada bekas boyfriend Ziana Zain Najib TR.
 
Memang semua telah maklum bahawa Najib tidak memiliki sebarang kelayakan akademik meskipun di peringkat diploma. Jika ada pun hanyalah penganugerahan Diploma Kehormat dari salah sebuah universiti di UK ketika beliau menjawat Menteri Pendidikan dulu.
 
Manakala Mustaffa Muhammad,Mike Tyson dan Muhyiddin kesemuanya adalah graduan cemerlang di peringkat pengajian tinggi masing-masing sama ada di universiti dalam negeri maupun seberang laut.
 
Pujian Imam Hadhari terhadap Muhyiddin begitu jelas di dalam perasmian MAHA baru-baru ini. Menurut Imam Hadhari; Muhyiddin selaku Menteri Pertanian dan Asas Tani begitu mudah memahami hasrat PM dan kerajaan untuk memartabatkan sektor pertanian sebagai penyumbang terbesar sumber ekonomi negara.
 
Musataffa Muhamamd pun sudah beberapa kali menerima pujian Imam Hadhari,begitu juga Mike Tyson meskipun gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden tetapi terang-terang diangkat oleh Imam Hadhari di dalam sesi penggulungan ucapan penangguhan Presiden di PA Umno yang lepas.

Imam Hadhari menjanjikan jawatan penting untuk Mustaffa dan Mike Tyson di dalam Umno walaupun mereka tewas.
 
Kalau Muhyiddin bijak, Mike Tyson dan Mustaffa pandai lalu siapa yang bodoh menurut persepsi Imam Hadhari? Jika bukan Najib sikaki betina itu siapa lagi!
 
Imam Hadhari mahukan `orang yang pandai dan bijak` membantu beliau menggerakkan agenda kerajaan dan parti tetapi bekas PM ke–4 Mahathir Mahatik tidak kisah itu semua, biar bodoh asalkan taat kepada kehendaknya; lagi bodoh dan lagi haprak lagi disukai si Mahataik itu ……senang dipulas telinga.
 
Anda semua jangan pula tersalah tafsir bahawa penulis mula mencenderungi stail Imam Hadhari, jauh panggang daripada api! Na`udzubillah hi mindzalik! kerana sejak Imam itu mengganti Mahataik tidak ada suatu kejayaan pun dilakukannya melainkan bercakap itu pun umpama menjirus air ke daun keladi.
 
Pembebasan Sang Rajawali Anwar Ibrahim? Mungkin sekelumit ucapan terima kasih boleh di beri kepada Imam Hadhari kerana dia mengizinkan para hakim membuat keputusan sendiri tanpa dirasuk oleh mana-mana polong.
 
Itu bukanlah sesuatu yang paling gemilang pernah dilakukan Imam Hadhari sepanjang hampir setahun pemerintahannya kerana membenarkan pihak kehakiman bebas dan berdaulat adalah merupakan kewajipan asas seorang ketua di dalam sebuah negara yang mengamalkan `pembahagian kuasa.” (separation of power).
 
Itu pun baru satu kes,bagaimana dengan kes-kes penganiayaan lain terutamanya tahanan-tahanan ISA yang masih menderita zahir batin di dalam Kemta Kemunting kerana dipisahkan dari anak isteri, kaum keluarga dan dunia luar menerusi akta drakonian mahajakun?
 
Seperkara lagi; jika bukan disebabkan tekanan dalaman berterusan yang dilakukan oleh reformis dan rakyat marhaen serta gesaan masyarakat internasional ditokok tambah pula dengan gerakan Mahathir Mahataik yang tidak mengizinkan Imam Hadhari berkuasa penuh di dalam parti dan kerajaan, relakah Imam Hadhari membiarkan mahkamah membebaskan Wira Negara Bapa Reformasi Anwar Ibrahim?

Lupakan dulu buat sementara persoalan itu. Mari kita kembali kepada topik asal betapa Imam Hadhari `membodohkan` Najib seterusnya menuduh anak Arwah Tun Razak itu sebagai orang yang cepat melenting apabila dikritik . Mahu buktinya?
 
Najib enggan terima kritikan `politik wang`
 
Penghuni rumah sakit mental pun sudah tahu bahawa malan politik wang @ rasuah politik begitu dahsyat berlaku di dalam mana-mana pemilihan Umno di segenap peringkat.
 
Amalan yang diperkenalkan oleh Mahathir Mahataik ketika berlakunya pertembungan di antara dia dengan Ku Li pada abad ke 20 lalu tidak akan berjaya dibanteras selama Umno terus haprak dan bersifat sekular.

Lihat sahaja bagaimana luahan para Menteri dan bekas-bekas ahli MT
 
Umno yang tewas di dalam perebutan jawatan tertinggi serta para penyokong mereka berterang-terangan mendedahkan berlakunya rasuah politik dan mengungkit ke mana perginya lebih seribu orang pemantau yang dilantik oleh parti untuk mengawasi perjalanan persidangan dan apa-apa yang menyalahi etika dan peraturan berkempen dan bermesyuarat.
 
Malah ada yang mempertikaikan kemampuan Lembaga Disiplin yang dipengerusikan oleh TS Tengku Ahmad Rithauddeen dan keberkesanan JK Pengurusan Parti diketuai oleh Najib di dalam menangani pelbagai masalah dan penyelewengan yang berlaku di dalam parti.
 
Tengku Ahmad Rithauddeen sendiri mengakui bahawa Lembaga Disiplin kurang berupaya untuk menangani masalah politik wang dan lain-lain penyelewengan di dalam parti secara berkesan kerana kekurangan mekanisme. Lantas beliau mencadangkan supaya `skuad pendakwaan` ditubuhkan untuk membantu mempercepatkan tindakan Lembaga Disiplin mendakwa dan menghukum pesalah .
 
Cadangan tersebut bukan sahaja disokong oleh Muhyiddin, bahkan Naib Presiden Umno itu turut mencadangkan supaya peranan dan kuasa Lembaga Displin Umno diperluaskan. Antaranya Muhyiddin mencadangkan lembaga itu diberi kuasa untuk turun padang menjalankan siasatannya sendiri bukan sekadar bergantung kepada pelapor sahaja.

Paling menarik apabila Muhyiddin turut menyarankan agar `reward` diberi kepada sesiapa yang berani tampil ke depan untuk membuat laporan politik wang kepada Lembaga Disiplin dan pelapor berkenaan mestilah dilindungi dan dirahsiakan mereka.
 
Pendek kata terlalu banyak saranan dan cadangan untuk membanteras amalan rasuah politik dan lain-lain amalan yang melanggari tata etika Umno yang kian membobrok itu.
 
Hampir semua pemimpin besar Umno bersuara mengemukakan idea untuk membersihkan parti haprak mereka daripada gejala politik wang.
 
Namun tanpa disangka-sangka Najib selaku Timbalan Presiden Umno yang baru tiba-tiba sahaja mengherdik mereka: “Rombakan kepada sistem pemilihan Umno dan apa sahaja yang berhubung kait dengannya hanya akan dilaksanakan pada pemilihan tahun 2007. Ertinya segala aduan atau apa-apa dakwaan berlakunya penyelewengan di dalam pemilihan yang baru berlalu akan dibuat berdasarkan sistem sekarang.”
 
Statemen bekas boyfriend Ziana Zain itu dibuat ketika Imam Hadhari sedang mengadakan lawatan kerja ke Thailand.
 
Apa ertinya itu? Najib tahu bahawa sistem pendakwaan Lembaga Displin sekarang adalah terlalu lemah dan banyak cacat celanya, justeru itu dengan mengekal situasi itu Isa Samad, Ali Rostam, Khir Toyo dan siapa sahaja yang dikenal pasti sebagai `orang Najib` akan terselamat walaupun dihadapkan ke Lembaga Disiplin nanti.
 
Sementara itu `pondan tua Bangladesh` Hishamuddin Hussien selaku ketua Pemuda Umno tanpa berselindung ketika menyokong sepupunya Najib berkata : “ Agenda utama Umno sekarang berdasarkan kepada sokongan padu yang telah ditunjukkan rakyat di dalam p/raya umum lalu ialah meneruskan `agenda Melayu` di dalam bidang ekonomi dan pendidikan,pembasmian politik wang bukanlah agenda utama kami !”
 
Selamat berperang dan berbunuh-bunuhan. Jangan fikirkan sangat bulan Ramadhan wahai para penganut Islam Umno Hadhari !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Inderaloka - 13.10.2004 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: