Malay Reserve Boleh Digadai – Umno Terus Khianati Melayu
Oleh Inderaloka

 

Umno ( Baru ) parti ciptaan Mahathir Mahataik tanpa berselindung lagi meneruskan kejahatan mereka terhadap bangsa Melayu apabila bekas boyfriend Ziana Zain juga selaku bakal Timbalan Presiden parti haprak itu dengan penuh rela mengumumkan bahawa semua Tanah Rizab Melayu ( Malay Reserve ) boleh digadaikan kepada sesiapa sahaja.

Umno pembawa usul menggadai tanah rizab Melayu..

Pengumuman khianat tersebut dibuat di dalam satu majlis mesyuarat rasmi kerajaan dipengerusikan oleh bekas boyfriend Ziana Zain TPM Najib yang turut dihadiri Menteri menteri Besar, Ketua-ketua Menteri dan beberapa orang Menteri Kabinet termasuk Presiden MCA Ong Ka Ting dan Samy Vellu Presiden MIC juga selaku Menteri Kerjaraya.

Usul yang amat menyentuh sanubari umat Melayu Islam itu akan dibawa ke sidang Parlimen akan datang untuk dibahas dan diluluskan bagi tujuan pewartaan rasmi.

Percayalah wahai sdr/sdri ! usul khianat Umno itu akan diluluskan oleh Parlimen tanpa sebarang masalah,kalau adapun bangkangan sekadar tujuh suara Melayu yang mewakili BA (Pas dan keADILan ) sedangkan wakil-wakil DAP tidak akan rugi apa-apa jika mereka mengambil sikap berkecuali atau menyokong.

“ Tanah Rizab Melayu boleh digadaikan kepada bukan Melayu untuk tujuan pembangunan ( development ) ,selama ini tanah-tanah tersebut kebanyakannya tidak dapat dimanfaatkan secara berkesan disebabkan status yang membelengguinya dan jika situasi ini berlarutan sudah tentu akan merugikan orang Melayu.” kata Najib.

Ujar bekas pasangan khalwat Ziana Zain itu lagi : “ Saya percaya pindaan terhadap Kanun Tanah Negara yang akan diluluskan oleh Parlimen nanti dimana Tanah Rizab Melayu boleh digadai selama 60 tahun kepada bukan Melayu untuk maksud pembangunan akan menguntungkan pemilik-pemilik tanah terlibat.”

Syabas Umno dan Najib ! molek sangatlah Kanun Tanah itu dipinda, jika boleh apa sahaja berbau Melayu segeralah hapuskan demi menjaga hati sekutumu yang terbukti menyokong Umno untuk kekal sebagai peneraju Barisan Nasional menguasai pemerintahan negara.

Umno ulat tahi (broker) - kapitalis Cina mengaut laba.

Lagipun kalau dihitung satu persatu, hampir-hampir tiada lagi yang boleh dipertahankan kecuali `baju Melayu` dan `Keretapi Tanah Melayu` ,itu pun menunggu saatnya sahaja untuk dibungkus.

Persoalannya siapakah yang mendorong dan merangsang Umno mencetuskan usul penggadaian tanah rizab Melayu itu , apakah MCA,MIC dan lain-lain sekutu Umno di dalam BN sebegitu kurang ajar mahu meranapkan terus saki baki hak Melayu ? Jawabnya mereka belumlah begitu berani kecuali Umno sendiri yang memberi dorongan..

Ya ! para pembesar Umnolah yang bertanggung jawab mencadangkan usul penggadaian tersebut untuk disokong oleh sekutu-sekutu bukan Melayunya di dalam BN.Sebelum ini pun sudah banyak tanah-tanah simpanan Melayu yang jatuh ke tangan orang lain angkara putar belit pemimpin Umno di segenap peringkat.

Semuanya dibuat atas nama memajukan tanah berkenaan melalui proses tertentu bermula di Pejabat Tanah dan Daerah kemudian Exco Kerajaan Negeri,semuanya melibatkan para pegawai Melayu berkonspirasi dengan pemimpin Melayu ( Umno ) demi mengejar wang ringgit tanpa mempedulikan nasib bangsa di masa depan.

Senario di atas berlaku ketika Kanun Tanah Negara belum lagi dipinda.bayangkanlah apa yang akan berlaku apabila pindaan untuk menggadaikan tanah rizab Melayu itu diwartakan kelak !

Penulis percaya sekarang ini pun sudah bersiap sedia ribuan ulat-ulat tahi ( broker ) Melayu untuk memperdaya bangsa sendiri agar memajukan tanah-tanah berkenaan demi mempertingkatkan taraf ekonomi tuan-tuan tanah yang sudah lama dibelenggu kemiskinan itu.

Para pemaju itu majoritinya sudah pasti golongan bukan Melayu kerana orang Melayu sendiri tidak punya cukup modal untuk melabur lantas ulat-ulat tahi itu sebenarnya adalah barua kepada para kapitalis majoritinya Cina yang hanya mementingkan laba.

Sekali lagi ditegaskan bahawa ulat-ulat tahi itu tidaklah mewakili lain-lain parti kecuali Umno ( baru ) yang sejak dulu,kini dan selamanya mendabik dada sebagai pejuang serta pembela bangsa,agama dan negara.

Mereka adalah wakil-wakil rakyat,ketua-ketua bahagian dan cawangan Umno termasuk kakitangan kerajaan yang korup,semua bersepakat untuk menggadai seberapa luas tanah-tanah simpanan Melayu asalkan poket mereka berisi.

Gadai 60 tahun bererti gadai seumur hidup.

Bekas boyfriend Ziana Zain Najib cuba menyedapkan hati orang Melayu dengan hujah bahawa tanah simpanan berkenaan hanya digadai untuk tempuh maksimum 60 puluh tahun sahaja. Apakah Najib berfikir bahawa orang Melayu semua bodoh dan berotak undang seperti dia !

60 tahun merupakan jangka waktu untuk dua generasi,ertinya kalau seorang Melayu bernama Najib menggadai sekeping tanahnya di Pekan,Pahang kepada seorang Cina bernama Ong Ka Ting untuk dimajukan mungkin sebagai `pusat ternakan babi` berkuatkuasa pada September 2004 maka tempuh tamat gadaian itu hanya akan berakhir 31 Ogos 2064. Ketika itu Najib sudah pasti menjadi arwah, anaknya pun mungkin turut padam yang tinggal hanyalah cucunya,terpulanglah kepada cucu Najib sama ada untuk meneruskan gadaian tadi atau memberhentikannya setakat itu sahaja .

Apa pun,cucu Najib yang mungkin sudah lupus rasa kasihnya kepada `tanah simpanan` itu akan memperbaharui semula gadaian berkenaan dengan terma-terma baru yang lebih memberangsangkan kepada cucu Ong Ka Ting pewaris usahawan ternakan babi itu,begitulah yang akan berlaku buat selama-lamanya selagi wujud bulan dan matahari……..

Terbukti ajaran Hadhari yang diasaskan oleh Imam Zalim mengharuskan ( menghalalkan) apa sahaja kaedah tanpa mempertimbangkannya kesan jangka panjangnya terhadap kepentingan Islam dan bangsa Melayu.

Apa akan terjadi jika orang-orang Melayu Islam berlumba-lumba menggadai tanah mereka untuk keuntungan jangka pendek , sayugia diingat sikap kebanyakan Melayu yang mudah gelap mata dengan wang ringgit akan memudahkan dan mempercepatkan lagi proses kemusnahan itu berlaku.

Ingatlah kamu wahai Melayu Islam ! Najib bekas boyfriend Ziana Zain dan Imam Zalim Dolah Hadhari itu bukanlah pimpinan yang wajar kamu taati, lupakah kamu semua bahawa diantara punca Yahudi merampas bumi Palestin dan mencengkamnya penuh zalim sehingga saat ini adalah disebabkan umat Palestin melanggar fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti mereka sendiri.

Mufti Palestin SS Aminul Hussaini disaat para pendatang Yahudi mula bertapak di bumi Palestin telah memfatwakan: “ Adalah haram menjual (menggadai )tanah milik umat Palestin kepada pendatang Yahudi.”

Namun umat Islam Palestin yang bermentalitikan wang ringgit ( spesis Umno ) tidak mepedulikan fatwa Aminul Hussaini akhirnya apa yang diramal oleh Mufti besar itu berlaku. Yahudi menjajah bumi Palestin dan umat Palestin terus melarat dan merempat di tanahair mereka sendiri hingga sekarang,mujurlah Hamas dan Jihad Islami memperkenalkan kehebatan `Intifadah` kepada Yahudi jika harapkan Yasser Arafat dan PLOnya pasti umat Islam Palestin sudah diyahudikan sepenunhnya.

Kalau umat Melayu sudah tidak mahu diIslam dan diMelayukan lagi untuk tempuh tidak berapa lama lagi,tuan/puan digalakkan untuk terus menyokong Imam Zalim/Najib Umno BN !

Hidup Umno Penipu! Mati Islam ! Maut Melayu ! Hep!hep ! Hooray !!!!!!!!!!! Dolah Hadhari!!

- Inderaloka  - 21.08.2004 - (suntingan M@RHAEN)


Hantar artikel ini kpd sahabat: