Terhempaslah Lagi 10 Nuri, 
Bekas Boyfriend Ziana Zain Tetap TPM/Menteri Pertahanan
Oleh Inderaloka

 

Ditakdirkan bekas boyfriend Ziana Zain hidup 35 tahun lagi dan beliau masih TPM/Menteri Pertahanan penulis percaya alasan yang sama akan diberikan sekiranya terdapat Helikopter Nuri (Sikorsky S61) milik TUDM jatuh terhempas di saat itu.

Alasan Najib 35 tahun akan datang sama dengan alasannya kelmarin apabila sebuah lagi helikopter Nuri TUDM jatuh terhempas di kawasan Ba`Kelalan Sarawak lokasi sama yang menyaksikan nahas menimpa sebuah helikopter Hornbill mengorbankan kesemua tujuh orang penumpang dan anak kapal kira-kira sebulan sebelumnya.

Ketika ditanya oleh pemberita apakah khidmat Nuri akan diteruskan,bekas pasangan khalwat Ziana Zain yang diberkas oleh pencegah maksiat di Port Dickson beberapa tahun lalu menjawab: “ Masih terlalu awal untuk kita membuat keputusan kerana kita perlukan laporan lengkap sama ada insiden tersebut berpunca daripada masalah teknikal atau pun kecuaian manusia .”

Sebenarnya hujah bebal itu sudahpun dituturkan oleh orang-orang sebelum Najib,bukan sahaja di Kementerian Pertahanan bahkan di kementerian apa sekalipun begitulah bentuk hujah diberikan untuk melepaskan tengkuk masing-masing apabila berlaku sesuatu insiden yang menuntut pertangggungjawaban pihak berkuasa.

Sampai bila pun pak-pak Menteri apalagi TPM atau PM tidak akan merasai apa-apa apabila berdepan dengan insiden-insiden yang mencabar kredibiliti dan wibawa mereka,begitulah wajah Malaysia Boleh ! Cukup tidak bermaruah.

Kalau insiden-insiden yang serupa berlaku di Jepun,Korea atau negara-negara berwibawa yang lain sudah tentu Menteri,PM atau Presiden akan meletak jawatan sebagai memikul tanggungjawab moral dan kepimpinan,bukan setakat itu malah ada yang sampai ke tahap membunuh diri ( hara-kiri ) kerana malu.

Najib bekas boyfriend Ziana Zain memang tidak tahu malu dan tidak punya apa-apa untuk melayakkan beliau menjadi pemimpin Melayu Islam dan Malaysia. Moralnya dipertikaikan,Islamnya kelabu,Melayunya haru biru dan kefahamannya terhadap erti `kemerdekaan` amat cetek persis budak tahun 3 sekolah rendah sahaja.

Tak percaya? Cuba perhatikan erti kemerdekaan persepsi Najib di slot RTM Saluran Infotainmen (bahasa Pariyah Umno Zam) Anda: “ Kemerdekaan adalah apabila kita berjaya mengibarkan Jalur Gemilang,kalau kedai kopi maka pekedai akan mengibarkan di kedainya,pemilik kedai akan mengibarkan di atas kedainya,tak kira rumah banglo,rumah biasa…………… dan kereta merayap di atas jalanraya mengibarkan Jalur Gemilang…”

Kalaulah kemerdekaan itu setakat mengibarkan Jalur Gemilang ; Allahyarham TS P Ramlee sudah lama menyindir orang-orang yang sementaliti dengan Najib lebih empat dekad lalu di dalam filem arahannya Madu Tiga.

Lihatlah bagaimana di dalam babak kejar mengejar kereta di antara Jamil (lakonan P.Ramlee) dengan ketiga-tiga orang isterinya tiba-tiba Apek (lakonan Allahyarham Alias Conggo ) yang berhasrat membunuh diri terjun dari atas pokok terus duduk bersebelahan Jamil yang sedang memecut dengan kereta sportnya.

Apek menyangka diri sudah mati telah disuruh oleh Jamil untuk memegang bendera putih. Kata Apek: “ Haiyyaaa !hidup pun susah, mati pun susah…….sudah mati pun kena pegang bendera….”

Apa ertinya itu? Ertinya P Ramlee Seniman Agung mahu menyampaikan mesej kepada orang-orang bebal (Melayu Islam) bahawa pengibaran bendera tanpa mengetahui maksud dan falsafah di sebalik pengibarannya itu samalah seperti orang mati yang mengibarkan bendera dan orang-orang mati itu sudah pasti bekas boyfriend Ziana Zain serta kuncu-kuncu Umno BN nya.

Setakat insiden kelmarin seramai 85 orang telah terkorban akibat 18 nahas yang telah dilalui oleh Nuri di sepanjang 35 tahun perkhidmatannya dengan TUDM.

Korban-korban itu terdiri daripada anggota tentera,PGA dan orang awam. Di antara dua orang pegawai tinggi ATM yang turut terkorban di dalam nahas-nahas berkenaan ialah Allahyarham Mej. Jen. Datuk Mustafa Awang Peg. Pemerintah Markaz Divisyen Kedua dan Allahyarham Brig.Jen. Hasbullah Yusof Pemerintah Briged Ketiga Infantri.

Persoalannya sampai bila rakyat marhaen boleh digula-gulakan dengan laporan yang tidak pernah tepat setiap kali berlakunya insiden melibatkan kepentingan negara khususnya hal yang bersangkutan dengan pertahanan !

Pilatus PC 7 pesawat pelatih sudah mececah bilangan sebelas buah terhempas sekali gus mengorbankan juruterbang pelatihnya sejak 1982 Nuri pula sejak 1969 hampir dua puluh buah hancur ketika menjalankan misi biasa dan korbannya pula bukan sedikit namun setakat ini tiada satu laporan pun yang menyatakan bahawa pesawat –pesawat tersebut sudah tidak sesauai dan usang.

Setiap kali berlaku nahas laporan yang diperolehi daripada Jawatankuasa Penyiasat adalah stereotaip: Tiada sebarang kecacatan teknikal pada pesawat,kemungkinan besar kesilapan manusia (maksudnya sudah tentu kesilapan pengendali- juruterbang).

Penulis optimis insiden nahas Nuri terbaru yang mengorbankan Juruterbang,Pembantu Juruterbang dan Quarter Master serta mencederakan 7 orang anggota tentera itu akan di akhiri dengan laporan yang sama dan selepas itu bekas boyfriend Ziana Zain Najib akan membuat kenyataan: “Helikopter Nuri tetap selamat digunakan,segala langkah perlu akan diambil untuk memastikan pesawat itu terus berkhidmat dengan TUDM.”

Berotak dan berperasaankah manusia seperti itu? Ramai yang meratap kehilangan orang disayangi,ramai merasa rugi kepergian wira-wira bangsa kebanyakannya Melayu Islam di dalam nahas yang mungkin boleh dikurangkan jika langkah wajar memodenkan pesawat dan lain peralatan diambil berat namun Najib bekas borfriend Zaiana Zain terus mengelentung rakyat dengan laporan palsu. Ptuiihhhhhh !!!

Hidup Umno Penipu! Mati Islam ! Maut Melayu ! Hep!hep ! Hooray !!!!!!!!!!! Dolah Hadhari!!

- Inderaloka  - 18.08.2004 - (suntingan M@RHAEN)


Hantar artikel ini kpd sahabat: