Semua Maklum PDRM Korup: 
Timb. KPN Jangan Sanggah Suruhanjaya DiRaja!
Oleh Inderaloka

 

Kalaulah prestasi dan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sudah cukup sempurna maka tidak perlulah Suruhanjaya Diraja Penambahbaikkan Perjalanan dan Pengurusan (SDPPP) ditubuhkan.

Latar belakang penubuhan Suruhanjaya Diraja PPPPDRM

Sementelah idea penubuhan SDPPPPDRM sendiri dicetuskan oleh PM ke–5 juga selaku Menteri Dalam Negeri kira-kira dua bulan setelah cucu ulama tersohor Allahyarham as Sheikh Abdullah Faahim itu mengambil alih kuasa daripada Mahathir Mahataik.

Tidak dapat dipastikan apa yang mendorong Imam Zalim itu bertindak menubuhkan Suruhanjaya tersebut namun keberanian parti-parti pembangkang,NGO dan rakyat marhaen mendedahkan setiap bentuk penyelewengan, salahguna kuasa dan beberapa kelemahan ketara PDRM kepada umum telah meletakkan Dolah di dalam situasi serba salah dan tertekan.

Di samping Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan , Kementerian Dalam Negeri yang menguasai PDRM adalah di bawah Dolah apatah lagi di saat itu beliau sedang memulakan `projek penampilan jatidiri` untuk dilihat oleh umum berbeza dengan bekas bosnya, justeru pemulihan imej PDRM yang telah dihaprakkan oleh Mahathir Mahataik itu mesti dilakukan.

Penubuhan Suruhanjaya tersebut adalah sebahagian daripada beberapa siri retorika yang ditonjolkan oleh Imam Zalim untuk menutupi kelembikan dirinya seperti mana perang olok-oloknya membasmi rasuah dan penyelewengan yang tidak menampakkan sebarang kesan kecuali penayangan beberapa siri drama `kes rasuah` termasuk kes Penyamun Besar Perwaja rakan kongsi Mahathir Mahataik–Eric Chia.

Apa pun kesan laporan Suruhanjaya itu sikit sebanyak mula dirasai bukan sahaja oleh PDRM bahkan Imam Zalim dan para pembodeknya, bagaimana pun apakah Imam Zalim dan kroninya itu punya cukup maruah untuk mengakui kebenaran laporan Suruhanjaya berkenaan?

Nampaknya Imam Hadhari dan jentera penguatkuasa kezalimannya tidaklah begitu berjaya untuk merobotkan sepenuhnya anggota Suruhanjaya Diraja yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah. Laporan Suruhanjaya yang telah pun dipersembahkan kepada YD Pertuan Agong dan PM itu dibuat tanpa sebarang pengaruh kuasa politik.

Tun Haniff Omar bekas KPN yang ‘belum berjumpa ayat Quran mengharamkan judi` tidak juga dapat mempengaruhi Suruhanjaya itu meskipun beliau adalah Timbalan Pengerusinya.

Mungkinkah `taring` Suruhanjaya itu cukup berbisa atau sekadar gigitan semut yang tidak mendatangkan apa-apa kesan kecuali sedikit gatal perlu digaru di sana sini?

Jika laporan itu benar-benar berdaulat tiada sebab untuk tidak dilaksanakan bagi membaik pulih PDRM lainlah halnya kalau Imam Zalim Dolah Hadhari Umno BN lebih berdaulat daripada segala-galanya.

Timbalan KPN jangan melatah

Laporan mendedahkan bahawa semua peringkat dalam PDRM terlibat di dalam amalan rasuah adalah merupakan salah satu daripada beberapa perkara lain yang meletakkan agensi penguat kuasa itu pada tahap lemah dan gagal berperanan seperti diharapkan demi kebaikan rakyat dan negara.

Timbalan Ketua Polis Negara Dato Seri Seddek Ali tidak sewajarnya menyinga tak tentu fasal seterusnya menuduh Suruhanjaya PPPPDRM kurang bertanggung jawab kerana hanya menonjolkan unsur negatif yang menyerlahkan lagi keparahan PDRM.

“Sepatutnya Suruhanjaya itu mengemukakan idea atau cadangan untuk memperbaiki status sedia ada bukan menonjolkan perkara negatif yang kesannya semakin menjauhkan keyakinan rakyat terhadap polis.” kata Seddek.

Pangkatnya sebagai orang nombor 2 polis di negara ini, tidaklah mewajarkan Seddek menyanggah laporan Suruhanjaya yang telah dibuat berdasarkan penelitian serta penyelidikan mendalam itu, semua pihak mesti menghormatinya kerana tanpa laporan itu pun siapa yang tak tahu bahawa PDRM adalah salah satu daripada agensi yang paling kuat rasuah seiringan dengan Kastam DiRaja, JPJ, PBT dan sebagainya.

Penulis belumlah lagi berhajat untuk memperincikan aktiviti rasuah di setiap IPP Kontinjen Negeri dan IPP Daerah, kalaulah diperincikan nescaya sdr/sdri akan dapati 90 persen dari kalangan mereka adalah perasuah sama ada mini atau pun mega.

Suruhanjaya itu hanya melaporkan apa yang perlu dilaporkan, sekiranya tidak mahu menerima kebenaran laporan tersebut lebih baik Suruhanjaya itu tidak ditubuhkan. Sayogia diingat kos untuk penubuhan serta kerja-kerja yang dilaksanakan Suruhanjaya berkenaan adalah ditanggung oleh rakyat bukan wang poket Seddek atau mana-mana pegawai tinggi PDRM.

Bagaimana mahu memperbaiki perjalanan dan pengurusan sesebuah organisasi itu kalau siang-siang sudah menolak kelemahan-kelemahan yang dikesan.

Kalau penyelewengan, salahguna kuasa, pilih kasih, rasuah, penipuan dan berbagai-bagai kebejatan lagi bukan merupakan faktor utama punca kehaprakan sesebuah organisasi, parti, institusi famili dsb, apa lagi yang harus dilaporkan!

Tak kanlah orang yang segarang Seddek Timbalan KPN tidak dapat memahami maksud laporan sesenang itu! Apa pun segala-galanya tidak akan menjadi kenyataan selama Imam Hadhari dan kuncu-kuncunya masih suka menzalimi diri mereka sendiri dan rakyat marhaen!

Hidup Umno Penipu! Mati Islam ! Maut Melayu ! Hep!hep ! Hooray !!!!!!!!!!! Dolah Hadhari!!

- Inderaloka  - 15.08.2004 - (suntingan M@RHAEN)


Hantar artikel ini kpd sahabat: