Jenazah Saudara Baru Tidak Terjejas 
Meskipun Tiga Bulan Di Dalam Kuburan Bukan Islam
Oleh Inderaloka

 

Satu lagi bukti keagungan Allah swt diperlihatkan kepada para hambanya baik yang taat mau pun derhaka, yang mukmin maupun kuffur. Kisah benar memaparkan kehebatan Maha Pencipta itu berlaku di Sabah beberapa minggu yang lalu.

Kisah benar ini berkisar kepada bagaimana seorang insan telah memilih Islam sebagai agama anutannya setelah begitu lama tercari-cari jalan nan lurus.

Jasad (jenazah) saudara baru tidak terjejas meskipun 3 bulan di dalam kuburan bukan-Muslim.

Apa pun bukanlah mudah buat `insan beruntung` itu untuk menyatakan keIslamannya secara terbuka kerana beliau belum bersedia untuk menyerap penentangan dan tanggapan negatif famili terapat,handai taulan dan ahli masyarakat di sekelilingnya.

Prejudis menebal mereka terhadap Islam hampir-hampir menyebati disebabkan persepsi mereka telah dilencongkan oleh golongan tertentu termasuk puak-puak yang mengaku sebagai pejuang `Islam Hadhari.`

Justeru itu hamba Allah berkenaan sedaya upaya cuba merahsiakan keIslamannya daripada pengetahuan famili,sahabat handai dan ahli masyarakatnya kerana khuatir mereka akan memurtadkannya semula ke agama asal.

Namun keikhlasan dan kesungguhan jiwanya tidak boleh digoyah sedikit pun dan berbekalkan nawaitu suci murni beliau secara senyap - senyap mempelajari asas-asas agama sebaik-baik sahaja melafazkan Syahadatain.

Manusia merancang namun Allah swt adah Maha Penentu Yang Mutlak, dengan kehendakNya jua hamba itu telah dijemput untuk kembali menghadapNya di dalam situasi belum pun sempat beramal (solat, puasa, membaca al-Quran dsb).

Lantaran keIslamannya dirahsiakan daripada pengetahuan kaum keluarga dan sahabat handai Allahyarham, maka mereka telah menguruskan jenazahnya menurut tatacara agama asal di tempat lahirnya, lalu disemadikan beliau di kawasan tanah perkuburan bukan Islam itu untuk tempuh tiga bulan.

Maha Suci Allah Yang Maha Agong tidak pernah membiarkan hambanya yang mukmin bersemadi bersama golongan lain,lantas dibukakan lorong bagi hamba-hambaNya yang lain untuk menuntut jenazah tersebut. Kekecohan timbul di antara pihak yang menuntut dengan kaum keluarga Allahyarham kerana mereka mati-matian mendakwa simati tidak pernah memeluk Islam.

Akhirnya kebenaran tetap menyebelahi pihak yang menuntut apabila mahkamah telah mengeluarkan perintah supaya jenazah Allahyarham digali semula untuk diurus dan dipindahkan mengikut praktis Islam.

Meskipun mahkmah sudah mengeluarkan perintahnya namun situasi tidak semudah yang dijangka. Pihak yang menuntut terpaksa berdepan dengah dua keadaan; kedegilan kaum keluarga Allahyarham untuk tidak membenarkan perintah makkamah dilaksanakan dan apa persediaan untuk menghadapi kondisi jenazah yang sudah tiga bulan disemadikan.

Dengan bantuan pihak keselamatan dan penguatkuasa undang-undang, akhirnya kaum keluarga yang degil itu mengalah maka penggalian terhadap kuburan Allahyarham pun bermula dengan disaksikan oleh ratusan orang kampong kebanyakannya bukan-Muslim.

Satu masalah selesai, pihak yang menuntut belum lagi boleh menarik nafas lega selagi kondisi jenazah belum dapat di lihat dengan mata kepala. Gambaran yang terpaku di minda masing-masing hanya tertumpu kepada keadaan jenazah yang terlalu uzur dan sudah mereput sebaik-baik berjaya dikeluarkan kelak.

Allah hu Akbar ! Allah hu Akbar ! Allah hu Akbar ! Makhluk sikit pun tidak punya kuasa, sebaik-baik jenazah (jasad) ditemui di tempat persemadiannya semua pihak ternganga kerana kagum dengan suatu keajaiban; Jenazah tidak sedikit pun terjejas malah masih panas seolah-olah baru mapan tidur walaupun sudah tiga bulan ditelan bumi!

Kuasa siapakah yang sentiasa memelihara dan menyegar jasad itu, sedangkan menurut adatnya tiada jasad tidak akan mereput jika sudah 3 bulan ditelan bumi !

Kalau sdr/sdri tak kiralah  Pas, keADILan, Umno, Tabligh, JIM, ABIM, DAP, Sosialis, Artis, Rockers, Perasuah, Penipu, Penzalim Besar seperti Mahathir Mahataik, Imam Zalim Dolah Hadahri atau siapa sahaja mau tahu ; Itulah KUASA MUTLAK Allah swt.

Dr Badrulamin: Saudara baru lebih mulia daripada Islam baka.

Kisah benar di atas diceritakan sendiri oleh Dr Badrulamin Baharon Ahli MPT keADILan di dalam tazkirahnya sempena majlis kesyukuran Sdr Tan Reformasi memeluk Islam di Teras Jernang (kediaman Pak Lang adik ipar DSAI) baru-baru ini.

Dr Badrulamin antara lain juga mengingatkan hadirin : Sesungguhnya Sdr Tan kini namanya Umar Tan bin Abdullah lebih mulia dari kebanyakan kita semua. Beliau yang lahir dari famili bukan-Islam telah beroleh hidayah untuk memilih Islam sebagai cara hidup sedangkan kebanyakan kita yang lahir dari keturunan Islam terus lari meninggalkan ajaran agama sejengkal demi sejengkal. Oleh itu marilah kita bermuhasabah supaya kita dapat hidup sebagai Mukmin dan Muslim sejati

Hidup Umno Penipu! Mati Islam ! Maut Melayu ! Hep!hep ! Hooray !!!!!!!!!!! Dolah Hadhari!!

- Inderaloka  - 14.08.2004 - (suntingan M@RHAEN)


Hantar artikel ini kpd sahabat: