King Norodum Sihanouk dan Timbalan Speaker DPR RI 
Gesa Dolah Bebaskan Anwar
Oleh Inderaloka

 

Ketua Negara Kampuchea Raja Norodom Sihanouk baru-baru telah mengundang Ketua Angkatan Muda keADILan Ezam Mohd Noor berkunjung menemuinya di Pyong Yang Korea Utara semata-mata kerana baginda ingin mengetahui perkembangan terkini mantan TPM Anwar Ibrahim.

King Sihanouk sokong Anwar – minta Dolah fahami prinsip dan falsafah NAM

“Saya tidak pernah terlintas untuk berkunjung ke Korea Utara tetapi tanpa disangka King Sihanouk Raja Kampuchea tiba-tiba mengundang saya untuk datang menemui baginda di sana kerana keprihatinannya terhadap Anwar Ibrahim.” jelas Ezam di dalam ceramahnya sempena majlis kesyukuran `Tan Reformasi` memeluk agama Islam di rumah Pak Lang @ Kapten Zaki adik ipar DSAI di Teras Jernang pada 12 Ogos 2004 lepas.

Menurut Ezam, di dalam pertemuan itu, King Sihanouk telah meminta beliau menjelaskan situasi terkini Anwar dan kesempatan tersebut telah digunakan sebaik-baiknya dan ternyata baginda amat berpuas hati terhadap penjelasan itu dan berjanji akan menghantar surat kepada Abdullah Badawi bagi menggesa agar sekurang-kurangnya Anwar diberi peluang untuk menjalani rawatan pilihannya sendiri.

King Sihanouk merupakan salah seorang pemimpin yang terlibat menandatangani Perjanjian Bandung pada tahun 1955 bersama-sama Allahyarham Sukarno, Mendiang Nehru dan beberapa orang pemimpin besar Asia – Afrika sehingga tertubuhnya NAM (Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali).

Selain baginda, kesemua pemimpin besar Afro-Asia yang menandatangani perjanjian berkenaan sudah pun meninggal dunia.

Jelas Ezam lagi King Sihanouk menyatakan: “Tahun 2005 adalah ulang tahun ke-50 NAM, kebetulan Abdullah Badawi PM Malaysia menggiliri jawatan Pengerusi pertubuhan itu sekarang, jadi tiada sebab beliau tidak dapat berlaku adil kepada Anwar Ibrahim jika beliau benar-benar memahami prinsip dan falsafah NAM. Untuk itu saya akan menghantar surat kepada PM Abdullah menggesa agar Anwar diberi keadilan sewajarnya ”

A.M Fatwa Timbalan Speaker DPR Indonesia menyanggah Duta Malaysia

Selain menerima undangan King Sihanouk, Ezam juga telah diundang untuk menemui Bapak A M Fatwa Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia.

A M Fatwa sebelum ini pernah menjawat Timbalan Pengerusi Gerakan Muhammadiyyah yang dianggotai oleh lebih 30 juta ahli di republik itu.

Motif undangan sama yakni Ezam telah diminta oleh Bapak Fatwa memberikan taklimat terkini kondisi dan situasi Anwar Ibrahim. Setelah memperoleh penjelasan daripada Ezam, tanpa berlengah-lengah lagi Timbalan Speaker DPR itu terus menemui Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia di Jakarta.

Di dalam pertemuan itu Bapak Fatwa meminta Duta Besar Malaysia menjelaskan status terkini Anwar dan seperti biasa jawapan diberikan hanya menurut skrip yang telah ditetapkan oleh sang penguasa di Malaysia.

Ekoran daripada itu Bapak Fatwa segera bertanya kepada Duta Besar, “Apakah Dato pernah menjadi tahanan di penjara?” Jawab Duta Besar “Tidak pernah!”

“Kalau Dato belum pernah menjadi tahanan di dalam penjara, seharusnya Dato tidak wajar terikut-ikut menafikan hak Anwar Ibrahim memilih kaedah rawatan kesukaannya terlebih istimewa Anwar bukan tahanan biasa sebaliknya beliau adalah tahanan politik pemerintah Malaysia.”

Seterusnya Bapak Fatwa memberitahu Duta Besar bahawa beliau sendiri pernah ditahan kerana politik selama 9 tahun di zaman Rejim Suharto atas tuduhan terlibat di dalam Peristiwa Tanjong Periuk.

Hukuman yang dikenakan adalah 20 tahun namun beliau hanya sempat menjalani hukuman selama 9 tahun sebelum dibebaskan oleh Presiden Habibie setelah Suharto dijatuhkan oleh gerakan Reformasi Rakyat 1998.

Bapak A M Fatwa secara sinis memaklumkan Duta Besar: “Kalau Dato mahu tahu pendirian saya, saya tetap tidak akan memilih untuk menjalani rawatan di Indonesia jika saya sakit di sepanjang tempoh tahanan saya oleh Rejim Suharto dulu.”

Ujar Bapak Fatwa lagi, “Saya bukan tidak patriotik dan tidak meyakini kepakaran doktor lokal tetapi saya tidak percaya bahawa agen-agen provokasi dan polisi rahsia Suharto tidak akan melakukan sabotaj terhadap saya. Mereka bila-bila bisa membunuh saya disebabkan saya adalah tahanan politik Suharto, begitu juga Anwar, beliau bukanlah banduan biasa sebaliknya tahanan politik Mahathir dan kini disambung oleh Abdullah Badawi.”

Ternyata Duta Besar Malaysia itu tidak dapat membalas hujah Bapak Fatwa, mau tak mau beliau terpaksa akur terhadap ketepatan dan kebenaran hujahan Bapak Fatwa namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa lantaran masih terikat kepada kepentingan pangkat dan perut.

Sebelum Ezam pulang ke tanah air, Bapak A M Fatwa telah menulis sepucuk surat kepada Abdullah Ahmad Badawi menggesa agar Anwar diberikan hak rawatan pilihannya sendiri dan diadili mengikut lunas-lunas hukum hakiki.

Surat tersebut khabarnya telah pun disampaikan melalui tangan` oleh Ezam sendiri kepada Imam Zalim Dolah Hadhari. Apakah akan terbuka pintu hati Imam Zalim itu untuk mencari sedikit jalur cahaya kebenaran? Mari sama-sama kita tunggu dengan penuh pergantungan harapan kepada Allah swt.

Dua contoh di atas adalah di antara banyak lagi manifestasi tekanan tokoh-tokoh internasional terhadap Rejim Dolah Hadhari yang masih berdegil mahu menzalimi Anwar Ibrahim.

Kalau Mahathir Mahataik yang terkenal dengan keganasannya itu terbongkang akibat desakan internasional sehingga dia meletakkan jawatan 31 Oktober 2003 lalu, apakah Imam Hadhari yang lembik liuk mampu menyerap segala tekanan dalaman dan internasional …….. tambah parah jika Queen Endon yang sedang bertarung dengan kanser payudara tiba-tiba pergi…………...!

Ada sesiapa lagi yang berani berkata bahawa Anwar Ibrahim sudah tidak relevan?
 

Catatan: Nama Islam Tan Reformasi ialah Umar Tan bin Abdullah. Syabas sdr ku Umar, semoga anda mewarisi keberanian Umar al Khattab di dalam gerakan reformasi ini! Amiiin !

Hidup Umno Penipu! Mati Islam ! Maut Melayu ! Hep!hep ! Hooray !!!!!!!!!!! Dolah Hadhari!!

- Inderaloka  - 13.08.2004 - (suntingan M@RHAEN)


Hantar artikel ini kpd sahabat: