Pariyah Lawan Mufti Perak 

Gelagat para penganjur dan penggalak Sureheboh TV3 bagaikan beruk terkejut apabila Mufti Perak SS Dato’ Seri Harrusani Zakaria menyatakan pendirian Majlis Mufti Malaysia bahawa Konsert yang merupakan agenda wajib perhimpunan itu adalah HARAM menurut hukum Islam. (Sila rujuk petikan-petikan berita daripada BERNAMA dan NSTP di akhir artikel ini.)

CEO TV3 Dato Farid Ridwan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak tertentu tentang penemuan hampir 500 kondom di tapak Sureheboh di Alor Star tidak berapa lama dulu. Mengapa baru sekarang Farid sibuk membuat penafian walhal perkara tersebut sudahpun didedahkan kira-kira tiga bulan lalu.

Apa pun leteran Farid itu langsung tidak menarik minat penulis kerana ternyata ia dibuat di dalam suasana agak emosional yang tidak berlandaskan fakta. Adalah tidak masuk akal apabila Farid mendakwa seolah-olah beliau pun turut meronda dan melakukan pembersihan bersama kakitangan MBAS (Majlis Bandaraya Alor Setar) di tapak berkenaan.

Kalau mahu berbohong sekalipun, Farid seharusnya lebih profesional supaya pembohongannya itu tidak begitu mudah dikesan oleh orang lain.

Lain halnya pula dengan Pariyah Umno yang bertaraf Menteri bernama Abd Kadir Sheikh Fadzir. Darah keturunan mamak yang tidak malu mengaku sebagai pejuang bangsa Melayu itu secara terang menyelar fatwa SS Dato’ Seri Harussani Mufti Perak.

Menurut Pariyah Umno itu: “Saya tak nampak di mana haramnya Sureheboh TV3, kerana apa yang saya lihat adalah kunjungan orang ramai, anak beranak, suami isteri untuk melihat pameran dan mengambil kesempatan untuk membeli belah. Konsert Sureheboh itu pun saya tak nampak di mana haramnya kerana para penyanyinya berpakaian lengkap.”

Memang layak dia digelar pariyah kerana tahap kefahamannya terhadap isu berkenaan adalah cetek. Apa yang difatwakan haram bukanlah perhimpunan Sureheboh secara menyeluruh sebaliknya dikhususkan kepada Konsert yang dianjurkan oleh perhimpunan itu. Otak apakah yang dimiliki oleh pariyah ini?

(Catatan: Apakah para penari iringan Konsert Sureheboh di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berseluar dengan belahan di tepi hingga ke pangkal peha (ulangi: hingga ke pangkal peha) dikatakan berpakaian lengkap? Penyunting memaksa diri untuk menonton selama satu atau dua minit sahaja daripada tempoh persembahan yang habis kurang pun berjalan selama lebih 2 jam. Kalau dalam tempoh 2 minit pun sudah terbukti akan dakwaan Majlis Mufti yang disampaikan oleh SS Dato’ Seri Harussani, tak tahulah kita apa yang berlaku di atas pentas selama lebih 2 jam dan yang berlaku di sekitar stadium sebelum dan selepas tamat persembahan. – M@RHAEN)

Persoalan halal haram bukan terletak di tangan Mufti atau mana-mana makhluk. Mufti atau orang yang sepadan dengannya hanya melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka demi kepentingan dan kesucian Islam itu sendiri.

Mufti dan segala para ulama yang ikhlas tidak menghukum berdasarkan hawa nafsu mereka melainkan setelah merujuk kepada empat sumber hukum Islam yakni Al Quran, As Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias.

Penulis yakin pariyah seumpama Kadir Sheikh Fadzir itu; kalau ditanya kepada dia soalan semudah di atas (apakah sumber hukum Islam) nescaya dia terkebil-kebil untuk mencari jawapannya.

Lain kali sebelum menyelar fatwa Mufti berfikirlah tujuh lapan kali atau cerminlah muka dulu. Kalau itu yang dilakukan sudah pasti Pariyah Kadir tidak berani menyanggah SS Harussani dan kalau dia rajin pula mencermin dan terus mencermin tentu dia akan merasa malu semalu-malunya mengaku sebagai pejuang Melayu kerana darah dan wajahnya tidak langsung termasuk di dalam alam kemelayuan .

Apalah hak mu Pariyah Kadir untuk membicarakan hukum halal haram kerana kamu bukan ustaz atau orang yang sekurang-kurangnya pandai menghormati agama! mujurlah masih ada orang Melayu Umno yang buta kayu mahu mengiktiraf `kemelayuanmu` jika tidak pastinya `pengusaha restoran ` adalah profesion yang paling layak buatmu wahai mamak tak sedar diri. Puihhhhhh !!!!!!!!

Hidup Umno Penipu! Mati Islam ! Maut Melayu ! Hep!hep ! Hooray !!!!!!!!!!! Dolah Hadhari!!

- Inderaloka  - 02.08.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Petikan daripada BERNAMA berkaitan isu ini:
30 Julai 2004: Majlis Mufti Putuskan Konsert Sure Heboh Haram
02 Ogos 2004: Keputusan Haramkan Konsert Bukan Kerana Emosi, Kata Mufti Perak
02 Ogos 2004: Isu Konsert Sure Heboh: Abdul Kadir Nafi Cabar Mufti
The New Straits Times:
01 August 2004: Thousands at TV3 fest
Utusan Online:
01 Ogos 2004: Astora Jabat (Mufti Kerajaan Islam Hadhari): Harussani lawan Sure Heboh TV3
02 August 2004: Fatwa should be made after in-depth studies, says Abdul Kadir

Hantar artikel ini kpd sahabat: