Abd Hamid Mohammad - Hakim Yang Mempermainkan Tuhan!

Waad Mansor `perasuah mega` didenda RM45 Ribu, Anwar `perasuah sifar` kena 6 tahun.

Hakim Abd Hamid Mohammad selaku Pengerusi kepada dua orang lagi hakim junior yang mendengar rayuan kes liwat dan permohonan jamin DSAI di Mahkamah Persekutuan Palace of Justice (Istana Keadilan) Putrajaya pada hari pertama (10 Mei 2004 ) terang-terangan menyindir Karpal Singh apabila menyatakan kepada peguambela Anwar itu apakah Tuhan yang turut memerhati perjalanan kes itu patut dicatat dalam senarai kehadiran.

Keceluparan Abd Hamid itu dikesan pada awal perbicaraan (sebelah petang 10 Mei 2004) apabila Peguam Negara mengakui penerimaan notis alibi yang dinafikan pernah diterima oleh Mahkamah Rayuan ketika menolak rayuan Anwar pada peringkat berkenaan (Mahkamah Rayuan) beberapa bulan lalu.

Encik Karpal Singh peguambela Anwar meminta agar semua pemerhati yang menghadiri sesi perbicaraan mencatat pengakuan Peguam Negara itu. Abd Hamid ternyata tidak menyenangi permintaan Karpal lantas tidak mengizinkan sesiapa pun membuat catatan.

Secara sinis Abd. Hamid mengajukan pertanyaan kepada Karpal: “Terlalu ramai orang dari pelbagai parti dan pertubuhan yang menjadi pemerhati termasuk Tuhan sekali memerhati kes Anwar ini. Apakah kamu mahu mahkamah mencatatkan semua itu termasuk kehadiran Tuhan?”

Sebelum itu pada sebelah pagi para peguambela Anwar telah memohon kepada mahkamah agar Abd Hamid ditolak daripada mengadili Anwar kerana hakim Hadhariyyun junior itu pernah membuat kenyataan yang menggambarkan `prasangka buruknya` terhadap Anwar.

Kenyataan itu dibuat oleh beliau sebagai menjawab pertanyaan yang pernah dikemukakan kepada beliau tempoh hari - mengapa terdapat perbezaan terhadap hukuman kes rasuah yang dijatuhkan kepada Waad Mansor bekas ADUN Gemenceh dan DS Anwar. Abd Hamid adalah hakim di sepanjang perbicaraan kes rasuah bekas Adun itu.

Waad yang sudah disahkan oleh mahkamah `melantak` wang haram bukan kepalang banyaknya hanya didenda RM45,000 sahaja manakala Anwar yang tidak mengambil sesen pun rasuah di hukum enam tahun penjara.

Untuk menghalalkan ketepatan `hukumannya` itu Hamid menyatakan (secara rasmi) bahawa Anwar adalah `pengancam keselamatan negara` manakala Waad hanya sekadar perasuah biasa, pengancam keselamatan negara mestilah dihukum seberat-beratnya – begitulah maksud Hamid!

Orang yang tidak tahu malu, tidak pernah takut kepada Tuhan.

Hamid yang kononnya terlalu takutkan Tuhan itu langsung tidak mengendahkan celaan yang dilakukan ke atas dirinya. Tanpa sebarang rasa malu beliau terus melantik dirinya sebagai pengerusi hakim yang mendengar kes itu dan tidak perlu bersusah payah untuk menjelaskan kepada para peguambela Anwar mengapa statusnya perlu dikekalkan.

Ketakutannya kepada Tuhan itu tidak perlu menunggu masa yang lama untuk dijelmakan dalam bentuk amalan. Sebelah petang hari kedua (11 Mei 2004) perbicaraan Abd Hamid mentah-mentah menolak permohonan ikat jamin Anwar yang dikemukakan oleh peguambela Encik Karpal Singh.

Ketika menolak permohonan tersebut Hamid berkata: “Permohonan ikat jamin tidak harus di campuradukkan dengan kes rayuan. Kalau mahu memohon juga tunggu sehingga kes rayuan ini selesai.”

Agak pelik juga bunyinya; kalaulah permohonan ikat jamin itu hanya boleh diajukan setelah kes rayuan itu selesai ertinya sesudah keputusan diketahui apakah ikat jamin itu mampu mengatasi sebarang keputusan yang akan dibuat kelak?

Katakanlah hakim-hakim Hadhariyyun yang dipengerusikan oleh Abd Hamid memutuskan agar keputusan Mahkamah Rayuan dikekalkan maka sahlah Anwar akan terus meringkuk di penjara Sungai Buloh hingga April 2012.

Apa gunanya permohonan ikat jamin itu diajukan? Apakah masih ada lagi mahkamah yang boleh mendengar kes rayuan Anwar sedangkan Mahkamah Persekutuan merupakan saluran perundangan peringkat tertinggi (penghabisan) bagi mendengar sebarang kes rayuan.

Kalaupun keajaiban berlaku yang mana Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan itu, sudah tentu permohonan ikat jamin itu tidak diperlukan sama sekali.

Cubalah bayangkan Karpal yang beragama Sikh itu cukup menghargai dan memahami erti kebebasan meskipun `sehari` sahaja buat insan yang sudah begitu lama terkurung, jika tidak masakan permohonan ikat jamin Anwar itu diajukan juga sedangkan semua orang tahu kalau diluluskan pun mungkin sekadar sebentar jua!

Apakah Hamid yang begitu takutkan Tuhan itu tidak punya sebarang rasa kemanusiaan? Jika demikian lagaknya sejak bila pula dia sudah mendaftarkan dirinya sebagai warga haiwan atau syaitan?

Hampir nyata, Abd Hamid yang mengepalai dua orang lagi hakim junior Hadhariyyun Rahmah Hussain dan Tengku Baharuddin Shah Tengku Mahmud hanya takutkan Tuhan di bibir mulut sahaja.

Abd Hamid dan hakim-hakim Hadhariyyun lebih takutan Mahathir, Imam Dolah Endon dan Najib bekas boyfriend Ziana Zain daripada takutkan Allah swt Tuhan Pencipta Alam dan seluruh isi kandungannya.

Jika umat Bani Israel dilaknat oleh Allah swt kerana menjadikan para rahib dan pemimpin mereka sebagai Tuhan kerana mengamalkan segala hukum-hakam ciptaan kedua-dua golongan songsang itu, apa pula bezanya dengan Abd Hamid dan musibat-musibat yang sepemikiran dan seakidah dengannya lantaran kepatuhan membabi gila kepada kehendak nafsu para penzalim agung Mahathir -_Dolah - Najib !

Kalau kelak Allah swt menurunkan laknatNya (balaNya) kepada Abd Hamid dan kuncu-kuncu hapraknya, jangan sesekali para pendokong BA dan rakyat marhaen yang lain menyangka mereka akan terselamat. Ingat ya! bila bala` Allah sampai, kesannya akan dirasai oleh semua!

Apa pun golongan yang beriman dan berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran hakiki tetap diletakkan pada darjat yang jauh berbeza dengan puak-puak Hadhariyyun haprak yang suka mempermainkan Tuhan itu.

Justeru itu pastikan anda semua meletakkan diri kalian di tempat yang wajar. Akal fikiran dan hati nurani jangan dipersia-siakan; menolong orang yang dizalimi adalah jihad (perjuangan) murni!

Anwar Ibrahim adalah mangsa kezaliman Mahathir-Dolah-Najib Umno BN! segala gerak kerja untuk melepaskan beliau dari pasung kezaliman adalah wajib hukumnya. Kalau percaya kepada kemuliaan jihad, kalian tidak perlu menunggu 2012 untuk melihat Anwar bebas!

Nuri tak akan menjadi Rajawali walau setinggi manapun ia berterbangan.

Kes rayuan Anwar akan disambung pada Rabu 19 Mei ini,lantaran itu luangkanlah masa untuk berkunjung ke Palace of Justice Putrajaya sebagai pernyataan bahawa para pembaca sekelian adalah penentang kezaliman yang tidak hanya bermain-main dengan aneka retorika.

Katakanlah ada di antara para pembaca yang mengaku sebagai pejuang keadilan dan kebenaran sudah tidak peka lagi terhadap kezaliman yang dikenakan ke atas Anwar,jangan kalian berfikir Anwar akan surut semangat dan daya juangnya untuk `Refomasi` kerana Anwar itu adalah Rajawali dan `Rajawali tidak akan menjadi Nuri walaupun terkurung disangkar besi`

Sebaliknya awas ya! Buat para pejuang kebenaran dan keadilan yang kaya dengan agenda peribadi dan aneka retorika itu, kamu semua adalah Nuri, setinggi mana pun kamu terbang kamu tidak akan menjadi Rajawali sampai kiamat. Kamu tetap hamba sahaya! bukan manusia yang berjiwa merdeka. Tidak malu-malukah lagi kamu kepada Anwar dan para reformis serta rakyat marhaen?

Dan terlebih penting daripada itu tidakkah kamu merasa sedikit pun malu terhadap Allah swt yang sentiasa kamu Takbirkan, Tahmidkan dan Tasbihkan itu?

- Inderaloka  - 15.05.2004 - (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN