Kekejaman Terhadap Tawanan Iraq: Penyangak Mengkritik Bajingan

Hadhariyyun memarahi bajingan.

Pengasas mazhab Hadhari dan pembantunya Najib dilihat begitu bersungguh-sungguh mengutuk `kepala bajingan global` George Bush apabila Presiden AS itu sekadar memohon maaf terhadap kekejaman yang telah dilakukan oleh tenteranya kepada para tawanan di kem-kem tahanan dan di penjara Iraq, sejak negara itu mereka takluki kira-kira setahun lalu.

Tidak ketinggalan membebel untuk menjuarai isu yang sama ialah Menteri Luar yang memenangi Parlimen Kota Tinggi tanpa ditandingi pada p/raya umum baru-baru ini apabila Imam Abu Bakar Sakak calon Pas menarik diri 48 jam selepas hari penamaan calon 13 Mac 2004 lalu.

Kata sesetengah orang, Imam Abu Bakar Sakak sebelum itu dikatakan agak vokal dengan Umno. Al-maklum sajalah Imam! Sudah pasti dia lebih tahu tentang soal halal haram jika dibanding dengan para makmum yang mengelilinginya, kalau dia vokal pun tidaklah menghairankan sangat! Apa pun akhirnya kevokalan itu lenyap bersama wang sogokan Syed Hamid Albar.

Menurut sumber tertentu nilai sogokan itu hampir mencecah RM 100 Ribu. Kalau Syed Hussien Ali yang dikatakan masih pekat `sosialisnya` itu dicalonkan untuk menentang sesama Syed apakah beliau akan menarik diri dengan sogokan wang ringgit? Para pembaca jawablah sendiri.

Berbalik kepada kemarahan yang dilemparkan oleh dogol-dogol Hadhariyyun kepada George W.Bush itu bukanlah terbit daripada keberanian dan keinsafan sebaliknya sekadar meneruskan tradisi hipokrit yakni berbunyi apabila ramai orang sudah bersuara.

Siapa Hadhariyyun di sisi Bush.

Siapa Dolah Badawi, Najib dan Syed Hamid serta geng-geng haprak mereka di sisi Bush? Kalaulah Malaysia bukan Pengerusi OIC, sudah tentu Bush tidak menyenaraikan nama Dolah di dalam buku politiknya.

Di sisi Bush, taraf Dolah, Najib dan Syed Hamid jauh lebih rendah daripada para amir dan raja yang menjadi proksi Amerika menguasai tampuk pemerintahan negara-negara umat Islam di Timur Tengah dan di Teluk. Jika mereka pariyah kelas pertama, maka pemimpin dari Malaysia merupakan pariyah kelas ketiga Amerika.

Kalau para pembaca tidak percaya, tatapilah betul-betul wajah puak-puak Hadhariyyun itu! Seorang pun tiada menampakkan keberanian dan keikhlasan ketika membicarakan nasib umat Islam bukan sekadar di Iraq malah di seluruh dunia termasuk yang paling hampir di selatan Thailand. Semua `pembelaan` mereka hanya menurut skrip Amerika dan sekutunya jua

Salakan Hadhariyyun yang sia-sia.

Mengapa salakan dogol-dogol Hadhariyyun itu bukan saja tidak diendahkan oleh orang sebesar Bush malah orang sekecil PM Thailand Takshin Shinawatra pun hanya memandang mereka dengan sebelah mata sahaja? Jawapannya kebangsatan yang dimiliki oleh penganut Hadhariyyun itu kadangkala lebih teruk daripada Bush dan Shinawatra.

Apakah Dolah-Najib-Syed Hamid dan BN Hadhariyyun sudah lupa bagaimana pasukan polis di bawah kelolaan mereka berlagak sebagai samseng mencabul hak rakyat antaranya:

1. Mengimplimen Akta Polis sesuka hati untuk menghalalkan tindakan mengacau, membelasah, memberkas dan mengganas di perhimpunan-perhimpunan rakyat marhaen yang dijamin oleh Perlembagaan negara.
2. Memenjarakan rakyat semuda usia 16 tahun tanpa bicara di bawah akta penghisap darah ISA kerana disyaki terlibat dengan terroris.
3. Bersikap `trigger happy` membedil sampai mati sesiapa yang disyaki sebagai penjenayah tanpa bukti-bukti kukuh, begitu juga membelasah banduan dan tahanan sehingga menemui ajal ketika di dalam tahanan.
4. Konspirasi terhadap Anwar Ibrahim dari awal lagi sampailah sekarang, sebahagian besarnya dijayakan oleh pihak polis. Kalau tak percaya tanyakan Said Awang bekas Pengarah SB atau pun Musa Hassan yang kini menjadi Pengarah Siasatan Jenayah PDRM.

Rasanya empat fakta di atas sudah memadai untuk menceritakan betapa kezaliman Mahathir masih diteruskan oleh Imam Hadhari Dolah.

Bush dan lain-lain pemimpin dunia pernah menyuarakan rasa kurang senang mereka terhadap cara kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Umno BN melayani Anwar Ibrahim.

Begitu juga badan-badan perundangan dan kehakiman antarabangsa serta pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia berpendirian bahawa Anwar adalah tahanan politik bukan tahanan jenayah. Mereka mendesak supaya Anwar dibebaskan ! apakah desakan mereka itu didengari oleh Mahathir-Dolah- Najib BN Hadhari? Sudah tentu tidak!

Terlebih mengaibkan pula,kalau p/raya pun sanggup dijadikan gelanggang untuk menipu rakyat bulat-bulat dengan menjadikan SPR sebagai barua besar, apa lagi yang masih tertinggal untuk menjustifikasikan bahawa Dolah-Najib Hadhariyyun tidak sezalim Bush?

Bush zalimi tawanan, Hadhariyyun zalimi rakyat dan mencabar Tuhan.

Sezalim-zalim Bush berani juga dia memohon maaf kepada warga Iraq khususnya dan warga dunia amnya. Soal sama ada dia main wayang atau apa pun merupakan satu persoalan lain. Setidak-tidaknya `kepala bajingan global` itu sudah pun berdiplomasi mengikut versinya sendiri.

Apakah pariyah bangsat Mahathir pernah memohon maaf kepada Anwar dan famili serta rakyat jelata apabila pada mulanya dia menuduh `lebam mata Anwar` berpunca dari kesengajaan Anwar sendiri sedangkan sesudah itu Suruhanjaya Bebas memutuskan bahawa sahih Rahim Noor bekas KPN yang membelasah Anwar `hampir mati`pada malam 20 September 98 di lokap IPP Bukit Aman.

Dolah tahu, Najib bekas boyfriend Ziana Zain tahu, Syed Hamid dan semua pemimpin Umno BN tahu insiden tragis itu, namun pernahkah mereka memberitahu rakyat tentang kezaliman Mahathir? Tidak pernah! Sebab mereka adalah pewaris kezaliman Mahathir yang mewarisi kezaliman itu pula daripada Firaun.

Kesimpulannya penyangak tidak layak mengkritik bajingan. Namun apa yang lebih menarik `bajingan global` yang bernama Bush itu belum pula pernah terdengar mempertikaikan versi-versi di dalam Bible yang pernah dibacanya, tetapi Dolah Endon pengasas mazhab Hadhari merelakan Zahid Ibrahim memfailkan petisyen untuk melarang penguatkuasaan hukum Hudud yang termaktub di dalam Al-Quran..

Siapa yang lebih penyangak dan bajingan, seorang yang menjajah negara orang lain kemudian berlaku zalim ke atas anak jajahnya,sementara seorang lagi pemimpin di bumi merdeka yang bukan sekadar menjajah kebebasan rakyatnya bahkan menyaman Allah swt Yang Maha Agong!

Mari sama-sama kita ludahi muka Mahathir-Dolah- Najib dan haprak-haprak yang seangkatan kerana kezaliman dan kepura-puraan mereka. Puihhhhhhhh !!!!

- Inderaloka  - 09.05.2004 - (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN