Standbykan Calon Pelapis Untuk Elak BN Menang Percuma
Meskipun sudah tidak berapa kedengaran lagi tentang kemungkinan Ruslan Kassim akan berjaya menambahkan lagi koleksi para malaunnya untuk memasuki Umno, namun pimpinan keADILan jangan sampai terlepas pandang.

keADILan Sudah Bersih 100 Persen?

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Saki-baki penggila Umno mungkin masih menyembunyikan wajah munafik mereka di sebalik senyuman meleret menunggu saat yang sesuai untuk meninggalkan perjuangan demi mengejar habuan lumayan.

Ruslan Kassim dan geng-geng terjun semula ke dalam kawah najis Umno membawa bersama-sama mereka beban hutang piutang yang sudah tak terlarat untuk dipikul.

Dalam situasi Ruslan dan geng sedaif itu pun, Najib Razak bekas boyfriend (pasangan khalwat) Ziana Zain sanggup melayani mereka inikan pula nanti terdapat saki-baki penggila-penggila Umno yang membawa bersama-sama mereka `kerusi` untuk dijual.

Wang kontan RM2-3 juta dan tawaran projek puluhan juta RM bukan menjadi masalah besar untuk dijadikan umpan bagi membeli kerusi-kerusi tersebut.

Sebagai contoh, bayangkanlah Khalil Yaakub yang sudah kaya raya dengan wang haram hasil dari `rompakan balak Pahang` yang mencecah RM1 billion di sepanjang dia mengepalai kerajaan negeri, sudah tentu sanggup mengeluarkan berapa saja amaun untuk membeli `calon BA (keADILan)` asalkan kerusinya (Menteri) selamat.

Kaitkanlah contoh di atas dengan lain-lain musibat besar Umno termasuk Rafidah Aziz, Khir Toyo, Shahidan Kassim, Jamaluddin Jarjis, Aziz Shamsuddin dan banyak lagi, tak ketinggalan Abdullah Ahmad Badawi sendiri, semuanya kaki beli orang!

Apa pun, fokus saya hanyalah kepada para penggila Umno sahaja. Siapa yang berani menjamin 100 persen bahawa keADILan kini sudah bersih? Sudahkah para penggila Umno yang belum sempat cabut itu bertaubat?

Saki Baki Penggila Umno Sudah Bertaubat?

Harus diingat, jika kemasukan `pelompat-pelompat terdesak` (Ruslan dan geng) itu tidak disambut dengan tindak balas rakyat yang jelas menampakkan `kejijikan` mereka terhadap pengkhianat `perjuangan Anwar` sudah pasti MPT keADILan terpaksa mengisi kekosongan beberapa jawatan penting badan penggubal dasar tertinggi parti itu, kerana sebahagian penjawatnya bertindak mengikut jejak langkah sesat Ruslan dan gengnya.

Namun hal itu tidak pula terjadi. Malam kemuncak Gerakan Anwar Bebas GAB di Cheruk Tok Kun 14 Februari lalu dikatakan oleh ramai orang sebagai `malam bertaubat` (tak taulah taubat nasuha atau taubat sambal) di kalangan para pemuka keADILan yang sudah memasang nawaitu untuk menyertai semula Umno.

Mereka terkejut dan terencat dengan reaksi rakyat yang terbukti masih solid bersama-sama perjuangan Anwar.

Tambah tersentap tangkai jantung mereka itu,apabila melihat reaksi rakyat tambah agresif mencabar kezaliman Dolah-Najib, sebagaimana Mahathir ditentang dan dibenci.

Kombinasi Ezam-Azmin dan lain-lain tokoh BA ternyata amat berkesan di dalam menyuntik semula semangat rakyat. Tidak hairanlah kedua-dua bekas orang kanan Anwar itu menjadi `jurubicara juang` yang paling ditakuti Umno BN.
 
Minda rakyat marhaen tetap tidak boleh menerima bahawa Dolah Badawi itu lebih baik dari Mahathir. Kedua-duanya tetap sama haprak dan zalim!
 
Lihat saja bagaimana reaksi rakyat apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (sebut sebagai Suruhanjaya Polong Raya) SPR, membatalkan kelayakan Ezam Mohd. Noor, Azmin Ali dan Irene Fernandez daripada bertanding pada p/raya umum akan datang.

Siapa yang menghadiri program ceramah anjuran BA Gombak di Pejabat keADILan Gombak malam 5 Mac lalu khusus menyentuh isu kerelaan SPR membangsatkan diri kepada Dolah Endon-Najib Ziana Umno BN,nescaya mengakui bahawa Umno sedang berada di saat-saat paling sukar untuk memenangi semula hati rakyat.

Sokong selagimana benar, pancung habis jika khianat

Seperkara lagi kalau selama ini saya dilihat sebagai orang yang paling tidak bertimbang rasa apabila membelasah `musuh perjuangan` dan orang yang tidak kedekut untuk memuji mana-mana wira juang tetapi harus diingat jiwa saya tetap merdeka.

Meskipun semalam dan hari ini saya menyokong dan menyanjung seseorang, tetapi besok belum tentu kerana sokongan tersebut terbatas kepada pantang larang perjuangan.

Jika pantang larang perjuangan dilanggar sesuka hati, siapa saja yang berani melanggar pasti menerima akibat yaani  `Pancung Tanpa Kasihan Belas`.

Sekiranya `pelacur politik` merupakan gelaran yang layak maka saya tidak keberatan untuk mewar-warkannya sekalipun `individu ` berkenaan kebetulan seorang wanita Muslim yang lengkap menutup aurat. Mudah-mudahan jangan ada yang begitu.

Pimpinan BA harus sepakat untuk mencegah berlakunya `urusan jual-beli` calon pada hari penamaan calon (termasuk penyokong dan pencadang calon) bagi mengelakkan Umno BN menang percuma. Mungkin penyediaan calon pelapis di antara kaedah terbaik. Terpulanglah kepada tokoh-tokoh handalan BA (Pas-keADILan) untuk merancangnya.

Malulah Sikit Pada Gobala, Tan,  Irene, Lee Booo Chye….

Akhirnya saya ingin mengingatkan sekali lagi khususnya buat pemuka-pemuka keADILan (Muslimin-Muslimat) yang belum lagi memadamkan `nawaitu sepadam-padamnya` untuk menjual diri kepada Dolah-Najib, cuba-cubalah tepuk dada kalian tanyakan Iman, jangan asyik tanyakan selera nanti disambar api neraka…..

Tidak malukah kalian kepada Gobala, Low Chee Chong, Dr Xavier Jayakumar, Irene Fernandez, Dr Lee Boon Chai, Tan Reformasi, Sow Teksi, Ng Lum Yong, Tangga, Marvin, Puspa dan banyak lagi…..

Ketahuilah mereka itu tidak pernah bersumpah `dengan nama Allah` untuk terus mendokong perjuangan keadilan dan kebenaran namun sampai sekarang mereka masih komited dan tidak berselera untuk menyertai MCA, MIC, Gerakan –BN.

Apa hal pula dengan kamu yang mengakui berjuang kerana Allah, tetapi tidak ragu-ragu untuk menjual Allah demi perut jua. Dahsyat tu!

Ingat ya! Anwar masih diazab oleh Mahathir-Dolah-Najib –Chua Jew Ming Umno BN, rakyat terus dizalimi, polis terus berlagak sebagai samseng, perasuah- rasuah mega terus berlagak suci, Islam pula semakin dicerca hukumnya disaman secara terbuka, gejala rosak akhlak bermaharajagila, undang-undang Jakun terus dilaksana…………… Melayu kian hilang identiti di tanah warisan nenek moyang mereka sendiri.

Umno tidak boleh diharap langsung untuk sebuah reformasi ke arah keadilan dan kebenaran,jika masih ada yang mengharap pastinya itu semua palsu belaka! Insaflah….

- Inderaloka  - 06.03.2004 - (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN