Najib Terbeli Barangan Tendang (Rejected) Untuk Elakkan Diri Dari Ditendang
Timbalan Perdana Menteri lantikan Mahathir semakin rimas kepanasan apabila menyedari Ruslan Kassim dan malaun-malaun yang dibeli dengan wang pendahuluan hampir RM300 ribu, bukan sahaja tidak sesuai untuk diperagakan bagi menarik minat Dolah Badawi bahkan rakyat Pekan sendiri mencebik tindakan Najib membawa `pelompat-pelompat terdesak` itu.

Meskipun Ruslan dan Zahid Mat Arip sedaya upaya cuba mempamerkan `kehebatan` mereka dengan mengusung seramai 58 orang apa yang didakwa sebagai ahli keADILan dari seluruh negara untuk dipersembahkan kepada Najib,diikuti pula selepas itu penyertaan lebih 100 orang ahli keADILan Bahagian Pekan kedalam Umno,hasilnya tetap memonyokkan bekas boyfriend Ziana Zain itu semonyok-monyoknya.

Kesedaran Najib betapa bahan dagangan jajaan Ruslan itu merupakan barangan yang sudah lama ditendang (rejected) oleh keADILan (BA) sudah terlambat. Najib terperangkap dengan kebengapan mindanya sendiri.

Pendekatan lapuk (membeli sokongan) sedemikian hanya mengesahkan sememangnya Umno sudah sebati dengan stail `politik kuno` dan Najib selaku pemimpin yang `diharapkan` terus terbelenggu dengan amalan tersebut.

Dolah Badawi Benci Najib.

Dolah Badawi tidak begitu berselera menerima para pelompat-pelompat terdesak tadi bukan disebabkan kepercayaannya kepada stail `politik kuno` itu sudah pudar tetapi lebih menjurus kepada kebencian beliau terhadap Najib.

Najib dilihat oleh Dolah Badawi dan kemnya sebagai pesaing yang mesti dihadkan tindak tanduknya. Sesetengahnya terutama `group Ox-Bridge` yang begitu rapat dengan Dolah mahu menamatkan terus hayat politik Najib tanpa kompromi.

Anak Allahyarham Tun Razak itu sebenarnya tidak sedikit pun gentar kepada Dolah dan kemnya termasuklah `group Ox-Bridge` itu.

Najib tahu kem yang dibinanya selama ini tetap kukuh tambahan pula bekas PM ke-4 Mahathir berada di belakangnya. Kalau dia berhasrat mencabar Dolah sebagai Presiden Umno tiada siapa yang boleh menghalang.

Ertinya Najib memang handal dan hebat di kacamata warga Umno seluruh negara,namun Umno yang menyokongnya itu bukan lagi sebuah organisasi politik Melayu yang masih berbisa taring dan tajam cakarnya seperti mana musim-musim pra – Reformasi.

Hakikat sokongan mendadak umat Melayu Islam hampir ke tahap 70 persen kepada BA, pasca –Reformasi amat digeruni oleh Umno. Umno Bahagian Pekan bila-bila masa boleh mengekalkan Najib sebagai Ketua Bahagian, tetapi tidak sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.

Untuk menang sebagai Ahli Parlimen yang merupakan pra-syarat bagi lantikan ke dalam Kabinet, Najib mesti mendapat sokongan padu dari rakyat di situ. Najib tahu bahawa dia telah disabotaj oleh musuh-musuh politik dalamannya seawal p/raya umum 1999 lagi.

Dolah dikatakan bersembunyi di sebalik Pakeda untuk menghacurkan Najib ketika itu. Mujurlah ada undi pos,Najib berjaya diselamatkan dengan majoriti kecil 241 kalau tidak sudah tentu bungkus.

Umum sudah mengetahui betapa orang-orang Dolah dan Muhyiddin Yassin tidak henti-henti menggalakkan beberapa orang tokoh BA supaya menentang Najib di Pekan.

Sebenarnya tanpa dorongan orang-orang Dolah dan Muhyiddin pun,BA tetap gagah dan mampu menumbangkan Najib di situ. Sokongan orang – orang Dolah dan Muhyiddin itu dianggap sebagi bonus kecil sahaja.

Najib marah dan takut kepada Jeneral-Jeneral BA

Meskipun pertambahan hampir 4000 pengundi pos (tentera) telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih terkini Parlimen Pekan dan dihiasi pula dengan lakonan Ruslan Kassim serta para malaunnya sejak dua tiga minggu kebelakangan ini,namun Najib diberitakan sudah hilang keyakinan untuk menang.

Faktor kesediaan Ezam Mohd Noor untuk bertanding di Parlimen Pekan sudah cukup menggerunkan TPM itu dan kalaulah beberapa orang daripada 11 orang bekas pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sudah menyertai Pas berkempen membantu Ezam nescaya Najib bolehlah melupakan terus harapannya kepada 4000 undi pos (tentera) tadi.

Kemarahan dan ketakutan Najib kepada bekas pegawai-pegawai tinggi tersebut termasuk bekas Panglima ATM Jeneral (B) Tan Seri Mohd. Sany Abd. Ghaffar tidak dapat disembunyikan lagi..

Najib telah memanggil seorang lagi bekas Panglima ATM, Jeneral (B) Tan Seri Yaakub Mohd Zain untuk menyindir dan merendah-rendahkan keterlibatan bekas-bekas pegawai tinggi ATM yang sudah menyertai Pas itu.

Hanya Perasuah Menyokong Perasuah.

Dalam sidang media selepas menyaksikan Perbarisan Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-71 di Kuala Lumpur, Yaakub berkata: “Saya tidak yakin mereka dapat memberi apa-apa kesan kerana mereka sudah lama bersara dan tidak berpengaruh lagi seperti waktu mereka berkhidmat dulu.”

Ujar Jeneral (B) (sebut sebagai Bongok bukan Bersara) itu lagi: “Kebanyakan mereka tidak aktif dan berpengalaman dalam politik, lagi pun bilangan pegawai kanan yang menyertai parti pembangkang amat kecil jika dibandingkan parti pemerintah.”

Jeneral (Bongok) Yaakub dan yang semabur (sama) dengannya memang sudah dilatih sebagai burung kakak tua oleh Najib Umno-BN sejak mereka berkhidmat lagi.

Bukan menjadi rahsia bagaimana pelbagai senjata dan kelengkapan tempur ATM dibeli dengan harga yang berlipat ganda dari harga sepatutnya. Pesawat tempur Hawk yang sudah lama tersadai di padang pasir Arizona masih dibeli dengan harga `barangan baru`, begitu juga pesawat tempur Sokhoi, meskipun baru tetapi dibeli dengan harga 3 kali lipat.

Itu belum lagi skandal pembelian `raifel HK` pada awal tahun 70-an dulu dan pelbagai kereta perisai yang tidak sesuai digunakan antaranya cukup popular digelar sebagai `BABI` di kalangan anggota ATM ketika itu.

Ke manakah wang rakyat itu dileburkan? Tidak mungkin Menteri Pertahanan dari kalangan Umno BN yang bersilih ganti itu membedalnya secara sendirian jika tidak berpakat dengan sebahagian dari Jeneral-Jeneral yang tidak punya moral itu.

Peristiwa bungalow seorang Jeneral (B) dihempap bukit di Hillview Hulu Kelang pada Ramadhan 1423 lalu sehingga mengorbankan isteri, anak, menantu, cucu serta orang gajinya masih segar dalam ingatan kita.

Di saat-saat cemas sedemikian, Jeneral (B) itu dikatakan tidak begitu menghiraukan familinya tetapi asyik teringatkan kepada 7 buah briefcase, 6 daripadanya dikatakan mengandungi wang kontan RM1 Juta setiap satu, manakala sebuah lagi dipercayai menyimpan emas permata.

Persoalannya di manakah logiknya seorang Jeneral (B) pencen mampu memiliki kekayaan kontan sebanyak itu, jika tidak dengan cara korup.

Bayangkan jika ada seratus `Jeneral Kakak Tua` sekaya itu, berapa jumlah kekayaan kontan yang mereka simpan secara gelap? Mungkin ada kebenarannya beberapa pendapat menyatakan para `Jeneral Kakak Tua` itu merupakan `banker` kepada menteri-atau bekas menteri (pertahanan) tertentu.

Tidak hairanlah mereka akan mati-matian menyokong Najib Umno-BN meskipun sudah lama bersara. Sepatutnya kalau pun masih belum bersedia untuk taubat nasuha, lebih baik mereka berdiam sahaja,setidak-tidaknya tembelang mereka tidaklah begitu terhidu bau busuknya.

Kesebelasan bekas pegawai tinggi ATM yang menyertai Pas (BA) sudah pasti bukan perasuah seperti Yaakub dan yang seangkatan dengannya.

Kalau mereka perasuah sudah pasti Pas bukanlah wadah yang sesuai dengan mereka. Umumnya Umno yang sinonim dengan rasuah sampai bila-bila pun menyediakan ruang untuk segala jenis perasuah tetapi Pas (BA) tidak mungkin.

Tidak ada bezanya di antara Najib dengan Ruslan dan para malaun, Yaakub serta Jeneral-Jeneral (B) yang korup. Masing-masing tidak punya moral, akhlak, prinsip murni dan keimanan yang sempurna..

Mungkin para pembaca sukar untuk mempercayai bahawa ada di antara kesebelasan bekas pegawai tinggi ATM yang menyertai Pas itu hanya menghuni rumah kos sederhana yang harganya tak sampai pun RM 40 Ribu,sedangkan mereka mampu memiliki banglow ratusan ribu RM jika mereka mahu,lebih-lebih lagi jika dengan cara korup.Namun itu bukan pilihan mereka.

Najib cabut dari Pekan?

Jika Dato Hishamuddin Hussien Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dengan rela hati menawarkan dirinya untuk bertanding di Parlimen Semberong (kawasan palimen baru di pedalaman Johor) bagi mencari laluan mudah mencapai kemenangan,Najib pula mahu mencari kawasan baru demi survival.

Kedua-dua `tonggak` (sebut sahaja tunggul) Umno itu adalah bersepupu. Ternyata kedua-duanya amat pengecut. Keberanian Allahyarham Tun Razak dan Tun Hussien tidak menjelma di dalam diri putera-putera peninggalan mereka.

Najib sedang bersiap untuk berpindah ke Parlimen Cameron Highland kerana takutkan Ezam dan BA serta sabotaj Dolah-Muhyiddin.

Manakala Hisham memilih Semberong untuk mempastikan dia selamat 100 persen kerana selepas p/raya umum nanti seorang lagi `jagoan rasuah Umno` bernama Dr Khir Toyo akan tampil ke hadapan untuk merampas jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dari tangannya.

- Inderaloka  - 03.03.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN