Mereka Bukan Gelombang Kedua Tetapi Buih Tak Berguna!
Bekas boyfriend Ziana Zain, Najib Tun Razak
terpaksa menghabiskan lebih RM300 Ribu sebagai bayaran pendahuluan untuk membeli 12 orang malaun yang sudah lama tidak mempunyai sebarang nilai di dalam keADILan (BA).

Berdasarkan pengakuan Zoolhelmi Ketua Pemuda keADILan Perak yang menyaksikan sendiri babak-babak urusan jual beli itu, empat orang Datuk jelas terlibat sebagai penyumbang wang bagi pihak Najib.

Semuanya dirakamkan dalam Akuan Bersumpah Zoolhelmi yang sedikit pun tidak dicabar oleh Najib. Ertinya memang benar Najib terlibat di dalam amalan politik wang.

Ruslan Tipu Najib, Najib Tipu Siapa?

Terpukul dengan tindakan anak muda yang berprinsip itu, Najib tiada pilihan lain kecuali memperalatkan polis untuk memburu Zoolhelmi. Namun usaha itu pun belum lagi menampakkan hasilnya.

PM Dolah Badawi pula dilihat sengaja membiarkan Timbalannya terkial-kial sendirian untuk menepis tuduhan BA yang boleh mengerhanakan masa depan politik Najib sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberi kebebasan untuk bertindak.

Mungkin kesengajaan Dolah itu didorong oleh rasa marahnya terhadap Najib yang dikatakan berperanan penting membangkitkan kepada umum isu penglibatan Scope anak syarikat Scomi Sdn Bhd milik Kamaludddin Abdulah Badawi di dalam rangkaian pasaran gelap internasional mengedar komponen centrifuges senjata nuklear ke Libya.

Selain Adnan Yaakub MB Pahang, tidak ada seorang pun pemimpin Umno BN berani bersuara mempertahankan Najib apabila Ezam Mohd. Noor Ketua Pemuda keADILan menyatakan kesediaannya untuk berdepan dengan bekas boy friend Ziana Zain itu pada p/raya umum akan datang.

Ertinya rata-rata pemimpin Umno menganggap tindakan Najib membeli bekas ahli-ahli keADILan yang dikepalai oleh Ruslan Kassim itu adalah kurang bijak Najib pula tidak mahu mengalah, dia tetap berpendapat bahawa tindakannya itu tepat.

Tidak cukup dengan `kemasukan 12 malaun ` diisytiharkan pula munculnya `gelombang kedua` dengan kemasukan seramai 58 orang lagi bekas ahli keADILan ke dalam Umno petang kelmarin 26 Februari 2004. Kemasukan tersebut begitu dialu-alukan oleh Najib sehingga mereka dijemput masuk untuk memenuhi bilik mesyuarat TPM di Putrajaya.

Begitulah istimewanya mereka di sisi Najib walhal keADILan sendiri tidak pernah mengenali malaun-malaun itu kecuali seorang dua sahaja.

Mereka bukan gelombang tetapi buih

Selepas menyerahkan kesemua 58 malaun itu kepada Najib, Ruslan Kassim membuat kenyataan bahawa mereka akan mula bertebaran di bumi Pekan sebaik-baik sahaja pelancaran gerak kerja dibuat pada 28 Februari nanti.

Gerak kerja yang dimaksudkan adalah mempertahankan Najib daripada tersungkur di Parlimen Pekan. Mungkin sekelian malaun itu akan berkubu 24 jam di situ bermula dari tarikh di atas sehinggalah hari pembuangan undi pada p/raya umum akan datang.

Hanya itulah tugasan yang paling cocok buat mereka, lagipun setakat ini difahamkan belum ada lagi mana-mana bahagian Umno bersedia untuk menerima khidmat malaun-malaun tersebut kerana takutkan bala yang mereka bawa..

Ruslan membayangkan kemasukan fasa kedua bekas ahli-ahli keADILan itu sebagai gelombang kedua. Benarkah begitu atau itu sekadar kelentungannya sahaja? Tiadalah yang diperkatakan oleh Ruslan melainkan kelentung belaka.

Selain daripada Daniel Ganaring dari Sarawak dan James Gani dari Sabah, 56 orang lain yang didakwa sebagai `ahli keADILan` itu amat diragui kesahihannya.

Tidak mustahil sebahagian besar dari `ahli keADILan` itu merupakan `downlines` Ruslan di dalam rangkaian jualan langsung Shakelee dan Propolis Gold yang ditajanya.

Kalaulah itu didakwa sebagai `gelombang kedua` nescaya sekali lagi Najib ditipu hidup-hidup oleh Ruslan. Mereka bukan gelombang, sebaliknya hanya buih yang tidak dihiraukan oleh sesiapa pun.

Dari raut muka `gelombang kedua` yang dipamerkan oleh TV 3 itu, paling tinggi pun Najib hanya perlu membayar mereka RM 000 seorang. Itu sudah memadai.

Begitulah drama yang lazim diulang-tayang setiap kali menjelangnya p/raya umum di tanahair tercinta ini. Masih adakah yang merelakan diri mereka tertipu ?

- Inderaloka  - 27.02.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN