Lokman Dan Malaun 12: Lalat-Lalat Hijau Kembali Mengerumuni Najis  (Lembik)
Azmin Ali, Naib Presiden keADILan menyeru saki-baki `malaun` yang mungkin masih berkeliaran di dalam parti (BA) untuk segera mengikut jejak langkah rakan mereka `malaun 12` menyertai Umno.

KeADILan (BA) dan gerakan Reformasi tidak goyah sedikit pun malah bertambah mantap apabila tidak lagi diganggui oleh `lalat-lalat hijau` yang kerjanya asyik mengejar najis .

Memang wajar sekali `lalat-lalat hijau` itu mendapatkan semula Umno, kerana telah terbukti bahawa di dalam parti itulah  terhimpunnya segala najis. Ke mana pulangnya ular kalau tidak ke lubang, begitulah juga ke mana pulangnya lalat kalau tidak ke najis!

Bapa Malaun@ Lalat Hijau

Ruslan Kassim `bapak malaun @lalat hijau` meninggalkan keADILan dengan menaburkan najisnya merata-rata. Hutang keliling pinggang yang ditinggalkannya hampir mencecah RM500 Ribu tidak mungkin dapat dilunasinya.

Justeru itu para pemiutang yang terdiri daripada bekas-bekas rakan juang `bapak lalat hijau` itu disarankan supaya menuntut hutang itu dengan apa cara sekalipun atau jangan halalkan dunia akhirat.

Saya sengaja mengutarakan isu hutang `bapak malaun @lalat hijau` itu untuk mengaitkan dengan dakwaan konon Ruslan hidup merempat di sepanjang tempoh dia berkorban habis-habisan untuk keADILan.

Benarkah dia hidup merempat semata-mata kerana perjuangan? Cuba saudara-saudari renungkan, di dalam tempoh lima tahun  malaun itu menyertai keadilan, dia telah terhutang RM500 Ribu, ertinya setahun purata hutangnya RM100 Ribu.

Apakah dengan `income` (walaupun dalam bentuk berhutang) sebanyak RM100 Ribu setahun malaun itu dia boleh dikategorikan sebagai manusia papa kedana?

Tidak sama sekali! Melainkan `malaun` itu memang tidak dapat mengubah `stail` hidupnya yang supermewah sama seperti sebelum dia menyertai perjuangan rakyat dulu.

Penulis tidak berhasrat untuk menghina sesiapa pun, tetapi itulah hakikatnya. Mungkin Azmin Ali sendiri pun akan terperanjat jika penulis katakan bahawa penulis sendiri pernah dihasut oleh individu yang `amat rapat` dengan beliau.

Menurut individu berkenaan: “Azmin hanya mengambil berat welfare orang-orang tertentu saja, sedangkan orang-orang kuat seperti Ruslan, Sanusi Abdullah, Lokman, Zahid Mat Arif dan beberapa orang lagi tidak dipedulikan.”

Ertinya gerakan kempen meraih simpati terhadap golongan yang disenaraikan sebagai `pejuang yang terabai` itu sudah lama berjalan secara berbisik-bisik. Namun isu tersebut amat rancak diperkatakan sejak dua tiga bulan kebelakangan ini.

Apa pun penulis tidak perlu menunggu masa lebih lama untuk menyaksikan bahawa siri kempen meraih simpati itu adalah anjuran `penggila-penggila` Umno bagi mewajarkan kepulangan semula `ke lubuk najis` idaman mereka.

Siapa individu `amat rapat` dengan Azmin yang `menghasut` penulis tadi, tak perlulah didedahkan. Penulis cuma ingin mengingatkan Azmin supaya lebih berhati-hati dan waspada terhadap kemungkinan masih ada `musang berbulu ayam` di kiri dan kanan beliau.

Sesuai benar kalau Lokman berpasangan dengan Umi Hafilda

Bila menyebut nama Umi Hafilda, mau tak mau nama Azmin Ali tidak boleh dipisahkan. Mereka berdua adalah saudara kandung seibu dan sebapa.

Tetapi setelah penulis mendengar sendiri betapa Azmin sewaktu berucap di malam kemuncak Gerakan Anwar Bebas di Galeri Perjuangan Ceruk Tok Kun 14 Februari lalu, menegaskan bahawa beliau  terpaksa melalui saat-saat kritikal `berpecah` dengan sebahagian daripada anggota familinya semata-mata kerana mempertahankan kebenaran (Anwar), maka penulis yakin beliau tidak akan berkecil hati apabila hal Umi Hafilda ini dibangkitkan semula.

Perangai gila deformis Lokman terus memburuk-burukkan Ezam, Azmin dan Khalid Jaafar walaupun sudah ditendang keluar daripada parti, tidak ada bezanya dengan Umi Hafilda satu ketika dulu.

Umi Hafilda diperalatkan oleh Aziz Shamsuddin agar membuat cerita karut untuk memburuk-burukkan DSAI, Azmin dan Shamsidar Tahirin (isteri Azmin) kerana disogok dengan upah lumayan.

Selain disogok upah `betina lontey` itu menyanggupi dirinya digelumangi fitnah sedemikian besar berpunca daripada kemarahan kerana beberapa projek yang dimohonnya tidak mendapat kelulusan di samping kekecewaan (frustrated) lantaran `cinta gilanya` tidak dilayani oleh Anwar.

Seekor jantan, seekor pula betina. Lokman dan Umi Hafilda tiada beza. Kedua-duanya gila harta dan nama. Kedua-duanya sanggup bersumpah dengan nama Allah dan menjunjung al-Quran untuk `membenarkan pembohongan` mereka.

Tentu ingatan kita semua masih segar betapa sehari sebelum p/raya umum 1999 `betina lontey` itu muncul di TV3 untuk membelasah dan mefitnah Azmin semahu-mahunya dengan bersumpah `Wallahi.Wabillahi,Watallahi.`

Berkesankah sumpah itu, percayakah rakyat kepadanya? Jin pun tak percaya inikan pula manusia! Azmin menang di Hulu Kelang, Fuad Hassan yang bersekongkol dengan konsiprator memperalatkan Umi terbongkang kaku!

Skrip `mahabusuk` itulah yang telah digunapakai semula  oleh deformis Lokman, ketika bersumpah di perkarangan Masjid Negara pada 18 Februari lalu.

Melihat `kehebatannya` berkokok penulis menjangkakan puluhan ribu reformis akan turut menyertai musibat itu, tetapi malang yang mahu melayani kegilaanya hanya sekitar tiga empat kerat pemberita sahaja, itu pun acuh tak acuh sahaja.

Kemunculan TV3 selaku sponsor utama menayangkan upacara `angkat sumpah` (sebut angkat sampah) deformis Lokman itu, mengesahkan bahawa Umnolah yang merancang segala onar sejak mula lagi.

Umno kian terdesak

Adalah menjadi hak Umno untuk memerangi keADILan (BA) habis-habisan demi survival mereka. BA pun sedang melakukan perkara yang sama terhadap Umno BN.

Kedua-duanya saling rentap merentapi, satu puak ingin terus kekal dengan kezaliman, manakala sepuak lagi berazam untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Itulah garis yang memisahkan mereka sampai bila-bila.

Perkembangan terkini amat membimbangkan Umno BN, sejak meletusnya gerakan Reformasi sampailah ke saat ini, mereka sering dihantui kegelisahan bahawa kuasa yang mereka miliki kian rapuh. Rakyat yang pada satu ketika dulu amat diyakini kesetiaan mereka kini tidak boleh dipercayai lagi.

Puas mereka berkempen, memujuk, menekan, mengugut dan merasuah rakyat untuk mengembalikan sokongan tetapi tetap gagal. Di kemuncaknya diktator tua Mahathir terpaksa meletakkan jawatan untuk ditukarkan dengan seorang pengganti yang dicongak dapat memujuk rakyat, namun usaha itu pun gagal juga.

Setelah lebih 100 hari berkuasa, PM Lembik Dolah Badawi tidak dilihat sebagai apa-apa kecuali penyambung kepada kezaliman dan pembohongan Mahathir sahaja.

Rejim korup Umno BN akan berbuat apa sahaja untuk terus berkuasa kerana kehilangan kuasa bagi mereka adalah kehilangan segala-galanya. Mahkamah dan penjara sedang menanti mereka dan itulah yang paling mereka takuti.

Di dalam situasi serba terdesak ini, mereka telah kehilangan punca. Lihat sahajalah bagaimana Najib selaku TPM membeli malaun 12 untuk dihadiahkan kepada Dolah. Sedangkan PM Lembik dan ramai pemuka-pemuka Umno termasuk Dato Hishamuddin Ketua Pergerakan Pemuda  sendiri mempertikaikan tindakan Najib itu.

Hishamuddin tak suka malaun 12

Menurut Hisham: “Pemuda tidak perlu mengundang bekas ahli pemuda keADILan yang menyertai Umno untuk turun ke padang. Jika mereka merasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan semula keadaan, mereka boleh turun sendiri tanpa undangan rasmi, kerana kami tidak mahu dilabel golongan yang ingin mengambil kesempatan.”

Ertinya Hisham tidak menganggap kehadiran bekas ahli keADILan yang pernah memaki hamun dirinya dan Umno semahu-mahu itu sebagai penting. Ada pun tak apa, tak ada lagi baik.

Pemuda lembut itu diberitakan amat bimbang bahawa kemunculan `malaun 12 ` di pentas-pentas Umno nanti akan menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap parti itu. Bukan menjadi rahsia lagi sebaik-baik sahaja `malaun 12` itu diterima oleh Najib, berduyun-duyun ahli ahli Umno menghadiri ceramah BA untuk mengetahui cerita sebenar.

Bayangkan jika senario sebegitu berterusan sampai musim mengundi nanti, tidakkah itu menempah maut namanya!

Sokong saranan Azmin!

Penulis tidak menganggap Azmin Ali bercakap besar apabila beliau berkata tidak akan menghiraukan jeritan Lokman dan Malaun 12 serta bajingan-banjingan yang semabur dengan mereka. “Berambuslah segera” begitu kata Azmin ketika berucap di Taman Melewar pada malam 18 Februari sempena pelancaran Gempur 1 Selangor anjuran Badan Perhubungan Pas Selangor.

Azmin betul, Ezam betul, Khalid Jaafar pun betul, Wan Azizah dan MPT pun betul, semua pendokong BA dan Reformasi betul….. keberambuasan malaun 12 dan Lokman itu amat dialu-alukan.

Itulah hadiah yang paling istimewa dari BA dan rakyat buat Dolah-Najib Umno BN menjelang p/raya umum akan datang. Terima dan simpanlah mereka baik-baik.

Kesian Umno…. percaya betul mereka kepada bajingan-banjingan yang telah berhutang keliling pinggang dan dilanda pelbagai masalah peribadi itu .

Sebagai contoh, bukankah Lokman itu sendiri telah menceraikan kedua-dua isterinya dengan `talak 3` sekali gus sebaik-baik saja dia keluar dari ISA! dan Disember lalu khabarnya baru berkahwin di Narathiwat dengan hantaran RM8000.

Beberapa minggu sudah diberitakan Lokman telah memukul bekas isterinya Farrah kerana menuntut nafkah anak mereka. Farrah telah melaporkan peristiwa itu kepada polis. Yang lucunya Lokman menuduh tindakan bekas isterinya itu dihasut oleh Ezam.

Ingat Umno! Kata orang tua-tua mana-mana jantan yang suka-suka menceraikan bininya dengan `talak 3` silap-silap haribulan `malaun` itu boleh jatuh gila… gila talak. Apakah tidak wujud ciri-ciri gila talak itu pada Lokman ketika ini?

Kalaulah anak muda itu nanti benar-benar sudah gila talak, kahwinkanlah sahaja dia dengan Umi Hafilda… tentu Azmin Ali bersetuju meskipun beliau tidak sanggup menjadi wali. Tak apa YB! Kalau YB tak mau, Azwan bila-bila masa boleh menjadi wali.

- Inderaloka  - 21.02.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN