Lokman Disingkir, Zool Helmi melangkah gagah, 
Ezam terus candang merempuh!
Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) keADILan bertindak pantas apabila tidak mengambil masa yang panjang untuk menyingkir `pengkhianat perjuangan` daripada parti itu. Syabbas dan tahniah DS Presiden dan MPT sekelian! Semua pihak yang mendokong perjuangan rakyat menegakkan keadilan dan kebenaran begitu lega dan gembira.

Deformis muda Lokman Noor Adam bukan lagi ahli MPT keADILan bahkan status keahliannya pun gugur, tambah malang beliau tidak mungkin diterima lagi sebagai warga gerakan Reformasi.

Hanya gerakan deformasi Umno yang layak buat Lokman. Lantaran  itu Umno janganlah membuang masa untuk menerima kehadirannya, takut nanti kalau tertangguh-tangguh `bekas wira reformasi` itu akan gila sampai mati.

Walau MPT keADILan memberi peluang kepada bekas tahanan ISA itu untuk merayu dalam tempoh 21 hari dari tarikh pemecatannya berkuatkuasa pada 18 Februari, penulis menjangka pimpinan parti tidak semudah itu untuk `memaafkan` kesengajaan bekas ahlinya yang curang meskipun bertaraf pemimpin.

Ezam penyelamat

Apa pun, tanpa ketangkasan Ezam Mohd Noor Ketua Pemuda keADILan beraksi, hasrat  jahat segelintir `penggila-penggila` Umno untuk mencederakan parti daripada dalam pasti tercapai.

Tindakan berani pemuda gagah candang itu menyingkir Lokman daripada jawatan SU Pergerakan Pemuda pada 26 Januari lalu, merupakan suatu kenekadan yang bukan sahaja memeranjatkan `penggila-penggila` Umno itu tetapi turut merimaskan sebahagian pimpinan parti, penyokong dan pendokong BA serta Reformasi di peringkat awalnya.

Namun setelah terbongkarnya segala tembelang sebaik-baik saja `12 malaun` menggadaikan diri mereka kepada bekas boyfriend Ziana Zain, Najib Tun Razak, tidak ada apa lagi yang perlu diperkatakan melainkan mengikhtiraf ketepatan tindakan dan bacaan politik Ezam.

Lokman adalah sebahagian daripada rangkaian `penggila-penggila Umno` di dalam keadilan. Ertinya, tindakan nekad oleh Ezam ke atasnya itu, adalah merupakan suatu permulaan kepada proses pembersihan keADILan dan BA menjelang p/raya umum.

Mungkinkah lahir `malaun betina` ?

Meskipun khabarnya, seperti yang digembar-gemburkan oleh para penggila Umno tersebut, akan wujud gelombang kedua kemasukan sebilangan lagi pemimpin keADILan ke dalam Umno, tetapi setakat ini hal itu belum pasti akan berlaku.

Jika berlaku sekalipun, mungkin hanya akan melibatkan seekor dua musibat yang sudah malu alah kerana terlanjur menyertai `malaun-maluan`tadi. Diberitakan nama seorang tokoh wanita dilibatkan sebagai bakal defektor itu.

Harap-harap ianya hanya spekulasi sahaja atau tuan punya diri segera membatalkan niatnya agar tidak dilabelkan sebagai `malaun betina nombor wahid.’ Mungkin Puan Fauziah Salleh Ketua Pergerakan Wanita keADILan boleh membuat komen!

Langkah Zoolhelmi yang kian gagah

Zoolhelmi Yahya Ketua Pemuda keADILan Perak anak muda yang baru mencecah usia 25 tahun terus melangkah gagah sambil mendekel kepala rakan juang pemudanya  yang belot.

Beliau tidak segan untuk mengakui bahawa antara manusia yang mengajaknya menyertai wadah. perjuangan rakyat adalah malaun-malaun yang bernama Hamdan Taha dan Hanapiah Man.

Merekalah yang bertanggungjawab mengenalkan ABC politik dan alam perjuangan kepada Zoolhelmi. Namun `budi` yang telah ditabur, bukanlah  penghalang anak muda itu untuk tidak menyatakan sikapnya apabila berdepan dengan situasi yang mana dia harus memilih di antara kebenaran dan kepalsuan.

Malam kelmarin 18 Februari 2004 bertempat di Pejabat keADILan Gombak, anak muda itu bersumpah dengan kalimah ` Wallahi, Wabillah. Watallahi` di hadapan ribuan rakyat bahawa `Akuan Berkanun` yang buatnya untuk merakamkan  bahawa wujud amalan `politik wang` di dalam proses penyeberangan 12 malaun (Ruslan Kassim dan gengnya) dengan Najib Tun Razak adalah benar semata-mata benar.

Peristiwa menjual maruah yang dibuat oleh bekas-bekas pemaki hamun Umno itu berlaku di Istana Kediaman Najib dan di Hotel Quality KL pada malam 10 Februari lalu.

Tiadalah sumpah seorang mukmin yang paling tepat melainkan dimulai dengan ketinggian dan kemuliaan ketiga-tiga kalimah itu. Ada pun sumpah yang meminta `junjung Al–Quran` tidak termasuk di dalam kaedah bersumpah disarankan Islam, hanya `agama Umno` yang berkata begitu.

Jelas sejelas-jelasnya. Zoolhelmi meski masih terlalu muda jika dibandingkan dengan `veteran-veteran pemuda` (malaun-malaun) itu, beliau punya kekuatan moral, keyakinan dan prinsip untuk melayakan dirinya muncul sebagai tokoh yang akan memimpini rakan-rakan sebayaannya di dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Tidak sia-sialah Ezam mentarbiyyah  anak muda itu!

Najib Menggilai Ezam Seorang Bukan `12 Malaun – Lokman'

Di dalam majlis ceramah anjuran BA Gombak yang turut dihadiri oleh Dr Hatta Ramli, Azmin Ali, Ezam Mohd Noor, Dato Ismail Kamus dan Dato Dr Hassan Ali itu, Zoolhelmi juga sempat mendedahkan kepada umum bahawa bekas boyfriend Ziana Zain, Najib membayangkan bahawa TPM itu amat `menggilai` Ezam.

Sewaktu pertemuan `jual beli diri` di atas, Najib dikatakan tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila gagal memujuk Ezam menyertai Umno. Begitulah yang dibisikkan oleh suami Rosmah Mansur itu kepada Zoolhelmi.

Ertinya Najib tidaklah begitu ghairah meladeni (melayani) Ruslan dan geng-geng malaunnya dan terbukti belum apa-apa, bala telah pun mengunjungi beliau. Apa balanya itu?

Ezam buat laporan `politik wang` Najib pada SPR

Panik dengan `Akuan Berkanun` Zoolhelmi, bekas cucu Tun Ghaffar Baba, Zahid Mat Ariff (kalau ditempat penulis perkataan ` Ma`arif `ditujukan kepada berok), Hamdan Taha dan Hanapiah Man membuat repot  agar polis segera menyiasat `akuan berkanun` yang mereka dakwa palsu.

Tiba-tiba sahaja mereka dihinggapi penyakit `pengecut dan bacul` pemuda Umno pimpinan Hishamuddin yang pernah dimaki hamun oleh Zahid dan Hanapiah sebagai `pondan Siam-Bangladesh, berselindung di belakang polis untuk berdepan dengan pemuda BA!

Seperti kelazimannya, pasukan polis yang sentiasa bersiap sedia memperhambakan diri kepada Umno segera memburu Zoolhelmi sebaik-baik sahaja repot berkenaan diterima pada 17 Februari lalu. Sehingga artikel ini ditulis jam 11.20 pagi 19 Februari, Zoolhelmi masih belum lagi disiasat.

Apa pun Ketua Pemuda keADILan Perak itu bersedia untuk berdepan dengan polis pada bila-bila masa.

Malaun 12 yang menjangkakan Ezam dan rakan juangnya akan mengendur apabila `akuan berkanun` Zoolhelmi sudah dilaporkan  kepada polis untuk tindakan selanjutnya, akhirnya terperangkap dengan mainan mereka sendiri.

Pada majlis yang sama malam kelmarin 18 Februari, Ezam Mohd. Noor berjanji di hadapan ribuan rakyat marhaen yang membanjiri perkarangan pejabat keADILan Gombak dan sekitarnya, bahawa pada jam 11.00 pagi tanggal 19 Februari beliau akan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang amalan politik wang Najib Tun Razak.

Jika SPR benar-benar bebas, berdasarkan pindaan akta p/raya yang baru digazetkan maka kesalahan Najib itu jika terbukti kebenarannya akan menghilangkan kelayakan TPM itu untuk bertanding pada p/raya umum akan datang.

Bertegas akan rentap Najib

Tegas Ezam lagi andainya SPR masih mahu diperkuda-kudakan oleh Abdullah Badawi Umno –BN dengan menyebelahi Najib, maka pemuda gagah candang itu tiada pilihan lain kecuali merentap Najib tak kira di mana pada p/raya umum akan datang.

Hasrat tersebut telah disampaikan sendiri oleh beliau kepada Azmin Ali, Pengarah P/Raya keADILan dan Dato Mustaffa Ali Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat.

Kesimpulannya keADILan, BA serta gerakan Reformasi bertambah padu dan mantap, bukan sekadar tidak terjejas malah menyaksikan lonjakan sokongan yang tidak disangka-sangka lebih-lebih lagi semenjak isu `Lokman dan malaun 12` itu  tiba-tiba muncul.

Ketahuilah! Di sebalik kesemua itu `isu Anwar Ibrahim` tetap terkedepan sebagai penyemarak dan penerus perjuangan rakyat menentang kezaliman sang penguasa.

Isu tersebut tetap segar dan inilah yang mengecutkan hati dan perut Mahathir-Dolah-Najib dan rejim korup Umno BN. Justeru itu jangan sesekali lupakan Anwar!

- Inderaloka  - 19.02.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN