Awas! Pak Lang Reformasi Palsu Sedang Merasuk
Pak Lang Reformasi Mengkagumi Roslan

Pak Lang Reformasi melalui artikelnya (Tergamak Inderaloka Menghina Ruslan...) yang disiarkan oleh Laman Marhaen dan Forum Gerak Reformasi pada 15.2.2004 mendakwa beliau masih mampu bertahan apabila Inderaloka menghina Lokman, namun hilang sabar apabila `Ruslan yang banyak berjasa` itu turut dihina sebaik-baik sahaja malaun itu kembali ke pangkalan jalan (sesat) menyertai Umno.

Yang menarik, Pak Lang Reformasi tanpa sebarang keraguan telah menuduh Sdr. Rosli Ibrahim (saudara kandung DSAI) sebagai Inderaloka. Seterusnya dia memberi amaran kepada Rosli dan siapa sahaja dari kalangan famili Anwar agar tidak terlibat di dalam konflik yang melibatkan pimpinan keADILan.

Pak Lang Reformasi juga mengambil kesempatan untuk melambung setinggi-tingginya segala jasa Ruslan seolah-olah hanya malaun itu sahaja yang telah `menghidupkan` keADILan di samping membelasah Ezam, Azmin dan Dato Wan Ismail (ayah DS Wan Azizah) sebagai penyonglap dana parti.

Nampaknya seorang lagi watak baru cuba dihidupkan untuk meyakinkan `khalayak` bahawa penyelewengan terhadap dana parti itu benar-benar wujud.

Seperti yang telah saya dedahkan di dalam artikel lepas, bahawa isu `penyelewenngan dana parti` ini mula bergema di dalam kempen pemilihan ahli MPT keADILan pada 2001 dulu.

Kem yang menyokong Roslan, Anwar Tahir dan Gobala Krishnan sebagai calon Naib Presiden telah menjadikan isu tersebut untuk menewaskan Azmin Ali dan dua orang lagi calon Naib Presiden iaitu Tian Chua dan Sheikh Azmi. Hasilnya kem Ruslan tewas.

Anwar Tahir dan Gobala Krishnan difahamkan tidak berminat untuk melibatkan diri dengan isu tersebut berbeza dengan Roslan yang begitu beriya-iya meyakinkan para perwakilan.

Skrip kempen Ruslan ketika itu sama seperti yang ditulis oleh Pak Lang Reformasi di dalam artikelnya tadi. Nama Rosli Ibrahim dibabitkan sebagai orang yang `amat mengetahui` tentang selok-belok kononnya wujud penyelewengan dana parti.

Kenalilah Mana Satu Pak Lang Reformasi Tulen dan Palsu

Kesimpulan yang dapat saya rumuskan bahawa hamba Allah yang mengakui diri sebagai Pak Lang Reformasi bukanlah Pak Lang Reformasi yang tulen.

Pak Lang Reformasi yang tulen adalah adik ipar DSAI. Semua warga keADILan dan Reformasi amat mengenali beliau. Mustahil beliau sanggup menganjurkan fitnah.

Sebagai di antara famili yang terapat dengan DSAI, Pak Lang belumlah lagi hilang kewarasan dan laparkan duit untuk mengkhianati perjuangan rakyat dan abang iparnya sendiri.

Penulis pada mulanya tidak berhasrat mahu melayani Pak Lang Reformasi palsu itu, namun apabila nama Rosli dibabitkan, penulis rasa terpanggil untuk menafikan serkap jarang yang telah dibuat oleh seorang lagi musibat layak digelar malaun.

Kalau siang-siang serkap jarang itu ternyata dibuat sesedap rasa dan nafsunya, apakah saudara-saudara masih ingin mempercayai butir-butir penulisannya sesudah itu? Pasti anda tidak akan mempercayainya melainkan kalian terlalu mudah untuk dipertolol-tololkan!

Sebenarnya Inderaloka bukan Rosli Ibrahim. Inderaloka tidak langsung mempunyai pertalian kerabat dengan Anwar.

Pak Lang Reformasi Palsu Sama Malaun Dengan Roslan

Kalaupun Inderaloka dilihat sebagai pembela perjuangan Anwar (Reformasi-Islah) dan segala pendokongnya, ia semata-mata didorong oleh penghayatannya terhadap prinsip perjuangan yang sama.

Buat malaun seperti PLR palsu dan yang semabur dengannya, sampai bila pun mereka tidak akan mengerti hakikat perjuangan sebenar. Seseorang itu tidak perlu menjadi kerabat rapat kepada mana-mana tokoh perjuangan untuk beriltizam dengan `perjuangan` itu.

Rapat dan renggangnya seseorang atau kelompok juang itu dengan sang ketua bukan menjadi ukuran mutlak untuk menguji kesetiaan mereka kepada perjuangan yang didokong.

Umpamanya siapa tak kenal dengan Roslan Kassim yang begitu hebat mengapit Anwar ketika mula meledaknya Reformasi sehinggalah malam 20 September 98, apabila Wira Rakyat itu dipisahkan daripada dunia bebas oleh sang penguasa zalim Mahathir dan kroni-kroninya.

Selain Roslan, banyak lagi malaun-malaun yang mahu dilihat sebagai benteng-benteng Anwar di saat itu, tak perlulah disebut satu persatu (rasa nak termuntah kalau menyebutnya), namun akhirnya tidak ramai yang sanggup berkongsi derita dengan Anwar.

Mereka hanya sanggup berkongsi bahagia tatkala Anwar masih boleh diharapkan untuk memenuhi tuntutan nafsu mereka yang tidak pernah-pernah jemu membaham habuan.

Kini saya cukup pasti bahawa tidak ada bezanya di antara Roslan Kassim dengan malaun-maluan lain yang sudah lama bersekongkol dengan Mahathir dan Dolah Badawi menzalimi agama, bangsa dan tanahair.

Apa ertinya semua itu? Jawabannya amat mudah, walaupun Roslan dan 11 malaun lain telah lima tahun lebih ditarbiyyah oleh `perjuangan` namun masih gagal untuk membebaskan jiwa mereka dari `akidah khurafat` bahawa hanya Umno sahajalah satu-satunya pemberi rezeki dan pentadbir yang terbaik di alam ini!

Jiwa seperti mereka memang tidak layak untuk tinggal lebih lama di dalam wadah Reformasi – Islah. Terima kasih di atas kesudian Umno mengangkut mereka keluar dengan kadar bayaran lebih rendah dari harga sebuah Produa-Kancil yang baru.

Pak Lang Reformis Palsu,Deformis Gelong?

Akhirnya teramat sukacitalah saya untuk mengisytiharkan kepada seluruh warga Reformasi dan BA bahawa Pak Lang Reformasi palsu itu, adalah malaun yang ke-13 sesudah Roslan, Zahid MA, Hanapiah Man, Hamdan Taha berserta 8 malaun lain!

Lebih istimewa jika malaun ke-13 itu adalah seorang deformis yang kian merewang dan mereng akalnya.

Sejak dihumban keluar daripada kelompok Reformasi, deformis itu kelihatan tak jemu-jemu untuk menukilkan `hikayat-hikayat dongeng` bagi memburuk-burukkan imej pemimpin dan parti yang pernah dianggotainya.

Siapa lagi yang mahu mempercayainya? Kalangan tertentu di dalam Umno sendiri ( Kem Dolah Badawi )sudah pun melabelkan 12 malaun yang baru melompat sebagai `12 Budak Hitam.

Bukan itu sahaja, malah kem Dolah terang-terangan menyindir bekas boyfriend Ziana Zain – Najib Tun Razak sebagai `berjiwa kecil` tidak layak memimpini warga Umno, kerana keghairahan TPM itu menarik semula bekas-bekas ahli yang pernah memaki hamun semahu-mahunya Umno dan pimpinannya ketika bersama-sama dengan keADILan..

Begitu pendirian kem Dolah Badawi di dalam `mengalu-alukan` kepulangan semula 12 orang malaun itu, bagaimana pula tanggapan mereka terhadap seorang lagi malaun?

Kalaulah Umno masih sudi menerima deformis segelong itu, sahlah sudah! `Confirmed 100 persen` Umno memang parti Gila! (kalau ikut kata Roslan dulu, Umno parti babi gila bukan lagi gila babi…) kalau tak percaya tanyakanlah dia! Itu pun jika dia masih belum lagi dihinggapi sawan babi gila …!

- Inderaloka  - 17.02.2004 - (suntingan M@RHAEN)
Artikel terdahulu: Inderaloka: Selamat Berambus Zahid Mat Arif  and Klik!

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN