Sekadar Menang Di Luar Gelanggang, Itulah UMNO/BN...
UMNO/BN tidak akan mampu mencapai kemenangan BESAR sebagaimana yang mereka HEBOH-HEBOHKAN ke seantero dunia oleh MEDIA SAKIT MERACAU, kononnya UMNO/BNlah yang hebat di bawah Pak Lah. Siapa yang kata?

Sebenarnya, hanya kaum UMNO/BN yang berkarat hitam pekat saja yang berperasaan konon mereka telah MENANG BESAR kali ini. Hakikatnya UMNO/BN tidak akan mampu menang seperti yang mereka perolehi dalam pilihan raya umum ke 11 yang baru lalu 21 Mac 2004 itu, tetapi PERANCANGAN DAN KONSPIRASI JAHAT PARA PEMIMPIN UMNO/BN YANG GILA KUASA, PROJEK DAN NAMA BERSAMA PENGERUSI SPR, JABATAN PENDAFTARAN NEGARA DAN MUSUH ISLAM DI NEGARA INI yang telah mengatur rencana jahat mereka sejak awal 2000, apabila UMNO kecundang kepada PAS dan KeADILan pada pilihan raya umum 1999. Buktinya bila SPR dalam keadaan gila dan meracau membuat usul persempadanan baru, menggubal akta pilihan raya yang semata-mata menguntungkan UMNO/BN seperti menaikkan deposit calon antara RM5,000 untuk DUN dan RM10,000 untuk deposit pencalonan di peringkat Parlimen.

Penipuan demokrasi terbesar semakin terbongkar dan semakin memualkan rakyat, betapa UMNO/BN sekadar menang atas penipuan yang terancang. Tunggulah akibatnya menimpa para pemimpin UMNO/BN, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara, tidak di dunia ini, pasti di akhirat kelak mereka akan disoal sehabis-habisnya akibat kerja penipuan proses demokrasi dan pilihan raya dalam negara ini.

UMNO Mahu Hapus Kuasa Melayu dan Islam

Islam tidak menyuruh kita anti kepada mana-mana kaum dalam negara ini atau dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Tetapi, Islam menekankan aspek keadilan sejagat untuk semua. Cara UMNO bela orang Melayu ialah rampas tanah rizab Melayu, rampas kuota pelajar Melayu/bumiputera di MRSM bagi kepada kaum lain secara paksa, pecahkan kawasan undi Melayu ramai dalam persempadanan pilihan raya baru-baru ini, tidak menambahkan kawasan DUN dan Parlimen di kawasan yang didominasi Melayu/Islam seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Sepatutnya, UMNO dan para pemimpinnya berpandangan jauh untuk mengukuhkan kuasa politik Melayu/Islam dalam DUN dan Parlimen.

Kenapa pemimpin Melayu dalam UMNO/BN takut dan tidak sukakan bahawa akan lebih ramai pemimpin Melayu/Islam lahir atau muncul dalam DUN dan Parlimen? Berbeza dengan pemimpin politik kaum Cina atau pengundi Cina mereka mahu pemimpin kaum mereka yang hebat dan berkualiti muncul di DUN atau Parlimen untuk menyuarakan aspirasi mereka. MCA, GERAKAN, LDP, SAPP dan lain-lain parti kaum Cina lebih suka ada pembangkang di kalangan mereka sama ada dalam DUN atau Parlimen. Kerana itu, kali ini dalam PRU 2004 parti pembangkang kaum Cina DAP tetap konsisten berada di Parlimen dengan 12 wakil berbanding PRU 1999 hanya 10 ahli Parlimen DAP.

Orang Melayu/Islam, khususnya orang-orang Melayu UMNO tidak suka bahawa ada ahli Parlimen pembangkang dari kalangan pimpinan PAS, KeADILan dan PRM yang berkualiti dan hebat berbahas dalam Parlimen. Kalau dulu selepas PRU 1999 pembangkang yang mewakili pengundi Melayu/Islam seramai 31 ahli Parlimen (PAS 27 dan KeADILan 5), kali ini selepas PRU 2004 baru-baru ini 21 Mac 2004, pembangkang yang mewakili kaum Melayu/Islam merudum sehingga tinggal 8 ahli parlimen (7 PAS dan satu KeADILan). Siapa yang rugi mengurangkan suara pembangkang mewakili kaum Melayu/bumiputera/Islam di Parlimen? Tepuk dada tanya iman, ketuk kepala tanya akal. Dan ketuk kepala lutut siapa yang bodoh?

Inilah realiti sikap dan orang Melayu, khususnya UMNO dan para pemimpinnya yang berjiwa kecil dan pengecut kalau boleh mereka tidak mahu ada lagi pemimpin PAS dan KeADILan duduk dalam DUN dan Parlimen. Sebab bagi mereka kehadiran pemimpin hebat dan berkualiti dalam PAS dan KeADILan boleh menyusahkan dan menyesakkan nafas para pemimpin UMNO/BN bila berdebat dalam Parlimen. UMNO hanya mahu pemimpin berjiwa pengampu, pak turut dan mak turut seperti yang ada sejak sekian lama. Seluruh pemimpin UMNO yang dibela oleh Mahathir adalah pemimpin mentaliti AYAM DAGING, berjiwa politikus itik... angguk... yes... angguk... no... angguk-angguk sampai mampus. Hatta dalam perkara salah, rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan segala macam penipuan mereka akan angguk macam itik, sekalipun akhirnya mereka disembelih dan dilahap oleh pelahap-pelahap politikus UMNO/BN yang rakus dan rosak.

Sudah banyak analisa demi analisa dihamburkan dan ditabur betapa berteraburnya dan takburnya SPR mendabik dada mendakwa merekalah yang terbaik mengendalikan pilihan raya, sama dan serupa dengan para pemimpin UMNO/BN yang dimenangkan oleh pengadil SAKIT GILA SPR yang rosak dan cacat yang dikepalai oleh Rashid.

Rakyat bukan mempertikaikan parti yang menang atau kalah. Rakyat bukan pertikaikan UMNO/BN menang. PAS, KeADILan kalah teruk dan DAP menang lebih sikit kerusi berbanding 1999 dulu. Tetapi, emosi, kesabaran dan
kebijaksanaan rakyat Malaysia yang bijak, cerdik dan memahami erti demokrasi dan kebaikan benar-benar DIUJI dan TERCABAR oleh tindak-tanduk SPR yang dipengerusikan oleh PESAKIT GILA Datuk Rashid. Manusia ini TIDAK LAYAK untuk mengetuai apa saja jawatan dalam mana-mana institusi dalam negara, kecuali menjadi pengerusi tetap UMNO/BN bolehlah.

Datuk Rashid sejak awal mengambil alih jawatan pengerusi SPR sudah melihatkan sikap berat sebelahnya kepada parti UMNO/BN dalam banyak perkara. Apakah Datuk Rashid terlalu BODOH untuk membezakan fungsinya sebagai seorang pengerusi SPR, sebuah suruhanjaya yang BEBAS. Sepatutnya, dia wajib menarik diri dari menjadi pengerusi SPR sekiranya dia tidak mampu untuk berlaku adil kepada semua parti.

Menang Kerana Pengadil SAKIT GILA

UMNO/BN berkepalakan Pak Lah & Najib hakikatnya TIDAKLAH KUAT MANA. Semua rakyat tahu UMNO/BN dan para pemimpinnya majoriti kaki RASUAH, ROSAK MORAL, KAKI PROJEK, KAKI SAMSENG, KAKI JUDI, KAKI BETINA dan BANYAK MENYALAHGUNAKAN HARTA RAKYAT DAN KERAJAAN.

Kemenangan UMNO/BN serupa dengan kemenangan PERTARUNGAN di luar gelanggang yang diadili oleh PENGADIL yang SAKIT GILA, Rashid pengerusi suruhanjaya pilihan raya UMNO/BN.

Kalah menang adat pertandingan. Tetapi, kemenangan itu orang akan pertikaikan bila cara pertandingan itu dilakukan secara tempang, banyak membelakangi peraturan dan lebih TERUK bila pengadilnya juga adalah mereka yang SAKIT GILA seperti Datuk Rashid dan rakan-rakan sejiwanya yang berada dalam kandang SPR yang dipagari dan dikawal oleh gembala-gembala UMNO/BN.

Di gelanggang, lawan digari, mata ditutup, kaki diikat, mulut disumbat dan peraturan dikoyak-koyakkan, kemudian diadili oleh pengadil SAKIT GILA. Pasti kuat dan hebat manapun lawan UMNO/BN, kemenangan sudah diatur untuk pastikan UMNO/BN terus menang konon bergayalah PakLah sampai tak sedar Datin Seri Endon dicium oleh ketua pemuda pondan UMNO pada malam merayakan kemenangan BESAR DALAM PENIPUAN BESAR UMNO/BN bersama rakan kongsinya yang paling akrab SPR yang mengendalikan pilihan raya dan Jabatan Pendaftaran Negara yang mengesahkan dokumen IC untuk pengundi HANTU RAYA UMNO/BN yang telah dibela sekian lama dalam kandang UMNO/BN di SPR, Jabatan Pendaftaran Negara, kem tentera dan lain-lain tempat yang tidak diketahui, cuma dilepaskan bila waktu pilihan raya 2004.

Demikian, serba ringkas pengamatan dan pemerhatian penulis. Sebenarnya, masih banyak isu dan realiti ketempangan pengendalian pilihan raya baru-baru ini oleh SPR berkepalakan SI GILA SAKIT OTAK Rashid... yang tidak BERWIBAWA dan tak bernilai sesen pun kepada agama, bangsa dan negara Malaysia. Kata orang lempar kat sungai buayapun tak makan. Teruknya manusia macam Rashid SPR. Harap-harapnya tidak akan ada lagi manusia macam Rashid dan konco-konconya lahir di muka bumi Malaysia ini. Selamatlah SPR, selamatlah rakyat Malaysia dan selamatlah agama, bangsa dan tanah air yang kita cintai ini. Dengan ini, juga rakyat Malaysia menuntut agar Datuk Rashid dan rakan-rakan sehati busuknya dalam SPR itu berambus atau letak jawatan secara sukarela. Muka tak guna sesen!!!

Siasat SPR, kembalikan wibawa SPR dan seluruh sistem negara ini dari diperkudakan oleh UMNO/BN yang gila kuasa.

Ibn Sabah,
26.3.2004M - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN