PRU 2004: Tugas Rakyat Merubah Pemimpin;
Tumbangkan Najib dan Tumbangkan Pak Lah
Baginda Nabi s.a.w. telah mengingatkan kita (umat Islam) bahawa JIHAD paling besar ialah berkata benar di depan Raja (pemerintah) yang zalim, jahat dan cenderung kepada berbuat zalim. Jadi, pilihan raya ke-11 ini adalah peluang keemasan rakyat Malaysia yang majmuk untuk merubah pimpinan negara dari terus dikuasai oleh UMNO/BN dan sekutunya yang terlalu JELAS  dan NYATA dengan bukti-bukti kukuh bahawa pimpinan UMNO/BN sekadar mahu berkuasa dalam negara ini BAGI MENJAGA PERUT BUSUK MEREKA, MEMELIHARA PERUT ANAK BINI, KRONI-KRONI, TAUKE-TAUKE, KORPORAT-KORPORAT yang menjadi proksi-proksi penguasa untuk menyelamatkan kuasa mereka DENGAN MERASUAH RAKYAT SETIAP KALI PILIHANRAYA, UNDI DIBELI DENGAN WANG RINGGIT ratusan juta ditabur setiap kali musim pilihan raya, bagi mereka itu tidak menjadi hal. Sebab selepas kuasa kembali dalam tangan ribu juta atau billion-billion mereka akan dapat. Inilah mainan politik jahat UMNO/BN selama Mahathir berkuasa dalam politik negara ini, sebagaimana yang didedahkan dalam satu tulisan yang dikirim dalam laman marhaen bertajuk: Selamatkan Pak Lah.

Rakyat Malaysia yang majmuk sama ada orang Melayu, Cina, Iban, Kadazan, Murut, Bajau, bumiputera Sabah/Sarawak dan seluruh kaum di Malaysia hendaklah menyedari hakikat ini.

Masa inilah masa terbaik untuk kita merubah kepimpinan negara Malaysia yang kita cintai ini. Tumbangkan Pak Lah di Kepala Batas, tumbangkan Najib di Pekan. Kerana dua kepala ini tidak akan membawa rakyat dan negara Malaysia kepada kepimpinan yang lebih baik. Yakin dan percayalah bila negara atau negeri dipimpin oleh pemimpin yang baik, berakhlak, beriman, berilmu dan berjiwa rakyat seperti TG Nik Aziz, TG Hadi Awang, Dr Hassan Ali, Dr Haron Din, DS Dr Wan Azizah, Dr Syed Husin, Ustaz Hasan Shukri, Ustaz Azizan Razak, Lim Kit Siang, Tian Chua, Sdr Saifuddin, Mohammed Sabu, Husam, Mahfuz Omar, Karpal Singh, Kamaruddin Jaafar, Mustafa Ali, Ust Nasharuddin, Ezam, Azmin, Zulkifli Nordin, Sdr Abdul Rahman dan lain-lain Malaysia akan lebih baik, kepimpinan negara akan lebih sempurna, ekonomi negara akan dapat dibaiki dan rakyat akan lebih selesa hidup mereka.

Sebab telah diketahui umum bahawa kepimpinan BA/PAS/KeADILan/PRM, DAP dan pembangkang yang lain adalah pimpinan yang terasuh dalam kehidupan yang amat sederhana. Mereka mengutamakan kepentingan rakyat dan negara. Mereka tidak tamak haloba untuk merebut projek untuk kepentingan diri, keluarga, kroni atau proksi mereka.

MARILAH KITA BUKA MATA, BUKA AKAL, BUKA HATI DAN BUKA FIKIRAN dengan tenang sambil berfikir dan BERTEKAD UNTUK MENUMBANGKAN SEMUA PIMPINAN UMNO/BN Perlis hingga ke Sabah. Paling penting ialah tugas besar rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, suka kerajaan yang baik dan adil, benci kezaliman, rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan TOLAKLAH DAN TUMBANGKAN SELURUH PIMPINAN UMNO/BN DI SEMENANJUNG. Insya-Allah, bila UMNO/BN kalah teruk dan tumbang di Semenanjung pasti UMNO/BN Sabah dan Sarawak akan tumbang secara automatik. Kerabat BN di Sabah dan Sarawak sekadar angkuh sombong kerana bapa UMNO/BN di Kuala Lumpur kuat. BN Sabah dan Sarawak sekadar bergantung nyawa dengan BN Kuala Lumpur.

Akhirnya, orang Sabah dan Sarawak khasnya rakyat yang cintakan keadilan, kesaksamaan dan kerajaan baik amat berharap agar rakyat Malaysia di semenanjung MEMBUAT PERUBAHAN BESAR DI KUALA LUMPUR/SEMENANJUNG DENGAN MENUMBANGKAN KERAJAAN UMNO/BN YANG ZALIM ITU dan DIGANTIKAN DENGAN PIMPINAN BARU DALAM PARTI BA/PAS/KEADILAN/PRM dan barisan pembangkang seperti DAP.

Ingatlah, bahawa kepimpinan warisan Mahathir yang dikepalai Pak Lah dan Najib hari ini sekadar lipstik atau kosmetik. Hakikatnya dua mereka ini sekadar meneruskan agenda jahat dan buruk manusia bernama Mahathir. Benar, 20 tahun Mahathir menguasai politik negara ini dengan satu agenda paling jahat bahawa geng atau group Mahathir dan Najib akan dipasakkan sebagai penguasa mutlak dalam politik negara ini. Awas!!! sebelum lebih teruk dan parah RAKYAT MALAYSIA YANG MAJMUK DARI PERLIS hingga SABAH hendaklah menutup jalan kejahatan mereka itu. TUMBANGKAN SEMUA CALON UMNO/BN, TUMBANGKAN NAJIB DI PEKAN, TUMBANGKAN PAKLAH DI KEPALA BATAS. Dan WAJIBKAN DIRI ANDA MENGUNDI BA/PAS/KEADILAN/PRM DAN PARTI-PARTI PEMBANGKANG LAIN SEPERTI DAP DAN LAIN-LAIN.

Lawan tetap lawan
Lawan sampai menang

UNDILAH CALON-CALON BA/PAS/KEADILAN DAN PEMBANGKANG LAIN DAP DI KAWASAN ANDA.

TAKBIR 3 X
REFORMASI 3 X

Ibn Sabah,
18.3.2004M - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN