Awas! Penasihat Petronas, Gambar Mahathir Belum Diturunkan 
Bila Qarun Menjadi Penasihat Ekonomi

Tidak mengejutkan berita dalam Utusan hari ini 28 November 2003 Tun Mahathir dilantik sebagai penasihat Petronas. Rakyat tahu Petronas adalah khazanah kekayaan negara ini. Petronas juga merupakan sumber ekonomi dan kekayaan negara dan rakyat Malaysia.

Cerita manusia bernama Qarun, kisahnya disebut dalam kitab suci al-Quran. Qarun hidup di zaman Nabi Musa a.s. Kisah tamak haloba, kukufurannya dan sombongnya telah dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran.

Petronas melantik Tun Mahathir bekas PM yang bermaharajagila lebih 20 tahun di bumi Malaysia sebagai Penasihat Petronas. Dia bukan sahaja mahu mendominasi kuasa politik. Rakyat yang berakal celik, dewasa dan bijaksana dapat melihat lagaknya mahu menjadi MANUSIA SERBA TAHU...padahal dia cuma seorang doktor. Inilah lagak Qarun kerana memiliki harta yang sangat banyak.

Kita sebagai rakyat amat berasa bimbang bila Tun Mahathir dilantik menjadi penasihat Petronas. Cerita Petronas diminta membillout segala jenis korporat belaannya dari anak-pinak, kroni dan suku-sakatnya sudah menjadi bukti terhadap sikap Tun Mahathir yang TIDAK AMANAH dalam mengendalikan harta rakyat dan negara selama dia berkuasa sebagai PM 20 tahun lalu. Kenapa ini tidak difikirkan oleh pengurusan Petronas tentang peribadi dan latar belakang seorang penasihat yang hendak mereka lantik.

Memaksa Petronas berbelanja besar untuk membina bangunan mega-mega dan besar atas nama pembangunan negara dan kemajuan. Memang rakyat tidak menolak sebarang bentuk pembangunan dan kemajuan. Tetapi, hak rakyat negara ini untuk mempersoalkan setiap pembangunan itu hendaklah benar-benar memberi untuk yang sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia yang jumlahnya lebih 23 juta. Bukan untuk dinikmati oleh dua tiga kerat korporat keparat belaan penguasa.

Sekadar mengenang jasa Mahathir BELUM CUKUP menjadi syarat mudah untuk Petronas melantik Tun Mahathir menjadi penasihat Petronas. Bukan kerana kebolehan dan kepakarannya dalam bidang petroleum dan pengurusan ekonomi. Sebagai penasihat Panel doktor Petronas Mahathir lebih layak. Tetapi, bukan untuk menasihat pengurusan Petronas.

Kebimbangan rakyat, bila cengkaman pengaruh bayangan hantu Mahathir terus merasuk seluruh jentera pentadbiran negara ini termasuk Petronas. Ekonomi Malaysia tidak akan menjadi lebih baik daripada apa yang sedang terjadi sekarang hasil peninggalan Mahathir sendiri.

Rakyat boleh mencaturkan satu formula mudah. Mahathir sebagai penasihat Petronas tentu harapan untuk memperbaiki pengurusan Petronas lebih telus dan profesional tinggal mimpi di siang hari. Mahathir akan menasihatkan Petronas supaya terus menahankan hak ROYALTY MINYAK kepada rakyat dan kerajaan negeri Terengganu. Mahathir akan menasihatkan Petronas supaya membantu seluruh anak-pinak, ipar-duai, cucu-cicit, kroni dan korporat belaannya yang bankrap. Kalau ketika Mahathir jadi PM boleh mengarahkan Petronas buat itu ini. Apa lagi ketika dia dilantik sebagai penasihat mutlak kepada Petronas. Mahathir akan berada lebih atas daripada kuasa PM ehsan, Pak Lah sekarang. Mahathir akan menjadi Tok Dalang wayang kulit di balik kuasa Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.

Janji Mahathir tidak akan mengganggu urusan negara, cuma satu lakonan. Bayang Mahathir, hantu raya Mahathir masih berkeliaran di seluruh sistem pentadbiran, ekonomi, politik, pendidikan, keselamatan dan pejabat Perdana Menteri. Pak Lah sekadar boneka???

Gambar Mahathir Masih Belum Diturunkan, Kenapa?

Hingga kelmarin, 27 hari Pak Lah jadi PM, gambar Mahathir masih bergantung di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. Sepatutnya gambar Pak Lah sebagai Perdana Menteri sudah digantung di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta.

Mana kecekapan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman dalam mengarahkan semua jabatan kerajaan dan swasta supaya menurunkan gambar Mahathir dengan menggantikan gambar Pak Lah sebagai PERDANA MALAYSIA yang baru.

Bayang hegemoni dan penguasaan Mahathir mesti dihapuskan dari semua jentera dan sistem negara, andai Malaysia mahu lebih cemerlang, aman, bebas dan demokratik.

Adalah TIDAK MUNGKIN SEORANG PENYAMUN/PENYANGGAK BOLEH MEMBERIKAN NASIHAT YANG BAIK UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT, NEGARA, PETRONAS DAN ORANG LAIN.

PERASUAH TIDAK MUNGKIN BOLEH MENASIHATKAN LEBIH BAIK KEPADA ORANG YANG TIDAK MELAKUKAN RASUAH.

ORANG TAMAK DAN SERAKAH SEPERTI QARUN TIDAK MUNGKIN MENASIHATKAN ORANG LAIN SUPAYA HARTA KEKAYAAN ITU DIAGIHKAN SAMA RATA KEPADA ORANG LAIN.

RAKYAT BOLEH MELIHAT KES ROYALTY MINYAK KEPADA RAKYAT DAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU. APAKAH PETRONAS SALAH MENERIMA NASIHAT DARI KUMPULAN QARUN YANG TAMAK, RAKUS DAN SERAKAH ITU.

Mari, fikir-fikirkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia yang majmuk 23 juta lebih. Bukan sekadar berfikir untuk keuntungan dua tiga kerat golongan berjiwa Qarun.

TIADA PERUBAHAN JUGA. PERUBAHAN HANYA BAKAL BERLAKU BILA KEPIMPINAN BA/PAS/KEADILAN/PRM DAN GABUNGAN PEMBANGKANG DI NEGARA INI MENGAMBIL ALIH TAMPUK KEPIMPINAN NEGARA SELEPAS PRU KE 11 NANTI. INSYA-ALLAH.

PM KE 6 IALAH DS ANWAR IBRAHIM/DS HADI AWANG/DS WAN AZIZAH/DR SYED HUSIN ALI.

Ibn Sabah - 28.11.2003M - (suntingan M@RHAEN)

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: