Pak Lah Sedang Menunjukkan Keyakinannya? 
19 Tahanan Akta Kejam ISA Dibebaskan: Satu Bonus Kepimpinan PM Baru

Sekalipun, ramai di antara reformis masih tidak menyakini 100% ketokohan dan kepimpinan Pak Lah selaku PM yang baru selama 27 hari. Namun, ada sedikit penonjolan yang cuba dikumandangkan oleh Pak Lah tentang suara-suara positifnya yang mahu digarapkan dalam kepimpinannya sebagai peneraju eksekutif dalam negara demokrasi ini. Seperti suaranya tentang tantangannya terhadap gejala rasuah yang sudah diperingkat kronik sejak si tua itu menjadi PM lebih 20 tahun, tidak pernah diselesaikan secara serius, kemudian suaranya tentang ekonomi, pentadbiran, politik dan paling melekat di petak minda penulis ialah kata-katanya 'jangan berkerja untuk saya, tetapi berkerjalah bersama saya...' Pak Lah yang dilabel dengan pelbagai labelan...bermula dengan Mr. Clean, PM ehsan, klon Mahathir, proksi Mahathir dan macam-macam lagi. Tetapi, bagi penulis, Pak Lah masih berhati-hati, malah amat berhati-hati dalam tindak-tanduk kepimpinannya. Dia tidak menonjolkan kegelojohannya. Walaupun, sesekali nampak sikap gelojohnya. Memecat Dollah Kok Lanas dari jawatan ketua pengarang di NSTP baru-baru ini menyerlahkan satu kegelojohan Pak Lah. Ketika itu Dollah Kok Lanas sedang bertugas di luar negara dengan mempromosi dasar Pak Lah sebagai PM Malaysia.

Dosa itu ditutupnya dengan tindakan drastik pembebasan 19 tahanan di bawah Akta drakonian ISA made in penjajah pada 24 November 2003 yang lalu sebelum 1 Syawal, 1424. Secara sepintas lalu, keputusan kepimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri adalah satu tindakan amat wajar. Daripada 19 tahanan ISA itu, empat adalah pelajar yang diISAkan ketika tiba di airport KLIA dari Pakistan. Selebihnya adalah mereka yang sudah ditahan sejak 3 tahun lalu semasa zaman Mahathir masih menjawat PM. Apakah dosa kezaliman itu boleh ditutup-tutup dengan satu tindakan lain, tetapi kezaliman terusnya dipertahankan!!!

Pak Lah Mesti Lebih Berani

Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Pak Lah mempunyai kuasa penuh untuk membebaskan semua tahanan Akta ISA yang dilakukan zaman Mahathir menjadi PM dulu. Inilah masa terbaik Pak Lah untuk meningkatkan popularitinya sebagai PM. Tentu Pak Lah mengetahui bahawa semua tahanan ISA yang masih ditahan sekarang dengan pelbagai tuduhan yang direka-reka oleh mereka yang beragenda politik zalim lagi kejam, adalah satu perbuatan zalim dan penganiayaan sesama manusia. Mereka ditahan tanpa terlebih dahulu diadili secara sah di mahkamah terbuka. Apakah perkara semudah ini tidak menyentuh jiwa, hati, akal dan emosi Pak Lah seorang PM berdarah ulama tersohor?

Rakyat Malaysia, khususnya umat Islam di negara ini masih ternanti-nanti. Satu lagi kejutan besar dari Pak Lah dalam kepimpinannya sebagaimana yang dituntut oleh pembangkang dan majoriti rakyat Malaysia, iaitu; mengembalikan amalan demokrasi yang benar-benar telus, pembebasan DS Anwar Ibrahim dan semua tahanan ISA.

Kita percaya, tindakan berani Pak Lah sebagai PM yang ada dalam tangan dan dirinya hari ini, Pak Lah akan memperolehi bonus lebih banyak lagi dalam menaikkan populariti diri dan kepimpinannya. Penulis yakin para sahabat dan penasihat Pak Lah tahu akan nilai dari tindakan positif kepimpinan Pak Lah akan melonjakkan dirinya sambil mengikis terus bayangan pengaruh Mahathir sKT yang sudah terpaku lebih 20 tahun lalu dalam benak, jiwa dan hati berkarat para pemimpin dan ahli-ahli UMNO/BN. Pendewaan terhadap Mahathir selama 20 tahun lalu sudah di peringkat kronik, sehingga kalangan pimpinan dan ahli-ahli UMNO/BN seperti kehilangan kewarasan untuk menerima kepimpinan baru dan lebih baik serta bertenaga selepas Mahathir.

Dan, tentu Pak Lah akan lebih nampak gagah, hebat dan perkasa dia dengan bijak, tegas dan berani menyahut tuntutan majoriti rakyat negara ini yang cintakan keadilan, demokrasi dan kebenaran AGAR DR MAHATHIR DIADILI DI MAHKAMAH, kerana salahlaku kepimpinannya selama 22 tahun lalu... DAN DALAM MASA YANG SAMA MEMBEBASKAN DS ANWAR IBRAHIM ATAU SETIDAK-TIDAKNYA MENYEMAK SEMULA KES DS ANWAR DI MAHKAMAH UNTUK DIADILI SEMULA MELALUI MAHKAMAH YANG MENDAULATKAN KEADILAN DAN HAK-HAK ASASI SETIAP MEREKA YANG DIDAKWA.

Andainya, Pak Lah masih teragak-agak untuk bertindak lebih berani. Tunggulah masa dan keadaan...di mana hanya keadaan yang akan menentukan masa turunnya Pak Lah dari kerusi PM yang baru didudukinya... Pak Lah perlu sedar, apakah dia rela berada di kerusi empuk PM dengan tangan berlumpur dengan darah merah kezaliman yang diwarisinya daripada Dr Mahathir.

Apakah Pak Lah mahu terus berada di atas kuasa PM itu sekadar meneruskan agenda kezaliman, penyelewengan dan salahguna kuasa warisan Mahathir. Sehingga terus membiarkan Mahathir menjadi MAHARAJA DI NEGARA INI DENGAN SESUKA HATI MENGGUNAKAN APA JUA YANG MAHATHIR MAHU... setelah hilang jawatan PM masih juga menggunakan pesawat eksikutif? Apa PM-PM sebelum Mahathir juga mendapat keistimewaan serupa?

Bila Pak Lah terus membisu dalam isu yang nyata ini, rakyat negara ini akan bangkit bersatu menumbangkan UMNO/BN. Kerana kepimpinan PAS/KeADILan/PRM/BA sebagaimana yang dapat dilihat di Kelantan dan Terengganu cukup meyakinkan rakyat negara ini. Tentu bila BA/PAS/KeADILan/PRM dan barisan pembangkang lain seperti DAP berjaya menguasai simple majoriti di Parlimen dan kebanyak DUN di seluruh negara kepimpinan Malaysia dan Malaysia yang demokratik akan lebih terserlah. PERCAYA DAN YAKINLAH.

Ibn Sabah - 27.11.2003M - (suntingan M@RHAEN)

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: