4,000 hadiri Selamat Tinggal PAS?
Oleh Insan Berguna - Sabtu 10.01.2004

IB terpanggil untuk memberi komen berhubung berita yang mengatakan seramai 4,000 orang berhimpun di Padang Luas, di perkarangan rumah Derih Jusoh (http://members.lycos.co.uk/minda2rakyat/info/040102_info_2.htm dan berhimpun di rumah Idris selaku Ketua Umno Bahagian Besut.

Seorang kenalan rapat IB kebetulan adalah ipar kepada sepupu Derih. Dan setahu beliau, yang kini menetap di KL, laman rumah Derih, di tepi jalan utama Jertih - Pasir Putih itu tidaklah luas sangat untuk memuatkan seramai itu. Kalaupun 1,000 sudah pasti akan melimpah ke jalan raya.

Tapi bagi mereka yang tidak tahu penipuan seperti ini macam boleh percaya. Sebab mereka tidak lihat berapa besar laman rumahnya. Dan mungkin orang ingat boleh melimpah ke kawasan luar – tapi laman itu di kelilingi pagar dan tanah tapak rumah (ada beberapa rumah dalam tu) memanjang ke dalam (yakni sempit).

Rakan IB kesiankan mak saudara isterinya (mak Derih) yang sakit tak boleh bangun diganggu dengan suasana yang tidak tenang tu. “doh lah tok leh nak gi mana, baring atas katil je, dok buat rioh pulak.” kata beliau.

Tapi IB turut hairan dengan pelbagai cerita lagi perihal perhimpunan itu. Antaranya:

a.  Nampak sangat orang UMNO takut penipuan mereka dirakamkan hingga dikejarnya jurukamera luar. Kerana takut pemalsuan mereka dapat dibuktikan dan disebarkan.
b.  Peristiwa berdarah dan kekasaran yang dilakukan mereka membuktikan ganas dan samsengnya orang UMNO. Itu pun Polis pejam mata.
c.  Kalau Latif tu sudah dipecat semenjak 1999, macam mana dia baru nak tinggal PAS selepas lima tahun berlalu.
d.  IB masih ingat lagi sepanjang tempoh sebelum pilihan raya 99, Latif kerap keluar TV menceritakan bahawa dia sudah meninggalkan PAS (masa itu) ada sesiapa yang masih simpan rakaman berita masa itu? Boleh kita siar balik untuk buktikan pemalsuan yang jelas ini.

Sesuatu yang kurang manis disebut di sini, Derih kena ingat perihal yang berlaku semasa beliau kecil. Ada seorang (yang kini sudah arwah) yang dibuang kawasan kerana peristiwa ...

Sekian
Ibrahim Baba
10 Jan 2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Click Here!

Sertailah Kumpulan M@RHAEN