Kupasan Ceramah oleh Sdr Mohamad Sabu
Kupasan ceramah oleh Sdr Mohamad Sabu, malam Sabtu, 6-8-2004 di Taman Melewar.

 
Wahai para pejuang Islam dan pejuang kebenaran sekalian,
Assalamualaikum wr wb.
 

Sdr Mohamad Sabu kini cuti belajar di luar negara,
ceramah semalam adalah kesempatan yang diambil ketika beliau balik sekejap ke Malaysia.

Kupasannya:

1. Anti Ulamak.
 
Pimpinan u.m.n.o. dan pendokongnya masa kini, nampak jelas anti-ulamak apabila tidak mengendahkan larangan mufti-mufti agar sure heboh di haramkan.
malahan mereka terus menggalakkan dan mempersoal keputusan majlis mufti-mufti itu.
ada pula yang berkata tahun hadapan sure heboh akan lebih besar dari tahun ini.
Sangat Jelas pinjaman kuasa yang diberikan ALLAH kepada mereka, telah membuat mereka lupa daratan, tidak mahu berubah dan terus ingkar.

2. doll ah jahat.
 
madey dulu untuk melindungi kejahatannya, beliau bertindak keras.
jadi jelas nampak kejahatannya.
doll ah kini untuk melindungi kejahatannya, beliau bertindak lembut.
jadi orang tertipu olehnya.
dan doll ah adalah jahat disebalik kelembutannya,
tindakan berlengahnya, "indecision" dan kejahatannya ditutup dengan kelembutannya.

3. Berita Malaysia hampir tiada.
 
Di Timur Tengah, berita mengenai Malaysia hampir tiada.
Ini menunjukkan Malaysia ini "nowhere" dipersada dunia.
Tapi bila duduk dalam negara, berita kat tv dan media, seumpama negara Malaysia ni saja yang wujud dalam dunia.
ampu sana ampu sini, hebat itu dan ini.
habis tv dan media temberang rakyat.
 
(kemudian pukul canang semua "world class", kunun hebat itu ini.
tak sedor meleleh hingus, pukul canang, tipu merata,
masuk bakul, angkut sendiri.
 
selalunya, bagi orang yang normal dan siuman,
benda yang baik tu bukan kita yang kata,
orang lain yang sebut pada kita.
contohnya, kalau kita lawa, takkan kita nak kabor pukul canang seluruh kampong dunia yang kita ni lawa. "koi lawa, koi lawa, koi lawa".
dayang bodo je cakap gitu, orang bodo je cakap gitu dan kerajaan bodo dan gile je yang cakap gitu.)

4. anjing amerika.
 
Ketua-ketua negara Islam kini leka dan lalai.
mereka meninggalkan hukum, peraturan dan syariat Islam.
ini telah diikuti oleh kebanyakan umat dan rakyatnya.
rakyat leka dengan hiburan.
 
amerika dan british menguasai dunia dengan menakut-nakutkan
pemimpin dunia dan ketua-ketua negara Islam.
mereka buat ketua-ketua negara Islam seumpama anjing amerika untuk mengawal kepentingan dan kekuasaan kuffar amerika di dalam negara Islam.
manakala ketua-ketua negara Islam pula membuat polis negara masing-masing seumpama anjing mereka untuk menakut-nakutkankan rakyat dalam negara masing-masing.
 
itulah cara amerika, british dan yahudi menguasai dunia melalui kaedah menakut-nakutkan rakyat dunia dengan "anjing" peliharaan mereka.
 
5. Nasihat Tok Guru Nik Abdul Aziz.
 
Saudara Mohamad Sabu telah membaca nasihat dan tulisan Tok Guru bertajuk "Dari Degup Jantungku" yang boleh di download dari laman Tranung kite untuk dijadikan panduan.
 
Di antara Yang Terpenting darinya adalah:
 
"Malaysia hanya akan selamat ...
 
Saya tidak akan tutup mulut dari menegur mana yang salah,
kerana inilah jalan yang dilalui oleh RASULULLAH s.a.w.
Ini bukan kerana saya berdegil tetapi saya kuat mempercayai bahawa Malaysia HANYA akan selamat jika sedia kembali kepada ALLAH SWT."
 
"Laksanakan Peraturan ISLAM ...
 
Malaysia tidak akan menjadi Islam hanya dengan permainan istilah.
Ia akan hanya berubah dengan ikhtiar dan kesungguhan setiap pemimpin untuk melaksanakan Hukum dan Peraturan ISLAM."
 

Al Fatihah...
 
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para sahabat Nabi sekaliannya,
 
"Ya ALLAH, Ya MU'MIN,
ENGKAU tetapkan iman kami,
ENGKAU berikan sekalian umat taufik dan hidayahMU ke arah memperjuangkan syariat Islam,
ENGKAU tambahkan golongan yang insaf dan mahu menerima perjuangan menegakkan syariat Islam,
ENGKAU tambahkan bilangan kami, sebagai umat yang komited, tidak mempermain-mainkan hidup ini dan bekerja bersunggguh-sungguh menegakkan syariat Islam,
ENGKAU tetapkan pendirian semua pemimpin, pejuang, pendokong dan penyokong perjuangan Islam untuk tetap bekerjasama memperjuangkan dan menegakkan syariat ISLAM,
ENGKAU tambahkan kebaikan iman, kebaikan akhlaq, kebaikan kaedah dan segala kebaikan kepada kami semua yang menyertai perjuangan Islam,
ENGKAU jadikan kami tetap memandang yang benar itu benar dan yang salah itu tetap salah,
ENGKAU jadikan kami tetap berada di jalan yang benar perjuangannya,
ENGKAU jadikan kami bertambah yakin pada pertolongan MU, Ya ALLAH dan kemenangan tetap berada di pihak yang benar,
ENGKAU jadikan kami umat yang sentiasa mendampingiMU, mengingatiMU, mengadu kepadaMU dan memohon pertolongan dariMU, Ya ALLAH.
 
Ya ALLAH, Ya HAYYU,
ENGKAU hidupkan jiwa raga sekalian rakyat,
ENGKAU celikkan akal minda sekalian rakyat,
ENGKAU bangkitkan semangat juang sekalian rakyat,
ENGKAU tolongkan kami dan sekalian rakyat menegakkan kebenaran,
ENGKAU tolongkan kami dan sekalian rakyat menegakkan syariat Islam,
ENGKAU berikan hikmah, kesefahaman dan teguh pendirian sesama kami,
ENGKAU bela perjuangan kami mulai saat ini,
ENGKAU berikan hidayahMU kepada sekalian rakyat dan umat manusia,
ENGKAU bawalah sekalian rakyat menyokong kami kali ini,
ENGKAU mudahkan perjuangan ISLAM di seluruh dunia,
ENGKAU kecutkan dan takutkan hati mereka yang ingkar dan degil,
ENGKAU lemahkan dan gagalkan pihak mereka pula,
ENGKAU gantikan pula ketua-ketua mereka dan kesemua mereka
dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Islam yang nyata lebih baik, Amiin Ya 'AZIIM.
 
Semoga ALLAH membantu kita memperjuangkan ISLAM, menegakkan syariat ISLAM dan membawa kesejahteraan kepada rakyat,
 
Amiin Ya ALLAH,
Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya WAHHAB,
Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya WAHHAB,
Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya MUJIIB, Amiin Ya RABBAL 'AALAMIIN."
 
Wasallallahu'alal mursaliin wa 'ala alihi waashabihi ajmaiin,
walhamdulillahirabbil 'aalamiin."

Kiriman: I - 07.08.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: