Kupasan ceramah oleh Sdr Saifuddin Nasution
Kupasan ceramah oleh Sdr Saifuddin Nasution, malam Sabtu, 6-8-2004 di Taman Melewar.

Wahai para pejuang Islam dan pejuang kebenaran sekalian,
Assalamualaikum wr wb.

-doll ah kini berlakon berbagai wajah bila diajukan kes Anwar.

wajah 1:
Ketika saya (Saifuddin) temui beliau di Putra Jaya sebelum pilihanraya umum lepas dan meminta jasa baik beliau sebagai pemegang kuasa (sementara) di Malaysia untuk membenarkan Anwar berubat di klinik Alpha, dengan liat doll ah berkata:

"saya tak mahu masok campor hal ini" - " jangan misbehave".

wajah 2:
Ketika Datin Sri Wan Azizah berjumpa beliau selepas menang besar pilihanraya 11, untuk membenarkan Anwar berubat di Alpha klinik, German.
Dengan sombong, doll ah berkata:

"I will look into it" -
Kini dah 4 bulan berlalu. Anwar semakin menderita sakit.

wajah 3:
Ketika doll ah singgah di britain kerana menggesel datang jumpa blair "witch", beliau diajukan soalan oleh ahli parlimen dan masyarakat di britain untuk membenarkan Anwar diikat jamin untuk berubat, dengan angkuh doll ah berkata, sambil berjalan:

"If you want to ask about Anwar, come to Malaysia".

makin hari nampaknya, doll ah semakin liat,
the honey moon is over.
first 100 days is over, so not the next 5 years, never.
-don't give him any more chance, because he won't change.

wajah 4: (Terkini drp penulis: Pembetulan fakta berhubung artikel wajah 4:)
Ketika perasmian majlis paderi sedunia di shah alam, beliau berucap di hadapan para paderi sedunia dengan tangisan:
"...Mari kita bersatu perangi militan Islam.. dan dunia akan aman."   ???

sedarkah beliau dia tu anut agama apa?
dan dia presiden oic,
dan kenapa tak teruskan ucapannya dengan christian militan, hindu militan, jewish militan, buddhist militan dsbnya?
Kenapa kata Islam saja militan? sedangkan awak orang Islam???

ITULAH WAJAH-WAJAH DOLL AH MASA KINI.
dia sangat KELIRU..
dia TELAH lupa susur galur keturunannya.
(adakah kerana pergaulannya?)
 

Al Fatihah...

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para sahabat Nabi sekaliannya,

"Ya ALLAH, Ya MU'MIN,
ENGKAU tetapkan iman kami,
ENGKAU berikan sekalian umat taufik dan hidayahMU ke arah memperjuangkan syariat Islam,
ENGKAU tambahkan golongan yang insaf dan mahu menerima perjuangan menegakkan syariat Islam,
ENGKAU tambahkan bilangan kami, sebagai umat yang komited, tidak mempermain-mainkan hidup ini dan bekerja bersunggguh-sungguh menegakkan syariat Islam,
ENGKAU tetapkan pendirian semua pemimpin, pejuang, pendokong dan penyokong perjuangan Islam untuk tetap bekerjasama memperjuangkan dan menegakkan syariat ISLAM,
ENGKAU tambahkan kebaikan iman, kebaikan akhlaq, kebaikan kaedah dan segala kebaikan kepada kami semua yang menyertai perjuangan Islam,
ENGKAU jadikan kami tetap memandang yang benar itu benar dan yang salah itu tetap salah,
ENGKAU jadikan kami tetap berada di jalan yang benar perjuangannya,
ENGKAU jadikan kami bertambah yakin pada pertolongan MU, Ya ALLAH dan kemenangan tetap berada di pihak yang benar,
ENGKAU jadikan kami umat yang sentiasa mendampingiMU, mengingatiMU, mengadu kepadaMU dan memohon pertolongan dariMU, Ya ALLAH.

Ya ALLAH, Ya HAYYU,
ENGKAU hidupkan jiwa raga sekalian rakyat,
ENGKAU celikkan akal minda sekalian rakyat,
ENGKAU bangkitkan semangat juang sekalian rakyat,
ENGKAU tolongkan kami dan sekalian rakyat menegakkan kebenaran,
ENGKAU tolongkan kami dan sekalian rakyat menegakkan syariat Islam,
ENGKAU berikan hikmah, kesefahaman dan teguh pendirian sesama kami,
ENGKAU bela perjuangan kami mulai saat ini,
ENGKAU berikan hidayahMU kepada sekalian rakyat dan umat manusia,
ENGKAU bawalah sekalian rakyat menyokong kami kali ini,
ENGKAU mudahkan perjuangan ISLAM di seluruh dunia,
ENGKAU kecutkan dan takutkan hati mereka yang ingkar dan degil,
ENGKAU lemahkan dan gagalkan pihak mereka pula,
ENGKAU gantikan pula ketua-ketua mereka dan kesemua mereka
dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Islam yang nyata lebih baik, Amiin Ya 'AZIIM.

Semoga ALLAH membantu kita memperjuangkan ISLAM, menegakkan syariat ISLAM dan membawa kesejahteraan kepada rakyat,

Amiin Ya ALLAH,
Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya WAHHAB,
Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya WAHHAB,
Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya MUJIIB, Amiin Ya RABBAL 'AALAMIIN."

Wasallallahu'alal mursaliin wa 'ala alihi waashabihi ajmaiin,
walhamdulillahirabbil 'aalamiin." ,

Kiriman: I - 07.08.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: