Jujur Dalam Perjuangan
Wahai para pejuang Islam dan pejuang kebenaran sekelian,

Assalamualaikum wr wb.

Bersyukurlah kita kerana ALLAH telah memberi kemenangan kepada kita semua,

Kemenangan iman kita,
Kemenangan moral, akhlaq dan akidah kita,
Itulah kemenangan yang lebih besar dari kemenangan pilihanraya.

Kemenangan kita ialah sabar menghadapi dugaan dunia,
Kita tahan diuji, berani menghadapi cabaran mereka,
tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,
Inilah kemenangan yang lebih besar dari kemenangan mereka,

Kemenangan keyakinan kita kepada perjuangan Islam,
Kemenangan keyakinan kita kepada kebenaran,
Kemenangan keyakinan kita kepada yang haq,
Kemenangan keyakinan kita kepada keadilan,
Kemenangan keyakinan kita bekerja keras untuk menegakkan syariat Islam dibumi tercinta ini,

Kita telah bekerja bersungguh-sungguh supaya Islam itu memerintah,
Kita telah bekerja bersungguh-sungguh agar orang Islam yang jujur, amanah dan baik memimpin kita,
inilah kerja yang kita buat sejak bertahun-tahun lamanya.

Kita telah berusaha bersungguh-sungguh dengan peluh keringat kita,
Kita telah berusaha bersungguh-sungguh dengan harta benda kita,
Kita telah berusaha bersungguh-sungguh dengan tenaga yang dikurniakan ALLAH,
Kita telah berusaha bersungguh-sungguh dengan jiwa raga kita,
Kita mahu supaya syariat Islam dilaksanakan dalam pemerintahan.

Kita telah menghadapi ujian yang dahsyat dari kaum yang sebangsa dengan kita,
mereka telah mengepung dan menekan untuk melemahkan kita,
mereka telah mengganggu dan menyekat hak kita,
mereka telah membolot saluran media untuk mengabui rakyat,
namun semangat kita tidak luntur untuk menegakkan syariat Islam.

Inilah keistimewaan yang ALLAH berikan kepada kita.
Kita boleh bertahan dan kita tidak minta sedekah dari mereka.
Inilah kemenangan yang paling besar.
Jiwa dan semangat kita tidak luntur untuk menegakkan syariat Islam,
Jiwa dan semangat kita lahir dari akidah Islam,
Jiwa dan semangat kita lahir dari iman kita kepada KEKUASAAN ALLAH SWT.

Jujurlah kita kepada ALLAH SWT,
Jujurlah kita kepada perjuangan Islam,
Jujurlah kita kepada rakan seperjuangan,
Jujurlah kita kepada wadah (parti) kita,
Jujurlah kita kepada umat, kerana
Perjuangan kita bukan perjuangan 4 atau 5 tahun,
Perjuangan kita hingga sampai ke anak cucu.

Perjuangan kita selama ini telah berjaya melahirkan pejuang-pejuang Islam,
dan orang seperti para pembaca sekelian yang tidak kenal erti putus asa,
yang tidak kenal erti kecewa,
yang tidak pernah jemu menegakkan syariat Islam,
yang sanggup berhimpun untuk bersama pihak yang benar,
Inilah kekuatan yang ALLAH anugerahkan kepada kita,
Kekuatan dari ALLAH yang tidak boleh dikalahkan oleh mereka.

Kita bukan macam mereka atau orang di negara lain,
apabila kalah pilihanraya bertindak ikut hawa nafsu,
buat rusuhan, membakar kereta, membakar kedai,
orang yang tidak bersalah menjadi mangsa,
bukan itu cara kita.
Kita adalah umat yang diajar oleh ALLAH dengan adab dan disiplin.
Kita bertindak dengan sabar,
kita bertindak dengan sopan,
kita bertindak dengan jiwa yang besar.

mereka yang terpedaya dengan bn, akan menyesal di hari kemudian,
kerana mereka telah ditipu,
kerana mereka telah dirasuah,
kerana mereka boleh dibeli dengan harga yang murah,
kerana mereka menyokong golongan yang menaja penipuan,
kerana mereka telah dibayar dan gelap mata,
kerana mereka sanggup menjadi pengundi hantu,
kerana mereka sanggup menipu, iri hati dan berbuat jahat,
kerana mereka menyokong golongan yang tidak adil,
kerana mereka membutakan mata dan minda terhadap golongan yang melakukan penyelewengan dan kezaliman,
kerana mereka membutakan mata dan minda terhadap golongan yang sanggup melakukan penganiayaan dan penghinaan terhadap Anwar Ibrahim,
kerana mereka tidak jujur kepada ALLAH,
kerana mereka tidak jujur kepada perjuangan Islam,
kerana mereka sanggup menjatuhkan kerajaan Islam yang mendaulatkan syariat ALLAH SWT.

Sejak dahulu lagi mereka menggunakan media sorang saja!
sudah bertahun-tahun mereka berkempen,
kempen sebelah pihak, bersilat sorang.
bn membolot semua saluran tv dan media,
bn tutup mata rakyat,
bn reka-reka cerita supaya rakyat lupa,
bn kelirukan rakyat,
bn hina Islam dan Tok Guru melalui media, melalui drama tv,
bn memburuk-burukkan parti lawan,
bn memutarbelitkan minda umat sehingga jika ajaran eskimo pun yang disuapnya rakyat akan terima kerana takut,

mereka buat kerja jahat kerana menipu rakyat melalui tv,
mereka buat kerja jahat kerana menutup kesalahan mereka melalui media,
mereka buat kerja jahat kerana merosakkan umat,
mereka buat kerja jahat kerana menyesatkan umat,
mereka buat kerja jahat kerana tidak mahukan syariat Islam yang adil ditegakkan.

adakah ini demokrasi ?
adakah ini Islam hadhari ?
adakah ini adil ?
adakah ini tamaddun ?
adakah ini mengikut syariat Islam ?
adakah ini kebaikan dan kejujuran ?

Sesungguhnya kemenangan mereka dengan tipu, rasuah, menyeleweng, adalah kemenangan yang palsu dan tidak berkat.
orang-orang yang menolong mereka dan menerima duit rasuah mereka adalah tidak berkat.
mereka telah jual iman mereka,
mereka telah jual Islam,
mereka telah jual keadilan,
mereka telah jual hukum ALLAH,
mereka telah jual maruah diri
mereka telah jual akhlaq mereka,
mereka telah membakar diri sendiri.

ALHAMDULILLAH, kita selamat dari tipu daya mereka,
ALLAH telah tetapkan pendirian kita,
ALLAH telah tetapkan iman kita,
ALLAH telah lindungi kita dari godaan mereka,
ALLAH sayang pada kita,
ALLAH telah selamatkan kita,
ALLAH telah berikan kita kejujuran kepada perjuangan,

Sesungguhnya inilah nikmat yang paling besar,
Sesungguhnya inilah kemenangan yang paling besar.

Semoga ALLAH tetap memberi PERTOLONGANNYA kepada kita.

Al Fatihah..

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para sahabat Nabi sekeliannya,

"Semoga ALLAH menetapkan iman kita semua,
Semoga ALLAH memberikan sekelian umat taufik dan hidayahNYA ke arah memperjuangkan syariat Islam,
Semoga ALLAH menambahkan golongan yang insaf dan mahu menerima perjuangan menegakkan syariat Islam,
Semoga ALLAH menambah bilangan umat yang komited dan bekerja sunggguh-sungguh menegakkan syariat Islam,
Semoga ALLAH menetapkan pendirian semua pemimpin-pemimpin PAS, ahli-ahli, pendokong dan penyokong PAS untuk tetap bersama PAS memperjuangkan dan menegakkan syariat ISLAM,

Semoga ALLAH menambahkan kebaikan iman, kebaikan akhlaq, kebaikan kaedah dan segala kebaikan kepada kita semua yang menyertai perjuangan menegakkan syariat Islam,
Semoga ALLAH menjadikan kita tetap memandang yang benar itu benar dan yang salah itu tetap salah,
Semoga ALLAH menjadikan kita tetap berada di jalan yang benar perjuangannya,
Semoga ALLAH menjadikan kita bertambah yakin dengan pertolongan ALLAH dan kemenangan tetap berada di pihak yang benar,
Semoga ALLAH menjadikan kita umat yang sentiasa mendampingiNYA, mengingatiNYA, mengadu kepadaNYA dan memohon pertolongan dariNYA.

Ya ALLAH, Ya HAYYU,
ENGKAU hidupkan jiwa raga sekelian rakyat,
ENGKAU hidupkan akal minda sekelian rakyat,
ENGKAU bangkitkan semangat juang sekelian rakyat,
ENGKAU tolongkan kami dan sekelian rakyat menegakkan kebenaran,
ENGKAU tolongkan kami dan sekelian rakyat menegakkan syariat Islam,
ENGKAU berikan hikmah, kesefahaman dan teguh pendirian sesama kami,
ENGKAU bela perjuangan kami mulai saat ini,
ENGKAU berikan hidayahMU kepada sekelian rakyat,
ENGKAU bawalah sekelian rakyat menyokong kami kali ini,
ENGKAU mudahkan perjuangan Islam di seluruh dunia,
ENGKAU kecutkan dan takutkan hati mereka yang ingkar dan degil,
ENGKAU lemahkan dan gagalkan pihak mereka pula,
ENGKAU gantikan pula ketua-ketua mereka dan kesemua mereka
dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Islam yang nyata lebih baik, Amiin Ya MU'IZZ.

Semoga ALLAH membantu kita membawa kesejahteraan kepada rakyat dan menegakkan syariat ISLAM...

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para sahabat Nabi sekeliannya,

Amiin Ya ALLAH,
Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya WAHHAB,
Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya WAHHAB,
Amiin Ya WAHHAB,
Amiin Ya MUJIIB, Amiin Ya RABBAL 'AALAMIIN.""

Kiriman: I - 23.04.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN