Mari Kita Berdoa Kepada ALLAH Setiap Siang Dan Malam
mari kita berdoa

Mari kita berdoa kepada ALLAH setiap siang dan malam

Al Fatihah...

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para sahabat Nabi sekeliannya...

"Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU Maha MENGETAHUI apa yang telah berlaku di Malaysia,
penipuan dalam pilihanraya 2004 baru-baru ini,
penipuan dalam pilihanraya 1999,
dalam isu royalti minyak kerajaan PAS Terengganu,
dalam isu pengadilan dan penganiayaan Anwar Ibrahim,
dalam isu menutup sekolah agama Islam rakyat,
dalam isu penganiayaan tanpa bicara dan kezaliman ISA,
dalam isu geran tahunan kerajaan PAS Kelantan,
dalam isu Sauk, dalam isu rasuah, dalam isu Memali,
dalam isu ratu cantik vs Ishak Baharom, dalam isu hudud, dalam isu Negara Islam,
dalam isu penyelewengan, dalam isu penipuan, dalam isu akhlaq masyarakat,
dalam isu membolot harta negara, dalam isu perwaja, dalam isu mahligai mewah,
dalam isu skandal bmf, dalam isu pembelian saham mas,
dalam isu boros berbelanja, dalam isu khianat wang petronas, kwsp, tabung haji,
dalam isu memonopoli saluran media,
dalam isu menafikan hak pihak lain mengguna media utama dan bersuara,
dalam isu mengabui mata rakyat, dalam isu memalsukan fakta,
dalam isu ketidakadilan, dalam isu tilam diarak ke mahkamah,
dalam isu penghakiman yang berat sebelah, dalam isu menolak hukum Islam,
dan banyak lagi isu-isu yang sangat memudaratkan negara dan masyarakat.
Sesungguhnya ENGKAU sangat Maha MENGETAHUI akan apa yang telah berlaku di malaysia.

Tiada daya dan kuasa yang ada pada kami selain dari apa yang ENGKAU kurniakan, selain dari apa yang ENGKAU pinjamkan. Dengan itu, dengan KEBESARAN NAMAMU, HANYA Kepada MU kami mengadu, kerana ENGKAU sebaik-baik tempat mengadu.

Telah banyak kali kami ditekan dalam memperjuangkan Islam,
telah banyak kali kami ditipu,
telah banyak kali kami di aniaya,
telah banyak kali kami tidak diberi ruang yang adil,
telah banyak kali kami dinafikan hak saluran media,
telah banyak kali kami dinafikan hak menjawab dan bersuara,
telah banyak kali kami dinafikan hak menasihati dan bersama rakyat,
Kepada MU, Ya ALLAH, kami mengadu kerana ENGKAU sebaik-baik tempat mengadu.
ENGKAU berilah kesedaran di hati mereka atau,
ENGKAU kalahkan mereka dan ENGKAU gantikan kesemua mereka
dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Islam yang lebih baik, Amiin Ya HAQ.

Telah banyak kali kami diejek dan dihina dalam memperjuangkan kebenaran,
telah banyak kali kami dirampas hak dan kebebasan,
telah banyak kali kami ditakut-takutkan,
telah banyak kali kami dinafikan untuk menjelaskan yang benar kepada umat,
telah banyak kali kami berlinang air mata,
telah banyak kali kami dipaksa dan terpaksa,
telah banyak kali Islam diaibkan,
telah banyak kali kami merintih hiba,
Kepada MU, Ya ALLAH, kami mengadu kerana ENGKAU sebaik-baik tempat mengadu.
ENGKAU berilah kesedaran di hati mereka atau,
ENGKAU hinakan mereka dan ENGKAU gantikan kesemua mereka
dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Islam yang lebih baik, Amiin Ya MUZILLU.

Tekanan dan penindasan secara halus dan nyata terus mereka lakukan,
kezaliman, ketidakadilan dan pilih kasih terus mereka lakukan,
penyelewengan dan pemalsuan menjadi kelaziman mereka,
kerakusan penguasa menyalah guna kuasa tidak surut,
karakusan penguasa menyalah guna wang rakyat menjadi-jadi,
Kepada MU, Ya ALLAH, kami mengadu kerana ENGKAU sebaik-baik tempat mengadu.
ENGKAU berilah kesedaran di hati mereka atau,
ENGKAU cabutlah kuasa mereka dan ENGKAU gantikan kesemua mereka
dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Islam yang lebih baik, Amiin Ya HADI.

Kami memohon kehadrat mu Ya ALLAH, Ya BARI' semoga ENGKAU sedarkan mereka dari kesalahan yang telah mereka lakukan, kerana mereka masih lagi Islam.
ENGKAU sedarkan mereka dari lamunan dunia, lamunan penipuan, lamunan kejayaan palsu mereka.
Ya ALLAH Ya KHALIQ, insafkan semua mereka yang terlibat dalam penipuan pilihanraya 2004 untuk bangun berkata benar. Berikan kekuatan kepada mereka untuk mengakui penipuan yang telah mereka lakukan dan mengakui pemalsuan yang telah mereka buat secara terancang itu,
Jika mereka enggan,
HANYA Kepada MU, Ya ALLAH, kami mengadu kerana ENGKAU sebaik-baik tempat mengadu.
ENGKAU cabutlah nur dan seri di wajah mereka yang terlibat, lelaki dan perempuan, agar dapat dikenali ramai dan ENGKAU gantikan kesemua mereka beserta ketua-ketua mereka dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Islam yang lebih baik, Amiin Ya MUMIT.

Penipuan bermaharajalela dalam negara,
pemilihan ketua dibuat mainan oleh mereka,
pengundi diangkut dari dalam dan luar negara,
orang mereka mengundi berkali-kali,
perbuatan mereka adalah penipuan dan ketidakadilan,
perbuatan mereka adalah kerakusan dan kebodohan,
perbuatan mereka adalah menyesatkan umat,
perbuatan mereka adalah penganiayaan,
perbuatan mereka adalah kerja jahat,
tiada tempat kami mengadu, HANYA
Kepada MU, Ya ALLAH, kami mengadu kerana ENGKAU sebaik-baik tempat mengadu.
ENGKAU hilangkan kuasa mereka dan ENGKAU gantikan kesemua mereka serta ketua-ketua mereka dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Islam yang lebih baik, Amiin Ya MUQSIT.

Rasuah merata-rata sehingga pengundi dan calon pun dirasuah,
harta, kebendaan, pangkat dirasuahkan kepada kakitangan, kepada rakyat, spr, dan pengikut mereka,
Islam telah terhina di bumi melayu ini,
melayu telah terhina di bumi sendiri,
umat melayu telah dipandang rendah oleh umat lain,
landasan kebangsaan mereka telah membawa umat menyimpang jauh dari jalanMU,
apakan tidaknya apabila akhlak penguasa dan pengikut mereka
jelas nampak tidak benar dalam perbuatan mereka,
jelas nampak tidak jujur kepada rakyat,
jelas nampak tidak adil dalam pentadbiran mereka,
jelas nampak tidak amanah terhadap harta rakyat,
jelas nampak tidak mendidik ke arah alam akhirat,
jelas nampak berpilih dalam penyiasatan, pendakwaan dan rasuah,
jelas nampak mereka menipu,
jelas nampak mereka merampas hak insan lain,
jelas nampak mereka berebut harta dunia, pangkat dan nama,
jelas nampak mereka berkongsi khazanah negara sesama mereka,
jelas nampak mereka tiada sekelumit perasaan malu kepada MU,
dengan itu, Kepada MU, Ya ALLAH, kami mengadu kerana ENGKAU sebaik-baik tempat mengadu.
ENGKAU pindahkan kuasa mereka dan ENGKAU gantikan kesemua mereka serta ketua-ketua mereka dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Islam yang lebih baik, Amiin Ya KABIIR.

Apabila mereka tetap angkuh dan masih enggan lagi,
Sesungguhnya ENGKAU MAHA KERAS SIKSAANNYA,
ketika mereka terus sombong dan terus menipu,
ketika mereka terus tidak adil dan terus menganiaya,
ketika mereka terus berdegil dan terus berdalih,
ketika mereka terus menafikan hak saluran media dan hak bersuara,
ketika mereka terus menekan dan menakut-nakutkan rakyat,
ketika mereka terus tidak mahu kepada kebaikan syariat Islam yang syumul,
ketika mereka terus rakus dan terus tidak insaf, MAKA..
SIKSAAN MU sangat keras Ya KHAFIDH, Ya MUNTAQIIM,
HANYA Kepada MU, Ya ALLAH, kami mengadu kerana ENGKAU sebaik-baik tempat mengadu.
ENGKAU jatuhkan mereka dan ENGKAU gantikan kesemua mereka serta ketua-ketua mereka dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Islam yang lebih baik, Amiin Ya MUTAKABBIR.

Sesungguhnya Ya ALLAH, ENGKAUlah Yang Maha BERKUASA,
Tiada tempat lagi kami mohon pertolongan, HANYA kepadaMU, Ya ALLAH, kami mohon pertolongan kerana ENGKAU sebaik-baik PENOLONG.
ENGKAU kalahkan mereka,
ENGKAU kembalikan tipudaya dan mainan mereka,
ENGKAU gelisahkan hati mereka sehingga mereka berkata benar,
ENGKAU gelisahkan hati mereka sehingga mereka mengakui dosa-dosa mereka,
ENGKAU gelisahkan hati mereka sehingga mereka memberikan semula hak dan keadilan kepada yang berhak,
ENGKAU cabutlah kuasa mereka,
ENGKAU ambillah balik kuasa yang ENGKAU pinjamkan kepada mereka,
ENGKAU porak perandakan kesatuan mereka,
ENGKAU hancurkan parti-parti yang menegakkan pemalsuan, kemungkaran dan penipuan,
ENGKAU hancurkan parti-parti yang menegakkan perbuatan dosa, maksiat dan ketidakadilan,
ENGKAU hancurkan parti-parti yang menegakkan kerakusan, salah guna kuasa, penyelewengan dan kehidupan yang berfoya-foya.
ENGKAU hancurkan parti-parti yang merasuah, merosak dan menyesatkan umat,
HANYA Kepada MU, Ya ALLAH, kami mohon pertolongan kerana ENGKAU sebaik-baik PENOLONG.
ENGKAU lemahkan mereka dan ENGKAU gantikan kesemua mereka serta ketua-ketua mereka dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Islam yang lebih baik, Amiin Ya DHAARR.

MAKA..
Atas kedegilan mereka itu, HANYA
Kepada MU, Ya ALLAH, kami mohon pertolongan kerana ENGKAU sebaik-baik PENOLONG.
ENGKAU kembalikan tipudaya mereka,
ENGKAU hinakan mereka setelah mereka menghina Islam, menghina peradaban,
ENGKAU jatuhkan mereka dari kedudukan yang sombong itu,
ENGKAU hilangkan kuasa mereka supaya mereka insaf,
ENGKAU tumbangkan pemerintahan mereka untuk menyelamatkan umat,
ENGKAU balas lah mereka di dunia lagi sebagai pengajaran kepada seluruh umat manusia, Amiin Ya MUNTAQIIM,
sesungguhnya kami tidak meredhai penipuan yang nyata ini terhadap umat Islam,
sesungguhnya kami tidak meredhai penipuan yang nyata ini terhadap kerajaan Islam Terengganu,
kami tidak meredhai kaedah pilihanraya yang jijik terhadap umat Islam,
kami tidak meredhai ketidakadilan saluran media yang sangat nyata,
kami tidak meredhai keputusan pilihanraya yang palsu ini,
kami tidak meredhai pemerintahan negeri dan negara yang palsu ini,
dan kami juga TIDAK MENGHALALKAN satu sen pun wang kami wang rakyat menggaji mereka dan disalahgunakan dalam menegak penipuan, kebatilan, pemalsuan dan merosakkan umat,
Amiin Ya ALLAH, Amiin Ya KHAFIDH, Amiin Ya MUNTAQIIM,
Amiin Ya QAHHAR, Amiin Ya JABBAR, Amiin Ya 'AZIZ,
Amiin Ya MANI', Amiin Ya BADI', Amiin Ya ZAL JALAALI WAL IKRAAM !!!

Ya ALLAH, Ya RABB,
Tiada tempat kami mengadu, HANYA
Kepada MU, Ya ALLAH, kami mengadu kerana ENGKAU sebaik-baik tempat mengadu.
Tiada tempat lagi kami mohon pertolongan, HANYA kepadaMU, Ya ALLAH, kami mohon pertolongan kerana ENGKAU sebaik-baik PENOLONG.
ENGKAU gentarkan mereka dengan KEBESARANMU.
ENGKAU kalahkan mereka dengan KEKUATANMU.
ENGKAU kembalikan tipudaya dan mainan mereka dengan KEBIJAKSANAANMU.
ENGKAU cabutkan kuasa mereka kerana ENGKAU yang empunya KUASA.
ENGKAU porak perandakan kesatuan mereka kerana mereka merestui penipuan.
ENGKAU lemahkan mereka kerana mereka suka menganiaya.
ENGKAU hancurkan kekuatan mereka kerana mereka telah meruntuhkan keperibadian insan.
ENGKAU ambil balik kuasa yang ENGKAU pinjamkan kepada mereka kerana pembawaan mereka sangat membahayakan umat.
ENGKAU jatuhkan pemerintahan mereka, Amiin Ya KHAFIDH.
ENGKAU balaslah mereka di dunia lagi sebagai pengajaran kepada seluruh umat manusia, Amiin Ya QABIDH.

Ya ALLAH, Ya HAYYU,
ENGKAU hidupkan jiwa raga sekelian rakyat,
ENGKAU hidupkan akal minda sekelian rakyat,
ENGKAU bangkitkan semangat juang sekelian rakyat,
ENGKAU tolongkan kami dan sekelian rakyat menegakkan kebenaran,
ENGKAU tolongkan kami dan sekelian rakyat menegakkan syariat Islam,
ENGKAU berikan kami hikmah, kesefahaman dan teguh pendirian di jalanMU,
ENGKAU bela perjuangan kami mulai saat ini,
ENGKAU berikan hidayahMU kepada sekelian rakyat,
ENGKAU bawalah sekelian rakyat menyokong kami kali ini,
ENGKAU mudahkan perjuangan Islam di seluruh dunia,
ENGKAU kecutkan dan takutkan hati mereka yang ingkar dan degil,
ENGKAU lemahkan dan gagalkan pihak mereka pula,
ENGKAU gantikan pula ketua-ketua mereka dan kesemua mereka
dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Islam yang nyata lebih baik, Amiin Ya MU'IZZ.

ENGKAU gantikan pula ketua-ketua mereka dan kesemua mereka dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Islam yang nyata lebih siddiq, berkata benar dan berkelakuan benar, Amiin Ya RAFI'.

ENGKAU gantikan pula ketua-ketua mereka dan kesemua mereka dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Islam yang nyata lebih amanah terhadap harta rakyat, yang nyata lebih jujur dan adil, yang nyata lebih ikhlas dan mengutamakan rakyat, yang nyata lebih mementingkan kesejahteraan rakyat untuk hidup aman dan selamat di dunia dan di akhirat, Amiin Ya BASIR.

ENGKAU gantikan pula ketua-ketua mereka dan kesemua mereka dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Islam yang nyata lebih tabligh, yang bijak dan senantiasa menasihati rakyatnya, yang senantiasa mendidik dan mentarbiyyah rakyatnya, yang berani dan melindungi rakyatnya dari perkara keji, melindungi rakyatnya dari kemungkaran, melindungi rakyatnya dari akhlaq yang jahat dan menjaga iman rakyatnya, Amiin Ya MATIN.

ENGKAU gantikan pula ketua-ketua mereka dan kesemua mereka dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Islam yang nyata lebih fatanah dan berhikmah, Amiin Ya HAKIM.

ENGKAU gantikan ketua-ketua mereka dan kesemua mereka dalam waktu yang terdekat dengan pemimpin-pemimpin Islam dan orang Islam yang nyata lebih baik di sisi MU, sebagai iktibar kepada seluruh umat di malaysia, Amiin Ya SAMI'.

Ya ALLAH, Ya QAWIY,
Tiada tempat kami mengadu, HANYA
Kepada MU, Ya ALLAH, kami mengadu kerana ENGKAU sebaik-baik tempat mengadu.

ENGKAUlah satu-satunya peluang terakhir kami, ENGKAUlah sahaja harapan kami,
ENGKAU perkenankanlah doa kami ini, kerana kami sangat khuatir tiada lagi pejuang-pejuang Islam dan pejuang-pejuang keadilan yang bersemangat dan berani bersuara selepas ini,

ENGKAUlah satu-satunya peluang terakhir kami, ENGKAUlah sahaja harapan kami,
ENGKAU perkenankanlah doa kami ini, kerana kami sangat khuatir tiada lagi pejuang-pejuang Islam dan pejuang-pejuang keadilan yang mampu dan dapat bangkit menegakkan yang Haq dan mengalahkan yang batil di tanahair ini,

ENGKAUlah satu-satunya peluang terakhir kami, ENGKAUlah sahaja harapan kami,
ENGKAU perkenankanlah doa kami ini, kerana kami sangat khuatir umat Islam dan umat melayu akan terus lemah, terus lalai, terus hanyut dan terpesong sangat jauh dari jalan MU,
Tolonglah Ya ALLAH! ENGKAUlah sebaik-baik PENOLONG.
Tolonglah Ya QADIIR! KepadaMU kami serahkan segalanya, dan
HANYA...
kepada MU kami mengadu, kerana ENGKAU sebaik-baik tempat mengadu. Perkenankanlah doa kami yang telah dianiaya ini,
Amiin Ya ALLAH, Amiin Ya KHAFIDH, Amiin Ya MUNTAQIIM, Amiin Ya QAHHAR,
Amiin Ya JABBAR, Amiin Ya KABIIR, Amiin Ya MUTAKABBIIR, Amiin Ya FATTAH,
Amiin Ya BASITH, Amiin Ya BARR, Amiin Ya WAHHAB, Amiin Ya MUJIIB,
Amiin Ya RAHMAAN, Amiin Ya ZAL JALAALI WAL IKRAAM, Amiin Ya RABBAL 'AALAMIIN !!!

Wasallallahu'alal mursaliin wa 'ala alihi wasohbihi ajmaiin,
walhamdulillahirabbil 'aalamiin."

Kiriman: I - 18.04.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN