Anwar Kini Hanya Mampu Sembahyang Sambil Duduk
  - Dipetik drp Harakah Daily Net
 

KUALA LUMPUR: Kesihatan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bertambah serius sejak kebelakangan ini, kata isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Menurut Azizah, sejak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) 13 Julai lalu, Anwar tidak lagi boleh bergerak bebas seperti manusia biasa.

"Beliau tidak boleh bangun, hatta untuk mengambil ambil air sembahyang. Beliau hanya mampu sembahyang dengan cara duduk. Sebelum ini, boleh juga rukuk atau sujud, namun sekarang tidak berupaya lagi," kata Azizah dalam temu ramah khas dengan Harakah.

Anwar kini ditempatkan di bilik berjaring besi di wad 28, tingkat lima HKL.

Dalam perkembangan berkaitan, doktor pakar Neurologi, Dr Halili Rahmat dan doktor sebuah hospital swasta, Dr Shue Chern Long mengesahkan Anwar mengidap masalah tulang belakang Spinal Canal Stenosis dan Prolapses Disc yang menyebabkan saraf beliau tersepit dan mengganggu buah pinggang serta organ-organ lain.

Kerajaan setakat ini enggan membenarkan Anwar menjalani pembedahan pilihannya di luar negara sedangkan doktor dan Sruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata Anwar berhak berbuat demikian.

Petikan daripada HarakahDaily dikirimkan oleh isamofer

Perhimpunan Aman Sokongan Moral kepada Anwar
Tarikh: 14 Ogos (Sabtu) Masa: 5 petang
Tempat: Perkarangan Hospital Kuala Lumpur (HKL)


Hantar artikel ini kpd sahabat: