Mashitah: Di mana amal maarof nahi mungkar?
  - Dipetik drp Harakah Daily Net
 

Oleh Anak Murid Kecewa
Seorang ulama muslimat calon BN seorang pensyarah UIA (Parlimen Baling, Kedah) menentang seorang ulama PAS yang memperjuangkan Islam sebenar.

Seorang ulama muslimin calon BN bekas Imam Besar Masjib Negara (Parlimen Permatang Pauh) menentang calon isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri yang sedang dizalimi dalam penjara.

Saya sering mengikuti ceramah/forum penerangan kedua-dua ulama ini di merata masjid dan surau mahupun di kaca televisyen.

Mereka sering menyeru kepada amal maarof nahi mungkar (membuat amalan baik dan menjauhi kemungkaran) tetapi sayang cakap mereka ini tidak serupa bikin - apa yang diamalkan sekarang tak serupa seperti apa yang diperkatakan.

Mereka sanggup bersekongkol dengan kumpulan ......zaman moden ini (di zaman Malaysia Boleh). Merompak harta rakyat menzalimi rakyat, menentang hukum Hudud, yang haram dihalalkan, judi, rasuah, penyelewengan, kilang arak merata tempat dan banyak lagi kemungkaran yang berlaku.

Selama ini kami seluruh jemaah amat menghormati kedua-dua ulama ini. Tetapi sekarang, hati kami semua jemaah merasa amat kecewa dengan tindakan mereka.

Saya pernah terbaca di dalam sebuah kitab yang menyebut di antara tiga jenis ulama di dunia ini, hanya seorang sahaja yang akan masuk syurga dan dua lagi akan direjam di dalam api neraka.

Mungkinkah mereka ini tergolong dalam dua golongan yang dimaksudkan? Renungkanlah.

Amal Maarof Nahi Mungkar

Petikan daripada HarakahDaily
- http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=7157&mode=thread&order=0&thold=0 - 20.03.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN