Tulisan Raja Petra: Keadilan Sila Ambil Perhatian
Oleh: HC (Honda Civic)
Apa yang ditulis oleh Raja itu (Keadilan Knows Nuts About Psychological Warfare) banyak benarnya dan ia pernah berlaku kepada PAS satu ketika dahulu. Kita harus mengulas isu Malaun 12 tersebut sehingga ke akar-akarnya, sebagaimana yang disarankan itu. Kalau boleh dalam edisi Seruan Keadilan yang akan datang, rakyat mahu mengenali individu malaun tersebut secara lebih dekat. Dan sejauh mana impak pembelotan itu ke atas parti Keadilan.

Ambo juga turut hairan mengapa isu kemasukan ahli UMNO seramai 75 orang ke dalam Keadilan selepas itu tidak dimaklumkan kepada umum? It's a total waste, so to speak.

Pada tahun-tahun 90-an dahulu, banyak berita PAS tidak diberitahu di dalam Harakah, khususnya perkembangan yang berlaku di Kelantan sejak PAS mengambil-alih pada 1990. Banyak projek kerajaan negeri yang dirasmikan oleh Tuan Guru MB tidak mendapat liputan akhbar itu.

Sehingga satu ketika apabila disedari oleh TG sendiri, beliau menyatakan bahawa selama ini kita tidak mahu menghebohkan perkembangan baik yang kita lakukan dalam negeri ini atas alasan kita ikhlas melakukannya, dan apabila dihebohkan nanti ia akan dipandang tidak ikhlas pula.

Sejak itulah PAS mula agresif memaklumkan setiap aktiviti yang dilaksanakannya dalam era perang propaganda ini. Tidak timbul isu bahawa kita mahu menjadi seperti UMNO jikalau kita melakukan seperti yang mereka lakukan. Sebab apa yang kita mahu maklumkan kepada rakyat itu adalah perkara baik yang kita lakukan, bukannya perkara buruk.

Sesuai dengan perintah Allah SWT - fabinikmati rabbika fahaddith 'maka dengan nikmat Tuhanmu itu, hebahkanlah'. Maka kebenaran itu merupakan suatu nikmat bagi manusia, dan kenalah kita menghebahkannya. Di sini kita mahu tahu apakah kebenaran yang berlaku di sekitar isu 12 Malaun itu secara menyeluruh dan dikaitkan dengan isu lain yang relevan.

Apa yang tidak boleh kita tiru daripada UMNO ialah usaha penyebaran propaganda fitnah dan pembohongan. Tetapi jikalau ia satu kebenaran, itulah yang sepatutnya kita hebahkan.

Ambo bersetuju sangat jikalau satu usaha untuk menganalisa isu 12 Malaun plus Lokman Adam ini dibuat secara profesional seperti sebuah thesis lagaknya. Dan dimuatkan dalam satu atau dua mukasurat akhbar Keadilan yang akan datang.

Salam,
- HC (Honda Civic)
honciv@yahoo.com - 20.02.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN