Setuju Saranan Harga Kereta Diturunkan Jika BA Memerintah 

Membaca artikel dari Reformis Muda supaya dijadikan isu harga kereta sebagai agenda utama dalam manifesto kerajaan BA, saya amat bersetuju yang amat sangat! (Turunkan Harga Kereta Agenda Utama Menifesto  Kerajaan BA!) Apa tidaknya, kita sudah menunggu sekian lama agar kereta Import diturunkan harga, tetapi tidak kesampaian, bukannya turun tapi naik pulak! Selain reformis muda, tulisan HC (Masukkan Harga Kereta Baru Dalam Manifesto Pilihanraya BA) dan ramai lagi menunjukkan cadangan Reformis Muda begitu diminati, jika ia benar-benar dilakukan kerajaan BA, saya rasa sokongan mesti beralih kepada BA! Tetapi sentimen Manifesto mesti ditiup dari sekarang! biar angin berita penurunan harga kereta ini terus memukau bakal pengundi.
 
Saya berharap BA jangan menekankan sangat isu negara Islam atau hukum hudud.. kerana itu semua sedia maklum mahu dilaksanakan PAS, kini kita beralih kepada janji kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai Malaysia baru. Bila melihat dalam siaran berita, saya lihat Rafidah Aziz begitu berang sekali bila soalan penurunan harga kereta diperkatakan. Mana tidaknya, anak menantu dan suaminya semuanya Jutawan kereta Import! Mereka inilah yg memerah keringat rakyat untuk mendapatkan sesuatu yang tak bernilai,mereka sanggup jual kereta kita di luar dengan harga yang tidak munasabah bagi memperlihatkan kita kuasa Auto dan Proton mendapat sambutan di luar negara, sehingga harga kereta kita di luar di bawah RM10 ribu.
 
Jadi saya berharap agar BA antara PAS & Keadilan bersedia mengadakan Dialog serta Poster manifesto BA secepat yang mungkin..

Halimah Rahman - 15.01.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN