Peringatan Untuk Pak Lah... Biar Pendidik Urus Pendidikan
Assalamualaikum,

Di sini saya sertakan sedikit keratan yang saya ambil dari penulis Nurdinkayat dalam Utusan Pengguna keluaran Jan-Feb 2004.Yang apa saya rasakan kita dapat berkongsi dari penulisan beliau mengenai pendidikan adalah beliau dengan tegas meminta kepada PM ke-5 supaya membiarkan golongan pendidik yang menguruskan pendidikan, jangan dicampur adukkan dengan perkara politik.

Dari situ satu penulis tersebut berpesan agar jangan nanti Pak Lah korbankan pendidikan semata-mata kerana kepentingan politik seperti mana yang telah berlaku di bawah kepimpinan yang lalu iaitu antaranya:

1.    Menunda tarikh peperiksaan SPM/STPM 1999 semata-mata untuk mengadakan p/raya dimana tindakkan tersebut adalah yang paling biadap terhadap para guru, pelajar, ibubapa dan pada pendidikan itu sendiri yang mana belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

2.    Penutupan dua MRSM di Terengganu. Bukalah semula!

3.    Membiarkan sahaja tindakkan biadap sebuah sayap parti BN menyerang pejabat Naib Canselor sebuah universiti.

4.    Kezaliman terhadap agama dan anak bangsa yang belajar di SAR.

5.    Meminda dan menambah dan membuang aspek tertentu dalam kurikulum Pendidikan Islam semata kerana ia tak selari dengan dasar pemerintah.

6.    Kembalikan peranan asal UPM iaitu untuk memajukan pertanian negara di mana dasar pertaniaan sekarang amat bercelaru dan membahayakan
keselamatan negara.

7.    Benteras segera perkara yang menghancurkan sebahagian pelajar Melayu di mana antaranya berlaku disebabkan oleh kerana tindakkan kerajaan sendiri.

8.    Kembalikan semula ciri daulat yang dapat dilihat pada menteri-menteri pendidikan sebelum yang ada sekarang.

9.    Benteras segera hingga ke akar umbi sikap 'ego' dan 'pembuli' ahli parti pemerintah (BN) terhadap masyarakat dan kakitangan awam terutama kepada guru dan bidang pendidikan.

10.   Biarkan sahaja pendidik yang menguruskan pendidikan tanpa campur tangan melulu daripada politikus, seperti kata Pak Ungku Aziz,"? Dasar Pendidikan kita selalu berubah sampai jadi seolah-olah tikus membaiki labu" (Utusan Malaysia, 2 November 2003)

Daripada apa yang tersenarai diatas diharap ada pihak-pihak yang sedar dan membuka mata akan kecelaruan pendidikan kita dimasa kini?usahlah kita
berbangga dengan penambahan kuantiti murid-murid yang berjaya tetapi secara realitynya kualiti tidak ada??

Kiriman: GuagStation
PAS tawan Kedah 2004
guaqstation@al-islam.com - 05.02.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertai Maillist M@RHAEN