UMNO Anti-Rasuah: Sandiwara Basi!

Sesekali ku terdengar PM dan Timbalannya berkokok berdegar-degar mau banteras rasuah dalam negara. Rakyat Malaysia amnya diajar bahawa bila soal rasuah diperkatakan - Malaysia Boleh! -- dan jangan lupa kakitangan perkhidmatan awam dilaporkan mendahului pihak yang lain. Rupa-rupanya ramai yang dah naik meluat dengan kokok ayam pondan (dan merasa lega kerana PM sKT bakal berambus dan tidak akan berpeluang menangis di dalam mana-mana majlis UMNO).

Setelah 22 tahun di bawah PM sKT tanpa sebarang hasil yang meyakinkan, malah krisis rasuah bertambah teruk, sebarang gesaan, ucapan mau banteras rasuah bunyinya macam kentut yang memualkan.

Rasuah meningkat dan menjadi-jadi sejak PM SKT menguasai politik negara dengan slogan "Bersih Cekap Amanah" akhirnya menjadikan sebarang kata-kata mereka yang mau hentikan rasuah sebagai cakap murahan sembang isengan kedai kopi. Kemudiannya slogan Kepimpinan Melalui Teladan telah berjaya menjerumuskan negara ke dalam lubuk korupsi hasil dari semakin ramainya kepala rasuah yang menjadi pemimpin.

Alah bisa tegal biasa. Dek kerana terlalu kerap sangat sandiwara mau benteras rasuah dimainkan akhirnya ia tidak lagi menarik atau diyakini langsung akan kesungguhannya.

Menggalakkan Rasuah

Jika diamati dengan cermat budaya korupsilah satu-satunya cara untuk mewujudkan ketaatan dan kesetiaan. Pihak di atas yang berkuasa ada segi untungnya dari mereka yang tamak haloba. Pecacai dan barua-barua politik digalakkan menjadi korup. Mereka tiada diapa-apakan dan sentiasa selamat.

Andaikata pengamal rasuah ini tiba-tiba sedar kesilapan dan mau bertaubat, PM sKT hanya perlu keluarkan fail-fail rasuah untuk menutup mulut mereka dan jadilah insan yang taat setia. Dok diam-diam. Manusia yang telah mengetepikan segala prinsip dan pedoman hidup mestilah ingat kata-kata ini "samia'na wa ato'na" terhadap sebarang qaul tok dalang. Terperangkap dalam lembah korupsi dan dikuasai tok dalang, manusia begini akhirnya menjadi ahli kelab laknatullah seumur hidup.

Untuk menunjukkan kepada mata dunia bahawa negara ini tidak suka kepada rasuah, sesekali-sesekala beberapa ekor ikan bilis ditahan dan dihebahkan tangkapan oleh media yang sama korup.

Dakwaan rasuah juga digunakan untuk membunuh musuh politik. Mereka yang berani menentang pihak yang berkuasa, bersiap sedialah dengan apa-apa pendakwaan yang berkaitan rasuah. Mereka yang bermasalah dengan UMNO terutama sekali dengan Presiden SKT kena letak jawatan dan melenyapkan diri dari arus perdana. Jika tidak, nantilah apa apa dakwaan rasuah ataupun dirasuahkan.

Jerung jerung seperti  Rafidah Aziz yang di perakukan sah "korupsinya" oleh BPR dan Peguam Negara disamak dan disucikan oleh JPM.

Habuan kepada yang rasuah

Bila usaha menutup kes rasuah seseorang menteri terkantoi di tengah jalan, maka sigoblok mangkuk ayun itu dinaik taraf dengan jawatan di luar negara, hidup sebagai diplomat, bebas daripada dakwaan dan hukuman. Ada pula antara mereka yang walaupun masih disiasat polis/BPR, dimertabatkan sebagai wira negara dan dianugerahkan pelbagai pingat. (Menteri Penerangan T.S Khalil Yaakob walaupun masih disiasat oleh BPR baru baru ini dianugerahkan pingat kehormatan tertinggi Sabah).

Satu lagi faktor yang membogelkan hipokrasi pihak yang kununnya mau banteras rasuah ialah kepantasan yang berbeda beda terhadap sesuatu kes. Pada sesetengah kes, kelihatan semacam sengaja dilengah-lengahkan seperti kes Perwaja. Keutamaan dalam memerangi rasuah diwarnai oleh kepentingan politik. Tak hairanlah kalau amalan rasuah kini menjalar dan menjadi darah daging kehidupan seharian peringkat nasional.

"Peduli apa kalau seluruh negara amalkan korupsi, peduli apa kalau negara ini tiada ketelusan. Apa relevannya dengan kes ini?" adalah kata kata Hakim Augustine Paul semasa membicarakan kes "rasuah" Anwar Ibrahim, dan kata-kata ini amat relevan sekali dengan fenomena yang melanda negara.

Bermula daripada peringkat kabinet hingga ke majlis perbandaran, mahkamah dan syarikat-syarikat kroni -- kesan barah rasuah amat dirasakan. Ia menyerang dan menghinggapi setiap sistem tubuh, struktur dan menyelinap merobek jiwa bangsa. Tangan-tangan yang sepatutnya membantu usaha tulang empat kerat bekerja bertukar menjadi tangan-tangan yang menipu. Tiada lagi kuasa yang memantau dan menegur. Yang ada hanya kuasa yang bernafsu serakah membolot dan mengaut untung. Pelik tapi benar - Malaysia kini sedang dijual.

Bolehkah rakyat percaya akan kesungguhan kerajaan dalam usahanya membenteras rasuah sekiranya apa yang dilihat ialah terhukumnya orang yang mendedahkan rasuah?

Apa lagi sisa-sisa keyakinan terhadap kesungguhan kerajaan yang jelas telah menyalahgunakan Akta Rahsia Resmi (OSA) untuk menyembunyikan bukti-bukti rasuah - yang sudah sekian lama terdedah dan bukan rahsia lagi? Tiada siapa yang akan percaya lagi jika orang orang yang sepatutnya bersuara membisu seribu bahasa bila di temubual oleh NGO-NGO seperti Transparency International Malaysia?

Pejabat Peguam Negara, Audit Negara dan BPR tiada kuasa autonomi, mereka tertakluk kepada PM sKT yang menguasai segala hal ehwal urusan mereka.

Untuk kesekian kalinya, Dollah Badawi, sebagai langkah mempersiapkan diri sebagai bakal PM, mengulangi kata-kata hikmat Mahathir dulu, sebagai seruan sulungnya. Jika Mr Clean ini benar-benar mau membanteras dan memusnahkan rasuah, pertama sekali ialah hentikanlah sandiwara. Malangya sudah ada petanda di sana-sini yang menunjukkan kaum puak kerabatnya, para kroni dan pecacainya yang tidak akan rela beliau menamatkan sandiwara basi ini. Malaysia Boleh!

Dari nukilan
Martin Jalleh
(22 Sept 2003)
Terjemahan oleh karimselamat
URL bahan Asal (B.Inggeris): http://www.mggpillai.com/sections.php3?op=viewarticle&artid=3897

Sumber: Goblok <http://goblok.blog-city.com/readblog.cfm?bid=234523> - 23.09.2003 (suntingan M@RHAEN)

Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!