Rapat Umum: Kerajaan atau Ketua Parti Yang Tentukan?

Akhbar supergoblok nasional melaporkan, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Khalil Yaakob berkata, keputusan untuk tidak membenarkan rapat umum semasa pilihan raya umum akan datang adalah keputusan kerajaan. Dalam demokrasi Malaysia, suara Mahathir adalah suara kerajaan. Tidak ada kabinet, palimen, dewan rakyat dan sebagainya.

Perdana Menteri menyatakan bahawa Majlis Tertinggi UMNO tidak bersetuju dengan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membenarkan parti-parti politik mengadakan rapat umum pada pilihan raya umum akan datang.

SPR sebagai satu badan bertararaf Suruhanjaya cukup hina dan lekeh statusnya jika dibandingkan dengan Majli Tertinggi UMNO. Sama seperti status Politburo Parti Komunis yang menentukan segala gala dasar kerajaan. Sebelum Majlis Tertinggi Mesyuarat, Mahathir sudah bercakap dan buat keputusan, maka boleh kita katakan MT ikut cajkap Mahathir, dah hari ini Khalil Yaakob kata keputusan itu adalah keputusan Kerajaan. Inilah rahasia kejayaan BN untuk selama lama nya.

Sebuah parti yang berkepentingan dalam pilihan raya boleh menetukan aturan permainan. Pasukan bola yang membuat aturan, bukan referee. Bila kerajaan dibubarkan, konsep caretaker government tidak ada, tidak difahami atau sengaja dikelamkan daripada pengetahuan pengundi.

Parti-parti yang bertanding selain daripada BN, elok fikirkan hal ini. Jangan ingat nak bertanding saja. Aturan permainan yang tidak sesuai dengan kehendak demokrasi tidak akan membuahkan apa apa kebaikan jika demokrasi yang dinginkan itu tidak menepati lunas-lunas yang sepatutnya. Bahkan mereka juga boleh dianggap bersubahat dalam amalan demokrasi goblok Malaysia yang tempang.

Sumber: Goblok <http://goblok.blog-city.com/read/232726.htm> - 21.09.2003 (suntingan M@RHAEN)

Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!