Planets Of The Apes
Oleh Fudzail
hari ini tiga ekor monyet

seekor menutup mata
seekor menutup telinga
seekor menutup mulut
telanjang dan menyeringai
sebagai hakim bangsat
dalam mahkamah kangaroo
 
bersambung adegan planet of the apes
pendakwaraya kera menceceh pelat
manusia yang terbaik
ialah yang bertaraf mayat
kerana tugu kemanusiaan
sekadar hiasan perlembagaan
mengikut retorik superfisial
garang mewajah wawasan
 
beruk-beruk di persada kuasa
berselindung topeng puaka
terus saja ketawa mengancam
dengan perut membuncit
sedawa dan kentut
sambil menutup buntut
dengan kain buruk ketuanan
kerana telah tergadai perjuangan
bersama debuan kaca keadilan
memenuhi ruang istana!
 
Fudzail
www.dubai.ae
21.01.2004
Raja Petra: Anwar Dinafikan Ikat-jamin Kerana Arahan Paklah
Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN