JERANGKONG DALAM ALMARI (UMNO)
Oleh Ehek 2001


Cabaran-demi cabaran oleh pemimpin Umno dan Kerajaan tentang rahsia besar yang disimpan oleh Bekas Imam Besar masjid Negara yang juga Ahli Parlimen Baling akhirnya terjawab dengan majlis kenyataan media oleh Yang Berhormat.

Zam selaku Badut media telah melakukan sepak mula yang terus disambut oleh rakan separtinya seperti Muhyiddin dan lainnya. Media dengan berbagai ruang termasuklah ruangan Penyesat Agama terulung Astora Jebon memainkan isu tersebut. Akhbar berbahasa Inggeris turut menyiarkan cabaran terhadap YB Taib Azzamudin yang kununnya rahsia tersebut boleh menggemparkan Negara.

Umum mengetahui bagaimana kerajaan hari ini adalah mirip Regim komunis yang hanya bertopengkan Demokrasi yang palsu. Sebarang tingkah-laku mereka mesti diawasi kerana ia seringkali melakukan pukul curi yang dianggapnya penting bagi menyelamatkan survival dirinya walau ia menyalahi moral dan Hukum Agama. Isu KMM dan penahanan haram yang dilakukan oleh Regim Mahathir adalah menghampiri kemuncak keganasannya terhadap rakyat negaranya sendiri yang tidak pun melakukan kesalahan seperti pemimpin Umno yang terkenal dengan rasuah, rogol, membunuh dan menganiaya rakan sendiri.

Sorotan media yang menjolok mata dan tanpa henti wajar kita lihat dari segi penyalahgunaan kuasa yang akan menyusul kemudiannya. Jangan kita leka dan lupa bagaimana Operasi Lalang dilakukan setelah rakyat dihangat dan dilekakan dengan isu Lee Kim Sai sedikit masa dahulu. Anihnya selepas itu yang bersalah boleh bebas bercanda ke Australia, pemimpin Alternatif pula yang digari dan disumbat ke Kamunting. Itulah corak keadilan Raja penyangak.

Salah satu tujuan Zam adalah untuk memenuhi kehendak mereka bagi mengesahkan kes DS Anwar yang kununnya terlibat dalam perbuatan keji itu. Ini bagi mengesahkan satu cerita dalam sebuah buku yang berada di pasaran.(usah carilah!) Oleh sebab itulah makanya mereka masih lagi tuidak berpuas hati dengan pendedahan media oleh YB Taib Azzamudin. Selaku seorang yang berakhlak dan memiliki ketokohan Agama yang tinggi, YB begitu pandai menghurai dan melapik kata. Tanpa pendedahan nama individu, YB sebenarnya sudah pun menyalakan api dibontot pemimpin Umno yang berkaitan. Maka siapa yang terasa panasnya pasti memerah mukanya kecuali orang yang dibersihkan namanya oleh mahkamah- Rahim Thamby Chik!! Kalau udah tiang lampu berskirt pun nak disapu, faham-faham sajalah……

Pendedahan berhemah ini sekaligus menyembulkan kembali jerangkung yang selama ini disembunyi dan cuba ditutupi oleh Mahathir, mahkamah dan juga ejen khas PDrM.

Pembayang yang diberi sudah cukup kuat dan begitu jelas sekali siapa si polannya. Pemimpin Umno terbabit kini bagai cacing kepanasan. Sekali lagi ZAM mengundang masalah. Sekali ini ZAM meludah ke langit, bukan sekadar mukanya berpalit liur malah rakan separtinya turut terseret kedalam limpahan lampu sorot yang memalukan.

Pemimpin Umno kini saling memaki hamun sesama sendiri kerana telah membuka almarinya yang penuh dengan jerangkung yang bersimbolkan keris telanjang itu. Mereka kini saling menghunuskan keris untuk mempertahankan kedudukan. Manakala yang tidak terpalit bersandar gembira mengintai peluang sebagaimana Khir Toyol dahulu.

ZAM siBadut media kini berada di sudut dengan pemimpin lain memandang dengan penuh benci dan marah. Sudah tentu mereka saling berkonspirasi bagi menamatkan kariernya. Apatah lagi bagi yang Brahmin dalam hiraki. Takkan Najib, Muhammad Taib dan beberapa pesalah lain yang terdedah pekung mereka lantaran mamak anak tukang tebar roti canai Kuala Muda ini nak berdiam diri!!

Sekiranya kita melihat sejenak ke belakang, tiada seorang pun pemimpin Umno yang berani mendahului dalam mengulas sesuatu isu melainkan setelah mendapat limpah perkenan Raja mereka, Mahathir. Dalam kes ini ZAM bersendirian memulakan tarian yang kemudiannya diikuti oleh beberapa menteri dan pemimpin kanan Umno. Secara simbolisnya kita tahu ZAM tentu sahaja mendapat keizinan Mahathir terlebih dahulu, ia tidak mungkin mengulangi kesilapan lalu yang menegur tindakan Mahathir di Indonesia. Siapalah ZAM untuk menjadi begitu berani? Sama sahaja tahap penakutnya sepertimana Mahathir yang kecut telor apabila disapina!!

Apakah Mahathir ingin melenyapkan pengaruh beberapa Naib Presiden (NP) yang dilihatnya boleh menggugat rancangannya menjadi PM sehingga ke mati?? Bukankah suatu waktu dahulu Mahthir pernah terajang Musa, Ghaffar dan Anwar? Sebelumnya bagai tiada yang cacat dalam pandangan Mahathir, namun sebaik sahaja terasa kerusinya diintai orang, bermulalah skrip konspirasi.

Setelah Anwar yang kelihatan amat mencabar kedudukannya dipasung, kini tinggal 3 orang NP yang sekiranya mereka bergabung tentu sahaja mampu menterajangkan beliau keluar dari Sarkas Umno. Inilah yang Mahathir khuatir, lalu jerangkong-jerangkong dalam almari dilepaskan melalui asakan kepada YB Taib Azzamudin. Zam menjadi fasilitatornya dan kini dia menerima seranah dari berbagai pihak dalam Umno sendiri.

Nama-nama seperti Najib Tun Razak, Rahim Thamby Chik, Muhammad Taib, Megat Joned, ZAM, Ismail IKIM dan berbagai lagi akan menjadi buah mulut rakyat terutamanya orang Melayu. Jerangkong-jerangkong ini bukannya didedahkan oleh haprak-haprak seperti Khalid Jefri, Umi Halfilda atau Azizan.

Akan tetapi Bekas Imam Besar Masjid Negara yang membuka bicara. Ia dilakukan pula dengan penuh hemah dan bergaya. Kini almari buruk Umno telah ternganga lagi dengan mendedahkan jerangkungnya…. (bersopan juga Ehek2001 kerana M@RHAEN tidak menganggap sebagai almari buruk yang ternganga, tetapi penutup mangkuk tandas yang ternganga! - M@R)

Ehek2001 - 13.05.2002

Kenyataan Media YB Ustaz Mohd Taib Azamuden berkenaan 'Rahsia Besar'


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!