ULAMAK MESTI MENJAGA BAHASA
Umarak bebas melakukan durjana
Oleh Ehek 2001



Belum habis rupanya pemimpin Umno mempermainkan isu di atas kekejian dan keburukan mereka sendiri. Berbagai program TV dan para badut yang seakan barua pemimpin Umno muncul di kaca TV saban hari bagi memgulas dan memperlekehkan ucapan ajaib oleh seorang Tok Guru yang tidak pernah ketinggalan dalam menjalankan majlis ilmu kepada anak murid dan juga hadirin di Kota Bahru sendiri. Begitulah berbisa dan tajamnya bahasa seorang yang berilmu. Hanya satu perkataan menimbulkan keresahan dan ketakutan yang amat sehingga mereka terpaksa mengerah segala kaedah bagi mematikan bisanya.

Rancangan berita yang sepatutnya menggerakkan minda rakyat supaya sedar nasib mereka yang dipermainkan dan masa depan yang suram kini hanya menjadi medan bagi mengulas perkataan barua. Slot selama beberapa minit akan dikhaskan bagi menayangkan petikan video yang menunjukkan TG Nik Aziz mengucapkan perkataan barua tanpa menyiarkan sepenuhnya ucapan itu. Susah untuk sesiapa sahaja untuk meneka jenis ikan bagi keratan isi yang terjual dipasar. Begitu juga dalam persoalan ini. Bagi yang cekap dan mahir dalam menggunakan perbendaharaan kata Melayu tentu sahaja tersenyum kagum dan akur dengan sedutan ucapan MB Kelantan itu. Apatah lagi sekiranya mereka mengikuti keseluruhan isi ceramah itu.

Apabila seseorang melemparkan tuduhan melulu yang tiada kaitan dengan kita, tentu sekali kita tidak berasa apa-apa. Kata orang tua-tua ianya tidak mendatangkan kudis pun.Persoalan dan emosi timbul apabila keburukan dan kebaruaan kita berjaya dihidu dan dikesan orang. Inilah perangai anjing kurap yang menyalak lebih kuat dan mendedahkan lagi kehadirannya apabila diusik kanak-kanak. Ini lah reaksi ‘kalau tak ada angin masa kan pohon bergoyang’.

Seseorang Tok Guru sebelum memulakan majlis Ilmu mahupun ucapan biasanya akan didahului dengan doa, salawat dan puji-pujian kehadrat Allah SWT. Senantiasa golongan ini akan menjadikan akhlak baik dan ucapan yang manis untuk menyentuh hati manusia dalam menyedarkan orang awam. Ayat Quran dan Hadis akan berselang-seli sesuai dengan tajuk ceramahnya. Politik bukan lah suatu yang terpisah dari Islam sepertimana yang diamalkan oleh Kaum Kristian. Pengasingan itu adalah pengamalan Nasrani. Hanya kristian yang memisahkan politik dari Agama dan ianya juga mempunyai sejarah yang panjang di sebaliknya. Nabi Muhammad selain dari menjadi Dai@pendakwah, beliau juga adalah seorang ahli Politik. Tentulah tidak sepertimana Mahathir yang menghalalkan segala demi mencapai matlamatnya. Politik Islam itu indah dengan wibawanya yang tersendiri.

Sesiapa yang pernah mengikuti rakaman ceramah MB Kelantan tersebut pasti akan kagum dan mudah tersentuh dengan cerita-cerita dan nasihat. Mengambil pendekatan yang bersesuaian dengann tempatnya, maka kita juga perlu berjiwa orang Kelantan dalam menyelami isihati cermah beliau. Memanglah da;am budaya Kelantan, bahasanya terkadang kasar bunyinya namun ketikanya amat perlu bagi menjentik minda.

Begitu juga dengan loghat Utara yang kekadang itu kasar sekali intonasinya. Hatta Melaka juga terkenal dengan bahasa kasarnya - lahabau, cilaka dan sebagainya. Ini adalah kaedah penggunaan bahasa. Secara begitulah biasanya bahasa mudah berkembang. Walaupun ianya negatif, ia tetap mempunyai peranan dalam tatacara bahasanya yang tersendiri. Takkanlah pemimpin yang membaruakan diri nak dipuji tinggi melangit??

Yang anihnya pemimpin Umno ini, mereka beranggapan masyarakat masih pendek akal dan tertutup minda. Mereka mahu rakyat memandang serong dan imej Ulamak tercemar. Mereka suka jika nilai dan imej Islam itu nampak hodoh dan dibenci orang. Pemahaman begitulah yang menyaksikan rancangan TV dan media kuasaan Umno menjadi begitu tidak berhemah dan sebagai barua kepada pemimpin tertingginya, Mahathir.

Selepas SAUK, Taliban, Memali dan kini sedutan ceramah pemimpin PAS. Langkah begitu sebenarnya mengundang lebih banyak keburukan untuk kesinambungan Umno. Hatta ahli Umno sendiri meluat dan jelak dengan buah fikiran pemimpin keturunan Mamak dalam Umno dan kerajaan. Masyarakat terpelajar jangan cakaplah……

Takutilah pandangan orang Alim kerana mereka memandang dengan pandangan Allah!

Begitu sekali peringatan yang sudah diberikan kepada kita. Orang alim yang beramal dengan ilmu mereka itulah Ulamak sebenarnya. Sekaligus telah menguis keluar ulamak-ulamak suk seperti Hamid Man dan Hamid Jenal yang bersekongkol dalam menggunakan Mahkamah Augustine Paul dalam kes Mantan TPM Anwar Ibrahim! Ilmuan yang sebegini sebenarnya yang menjadikan Mahathir semakin galak dan ketagih menghancurkan Islam. Mereka adalah Eunuch politik yang sejarah latarbelakangnya tercalar pula.

Ulamak Hakiki sepertimana yang ditunjukkan sejarah senantiasa saja dimusuhi oleh golongan Umarak yang terkeliru dan menjadi hamba kepada isma dan juga isi dunia ini. Syed Qutb terjulang kemudian namanya. Begitu juga Nabi Isa yang telah dihina oleh pemerintah yang memegang kuasa ketika itu. Dato’ Bahaman dan Mat Kilau hanya berkilau nama mereka setelah kerajaan Inggeris ketika itu jatuh.

Seorang Ulamak amat bermakna dan tajam sekali ucapan dan perkataannya. Kerlingan mata dan ucapan mereka mampu menundukkan hati yang keras. Tidak pula mereka membebek dan berleter sebagaimana ketua Parti Umno yang hanya menudingkan jari ke arah orang lain tanpa mengakui kesilapannya selama ini. Ulamak yang digambarkan seperti petikan di atas adalah orang tajam pemerhatiannya.

Sekiranya orang jahil seperti Rakyat Marhaen di jalanan pun nampak akan kebinatangan  pemimpin Umno apatah lagi Ilmuan yang kaya dengan ilmu dan pengalaman dalam menimbang sesuatu duduk perkara. Berterimakasih sajalah kepada TG Nik Aziz dalam menggerakkan kelekaan kamu selama ini!!!!

Ehek2001 - 08.05.2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!