ANTARA GHADAFFI DAN MAHATHIR
Bagai Sang Dewa dan si Ketot
Oleh Ehek 2001


Saya tertarik untuk mengulas sedikit penulisan rakan kita Dr Nologareng yang menyentuh lawatan Mahathir ke Libya baru-baru ini (Lawatan Ke Libya Kerdilkan Wira Dunia Ketegag (Ketiga)). Pendekatan yang lebih bebas dan terbuka dapat membuka minda rakyat dalam mencerna apa yang dilihat dan dibaca.Penulisan sedemikian menyingkap tirai pemalsuan oleh Mahathir dan kepimpinannya terhadap rakyat marhaen negara kita yang ironisnya adalah penganut parti Umno!!

Akhbar media perdana hanya menyentuh sambil lalu sahaja tentang lawatan tersebut dengan masih lagi cuba menonjolkan imej Mahathir sebagai pemimpin Agung Dunia ketiga. Fokus lebih ke arah meningkatkan harga diri Mahathir yang diseranahi dengan gelaran Mahafiraun oleh rakyat negaranya sendiri - suatu gelaran yang orang Islam amat faham dan jauhi. Media cuba menyogokkan ide songsang seolah-olah pemimpin negara Arab dan Afrika berminat mempelajari cara Mahathir mentadbir negara!!

Kenapa akhbar tidak meneroka yang tersirat di sebalik projek gagah Kolonel Muammar Ghadaffi bagi kebajikan rakyat sekaligus meningkatkan pendapatan mereka. Pandangan jauh Ghadaffi yang memahami bahawa minyak bukanlah suatu yang kekal dan akan tiba penghujungnya, telah membina sungai buatan itu sebagai sumber kekuatan ekonomi bagi meningkatkan penghasilan pertanian dalam negaranya. Ini sekaligus mengurangkan pergantungan kepada negara luar. Suatu pemikiran jauh dan tajam yang nilainya lebih tinggi dari wawasan 2020 yang kini telahpun menjadi was-was 2020.

Seperti kata Dr Nologareng, seandainya Mahathir berjiwa ikhlas seperti Muammar Ghadaffi sudah tentu negara kita tidak lagi menghadapi masalah air terutamanya di kawasan kampong. Malaysia tidak memerlukan ongkos pembinaan sepertimana Libya yang terpaksa menggunakan pam dan mengorek telaga yang besar bagi menyedut air bawah permukaan. Negara kita Allah beri kelebihan dengan bersepahnya air permukaan yang dengan mudah boleh diempang dan disalurkan ke seluruh negara untuk keperluan rakyat jelata. Malaysia hanya memerlukan saluran paip dan sedikit prasarana lain bagi menjayakan projek itu. Ini mungkin terlalu hina dan lekeh bagi seorang pemimpin bertaraf dunia seperti Mahathir!

Kerajaan Kolonel Ghadaffi telah secara tidak langsung berjaya menjadikan projek itu sebagai tarikan pelancong. Ianya menjadi terkenal sebagai Benda Ajaib Kelapan di dunia - 'The Great Man-made River Project' (link terdapat di akhir artikel ini). Kelebihan itu tidak akan tenggelam kerana binaan yang hebat berikutnya menjadi yang kesembilan. Satu soalan untuk Mahathir, apa sudah jadi dengan Menara Kembar H Petronas yang sedikit masa dahulu dibanggai sebagai yang tertinggi di dunia??

Keuntungan seterusnya ialah berjaya menyuburi kawasan pertaniannya dengan menambah lagi kawasan baru secara penebusan semula padang pasir.Secara sejarahnya negara Libya adalah kawasan yang subur dengan beberapa kerajaan lampau yang terkenal dengan pertanian dan hasil taninya. Dengan projek yang berorientasikan kebajikan rakyat itu, kegemilangan pertanian dengan tanah yang subur akan berulang dengan izin Allah.

Ini secara tidak langsung menempelak negara kita yang beriklim khatulistiwa dengan hujan dan panas yang mencukupi telah mensia-siakan kelebihan itu. Akibat tamak dan pengurusan yang tidak cermat, Mahathir lebih menumpukan kepada Industri sebagai kegiatan ekonomi dengan memberi kelonggaran yang akhirnya merugikan negara dan rakyat yang menjadi tenaga buruh. Bagaimana dengan nasib pekerja yang kehilangan pekerjaannya akibat pemodal menutup kilang tergesa-gesa lari ke China? Apakah pembelaan kerajaan Mahathir untuk mereka selain dari program-program yang kelihatannya bagai melepaskan batuk di tangga?

Apa agaknya perasaan Mahathir apabila syarikat Tongkah milik anaknya gagal dan engkar dalam mencarum wang KWSP pekerja yang kebanyakannya adalah orang Melayu?? Sebagai seorang pemimpin yang katanya membela ketuanan Melayu, Mahathir wajar menghabiskan banyak masanya dengan meninjau permasalah rakyat dengan rajin turun ke kampong-kampong. Adalah tidak patut untuk ia mengulas permasalahan orang Melayu dengan hanya meninjau kawasan sekeliling Putrajaya dan tasik sekitarnya……

Ghadaffi telah memperuntukkan sebesar US$ 25 billion bagi menjayakan projek pengairan yang termaju dan terhebat di dunia. Wang itu adalah dari penghasilan minyak tanpa bantuan dari Bank Dunia mahupun IMF. Adalah mengkagumkan sekali bagaimana Muammar Ghadaffi berupaya menjayakan projek Mega dalam keadaan ia disekat ekonominya oleh Amerika.

Mahathir patut merasa malu sebagai seorang pemimpin negara Malaysia. Sepanjang tempoh 20 tahun lalu, beliau hanya pandai berkata-kata dan berkelentong sahaja. Mahathir sebenarnya berdosa ke atas setiap jiwa dan pengorbanan Pejuang kemerdekaan dahulu. Mahathir mengkhianati apa yang telah Perdana Menteri dahulu lakukan untuk rakyat dan negara secara umumnya. Nasib rakyat marhaen terus tidak terbela dan bebanan kewangan mereka senantiasa meningkat tanpa hentinya. Mahathir GAGAL segagal-gagalnya dalam memberi khidmat yang cemerlang kepada rakyat dan negara dalam erti kata yang sebenarnya.

Seandainya Mahathir mendahulukan kemudahan prasarana seperti Muammar Ghadaffi tadi, Malaysia akan mengungguli aktiviti pertanian dan pembekalan air. Namanya akan menjadi besar dan harum ke merata dunia. Malangnya itu bukan pilihan Mahathir. Beliau lebih suka kepada pembinaan projek mega yang ‘ter-ter’ di dunia.

Lantas ia menjadi seperti seorang kanak-kanak yang gemar melebihkan diri berbanding orang lain. Walaupun ditertawa dan dipermainkan orang, kanak-kanak seperti itu tetap merasa puas dan bangga diri. Begitulah kelaku Mahathir dalam memegang amanah rakyat.

Pandangan sarjana Ekonomi tempatan dan luar negara tentang negara kita dapat disimpulkan dengan rangkap yang mudah - Malaysia adalah negara bertaraf PARIAH dalam dunia kewangan antarabangsa. Ini pernah ditulis oleh Prof Jomo yang menghuraikan panjang lebar tentang kegawatan ekonomi negara dan penyebabnya. Mahathir sanggup berhabisan wang rakyat dalam membina projek mega yang tidak produktif tanpa segan dan silu.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana hebat dan makmurnya Malaysia sekiranya Mahathir memulakan langkah awal pemerintahan dengan mencontohi projek Mega Muammar Ghadaffi itu. Tentu sahaja tanpa bantahan ia akan digelar Bapa Kemakmuran Negara!!!

Apakan daya Mahathir hanya berpuas hati untuk digelar Bapa Mirzan!!

Ehek2001 - 28.04.2002

Link ke laman rasmi 'Great Man-made River Project' (dibuka dalam browser berasingan)


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!