Nasib Penguin Yang Lebih Baik
Oleh Ehek 2001


Malaysia adalah antara beberapa negara yang mempunyai simpanan atau rekod bagi kecemerlangan dalam apa juga bidang setara dengan ‘Guiness Book of World Records’. Ianya kemudiannya akan dicatatkan untuk tatapan generasi berikut dan juga sebagai kayu ukur untuk rekod seterusnya yang ingin dicipta.

Dalam negara ‘Bolehland’ seperti Malaysia memanglah aktiviti begitu digalakkan asal saja boleh menekan kebangkitan dan menidurkan rakyat dari mengetahui perkara sebenar yang berlaku dalam negara. Kita hanya dihidangkan dengan berita yang pemerintah rasa kita perlu tahu sahaja. Menjangkaui yang tersirat amatlah tidak disenangi apatah lagi sekiranya ia menelanjangi serta mendedahkan jenayah dan salahlaku dalam pemerintahan mereka.

Laporan percutian Perdana Menteri dan rombongan sebenarnya mengundang lebih banyak kejengkelan rakyat terhadap pemimpin negara yang diketuai seorang Musibat Ultra yang kununnya amat mengambil berat akan nasib rakyat terutamanya orang Melayu. Baru beberapa ketika yang lalu rakyat diloyakan dengan gambar dan cerita bagaimana ia dengan sedih airmata buaya mendeklamasikan sajak ‘Perjuanganku belum selesai’. Seluruh warga Umno dalam Dewan PWTC telah dipukau dan diracuni intelek mereka. Hanya bermodalkan sebuah sajak bertaraf Haprak pariah, Mahathir terus diberi keris kuasa untuk berangkara memusnahkan tamadun bangsa. Kini Raja Kelentong itu bersendagurau berlontaran ketulan ais sambil membina ‘iceman’.

Rekod yang diciptakan oleh ‘sojon’ seketika Mahathir di benua Antartika itu mengesahkan lagi kegilaan dan keburukan ego seorang pemimpin tua yang nampak seperti ingin mati berdiri dalam jawatannya. Entah apa yang dirancangkan semasa bercuti itu hanya dia, sekutunya dan Allah saja yang mengetahui. Bukankah ia sering beragenda apabila berada di luar negara? Dalam percutian sebegitulah biasanya Timbalannya akan disingkir kemudiannya. Mahathir adalah satu-satunya Perdana Menteri yang ingin menguasai semua perkara hatta siapa Perdana Menteri berikutnya. Sepatutnya ia dibiarkan kepada Perwakilan yang menentukan orangnya. Orang Melayu Umno yang telah dirobotkan pemikirannya dengan mudah dimanipulasi dan diputar oleh Mahathir akan daya fikirnya. Kelakuan buruk itu mencerminkan kerakusan kuasa yang bersarang di jiwanya. Apakah dia fikir kepimpinan negara dan masa depan rakyat adalah pusaka ayahnya yang berdarah Keling itu?

Alangkah bertuahnya burung penguin, singa laut dan 5 orang ahli Sains Malaysia apabila Perdana Menteri sanggup memgharungi pelayaran ala Titanic itu untuk menziarahi mereka. Perdana Menteri Malaysia sanggup menghadapi cabaran kedinginan yang ekstrim itu, akan tetapi tidak sanggup mencontohi baik laku pemimpin seperti Khalifah Islam yang sedia menyamar meninjau dan menyelidiki nasib rakyat yang susah dan fakir. Mereka sanggup memikul gandum untuk diberi kepada fakir demi takutkan tanggungjawab yang tidak tertunai kepada rakyat miskin. Alangkah kejinya pula Mahathir yang sanggup berlindung di sebalik undang-undang,akta dan segala instrumen dalam memunggah dan merompak hak rakyat untuk diberi kepada anak dan rakan kroni proksinya.

Dalam pada rakyat diseru dengan program Cuti-cuti Malaysia, mereka sendiri membazirkan wang pembayar cukai yang terdiri dari rakyat jelata berbagai peringkat. Berfoya-foya duit tabungan kerajaan tatkala ekonomi negara yang sedang menjunam sekarang adalah tindakan seorang tua nyanyuk yang tak boleh dimaafkan rakyat jelata.

Kenapakah Mahathir tidak boleh mencontohi pemimpin berwibawa seperti Tun Abdul Razak yang sentiasa turun padang meninjau nasib rakyat marhaen bawahan? Lihatlah dasar dan program yang kepimpinan Tun Abdul Razak buat demi kesejahteraan rakyat walaupun ketika itu negara tiada Menara Kembar maupun Menara KL untuk dibanggakan. Kenapakah Mahathir sanggup menyalahgunakan kuasa dan berlaku seleweng terhadap orang Melayu yang telah menanam sepenuh kepercayaan terhadapnya? Apakah kerana darah keling yang mengalir di tubuhnya itu menyebabkan perlakuannya begitu kejam dan hodoh sekali apabila menyentuh kepentingan Melayu dan Islam.

Lihatlah taraf hidup rakyat yang semakin terhimpit oleh kadar inflasi yang semakin hari meningkat tanpa kawalan. Kalau dahulu hampir tiada rayuan bantuan dalam akhbar untuk membiayai rawatan perubatan. Ini adalah disebabkan kerajaan ketika itu menanggung sepenuhnya sebagai tanggungjawab sosial terhadap rakyat yang memberi amanah. Keadaan amat berlainan hari ini, hampir setiap hari terpampang muka sedih rakyat marhaen yang meminta ehsan demi kesihatan dan seringkali juga demi menyelamatkan nyawanya.

Kerajaan diberitakan melabur sebanyak RM 20 juta setahun terhadap 5 orang ahli Sains di Antartika, dalam mukasurat lain seorang lelaki Melayu yang tentunya ahli Umno telah merayu bantuan RM 35,000 bagi mengubati kanser tulang kakinya yang boleh dirawatpulih di Universiti Sains Malaysia- sebuah institusi milik rakyat. Alangkah ironisnya bagi keadaan ini untuk direnungi bersama. Perdana Menteri meleburkan wang rakyat untuk projek ego nafsunya manakala pribumi Melayu terpaksa meminta sedekah untuk rawatan penyakit yang boleh meragut nyawanya.

Kemanakah perginya pejuang Umno yang berdegar-degar berkokok demi nasib bangsa Melayu?? Mana perginya suara Pemuda yang garang tidak bertempat dan Puteri yang hanya tahu bergaya dengan uniform merah jambu itu?? Mana pergi kejantanan Pemuda Umno yang mencabar Dewan Cina dengan ugutan merbahaya yang diketuai oleh seorang pemuda Mamak yang tiada setitik pun darah Melayu? Oleh kerana kesilapan memberi kekuasaan kepada yang tidak berhak itulah menyaksikan bagaimana orang Melayu diperkotak-katikkan halatuju dan masa depan mereka. Itulah perlakuan munafik kepuraan keji oleh  pemimpin Umno yang diberi kuasa dalam menjaga kebajikan orang Melayu.

Nasib malang lelaki tersebut  hanyalah sebahagian saja dari sikap penindasan dan pengkhianatan terhadap rakyat di negara ini oleh pemimpin yang KUNUNNYA menjunjung Dasar Ketuanan Melayu. Kepimpinan mereka hanya tahu mengungkit dan mengugut rakyat demi untuk berpaut kepada kekuasaan. Apabila sahaja kuasa berada dalam genggaman, hilanglah segala janji manis dan kemurahan sikap sehinggalah ke tarikh Pilihanraya yang seterusnya. Sifat bakhil ‘kupik’ ini begitu ketara sekali dengan rakyat sendiri terutama orang Melayu, akan tetapi segera bertukar menjadi pemurah dengan orang asing dan kroni jahanam yang telah merosakkan ekonomi negara. Anak kera di hutan disusui anak sendiri mati kelaparan…..(Namun anak Mahathir dan kroni terus-terusan kekenyangan…)

Apakah tindakan yang bodoh sekiranya rakyat membuka minda mereka dan keluar dari kongkongan retorik Umno yang sudah sebegitu lama memperbodohkan mentaliti dan menjahilkan Melayu tentang arti politik dan Demokrasi? Keterbukaan minda lah yang menyaksikan Umno terjelepuk dan dibenci seluruh warga Melayu. (Keterbukaan minda yang seperti Mahathir mahu ialah supaya orang Melayu berterimakasih dan bersyukur kepada Umno dan dia sendiri. Mabuk…….!!)

Ehek2001 - 13.03.2001

 

FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!