Makluman Webmaster M@RHAEN
BERITA BAIK 1:
Disebabkan beberapa tapak cerminan khususnya di M@RHAEN0 kerap tersekat akibat penggunaan bandwidth mencapai tahap maksimum, Webmaster telah membina beberapa tapak sokongan lain bagi 'menyuraikan aliran trafik' agar tidak terlalu membebankan satu-satu tapak. Selain itu, tapak baru tidak mengandungi iklan seperti yang terdapat di tapak tripod. Cuma, para pengunjung berkemungkinan tidak dapat mengakses bahan-bahan lama (arkib) yang kebanyakannya tersimpan di tapak-tapak sokongan asal (tripod). Ke Laman M@RHAEN Versi Baru (disediakan untuk paparan 1024x768 piksel). Terima kasih kpd Webmaster PASPB yang tanpa diduga, muncul memberikan cadangan tapak hosting untuk Laman M@RHAEN. Ibarat orang mengantuk, disorongkan bantal!

BERITA BAIK 2: Atas inisiatif seorang lagi penyumbang bahan & pengunjung setia (Webmaster GOBLOK), satu tapak cerminan menggunakan platform pHp Nuke telah dibina bagi memuatkan bahan-bahan siaran Laman M@RHAEN, Blog GOBLOK serta bahan-bahan sokongan lain. Tapak mesra-pengguna ini memudahkan pengunjung mencetak dan lain-lain. Terima kasih banyak atas inisiatif untuk membantu Laman M@RHAEN. Sila ke http://marhaen.portal.dk3.com/

BERITA BAIK 3: Disebabkan kemunculan bantuan hampir serentak kedua-dua Webmaster yang tidak dirancangkan ini, maka Webmaster M@RHAEN membuat keputusan tidak akan merehatkan tapak utama http://marhaen.internations.net seperti yang dirancangkan pada awalnya....... Jadi anda semua bolehlah terus mengakses bahan daripada portal di http://marhaen.internations.net.

Terima kasih atas sokongan & kerjasama kedua-dua Webmaster berkenaan yang muncul tepat pada waktu & ketikanya walaupun tanpa sebarang undangan. Inilah kehebatan perancangan Allah SWT yang telah menggerakkan hati kedua-dua Webmaster untuk tampil membantu WM Laman M@RHAEN. Alhamdulillah. Mudah-mudah Allah akan membalas jasabaik kalian.

Dalam kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penulis dan penyumbang bahan khususnya kepada:

Saudara Marhaintua yang telah memberikan sokongan, dorongan serta menyumbangkan ide, bahan dan penulisan sejak mula wujudnya laman pro-reformasi yang saya kendalikan hingga kini.
Dr. Nologareng yang telah menjadi 'penulis tetap' Laman M@RHAEN menganalisis dan mengulas suasana sosial & politik semasa.
Karkunku dengan bahan-bahan ilmiah.
Wak Amin Sapiro yang pernah satu ketika dahulu sama-sama mengungguli laman M@RHAEN
Ibnu Sabah yang membawa perkhabaran di Negeri Bawah Bayu.
Spirit of Truth yang tidak jemu-jemu menulis mengenai kehaprakan pemerintahan Mahathir.
Osman Jailani yang begitu rajin mengirimkan bahan-bahan yang menyerlahkan penyelewengan Mahathir dan sekutu.
Mat Sepai dengan Edisi Siasatnya yang tersendiri
Orang Dalam yang banyak mendedahkan kepincangan pentadbiran Khir Toyo
Songkok Tinggi yang banyak mendedahkan kisah-kisah haprak pemimpin Umno
Insan Berguna, Cucu Mat Kilau, Ustaz Zaharuddin, Karim Selamat, Dolah Dagang, WM Laman Reformasi, Inderaloka, Umar Sadiq, Jingoza, Meli, Jamil JK, Sepai Leman
Pereka-pereka grafik satira seperi Banjarwanik, Cikgu Komando serta lain-lain yang tidak dapat saya senaraikan satu persatu.

Tidak lupa kepada Panel Sukarelawan Penterjemah Amal Rakyat (SPAR) yang telah menterjemah beribu-ribu tulisan MGGPillai, Kim Quek dan lain-lain. (Terima kasih juga kepada MGG Pillai dan Kim Quek yang memberikan kebenaran khas bagi Panel SPAR menterjemah tulisan mereka).

Juga terima kasih dan penghargan kepada pengirim-pengirim bahan daripada parti-parti kawan dalam Barisan Alternatif.

Tanpa anda semua, Laman RPN, FeU dan M@RHAEN tidak akan mampu bertahan begini lama.

- WM M@RHAEN 01.10.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!